Ibu mana yang tak panik melihat jari anak kecil yang sudah bengkak akibat terbelit sehelai rambut, lebih merisaukan apabila lilitan rambut tersebut terlalu kemas untuk dibuka.
Begitulah yang dilalui oleh salah seorang pengguna Facebook, Puan Fatimah di mana dia telah menceritakan mengenai kisah yang berlaku kepada anaknya sendiri iaitu detik ketika jari anaknya terlilit rambutnya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Kisah yang berlaku ini mungkin jarang kali didengari, namun wajar untuk setiap ibu bapa mengambil cakna supaya perkara yang terjadi tidak berlaku di kemudian hari lagi.
Menurutnya, anaknya telah dimasukkan ke dalam wad akibat terlilit sehelai rambut dijarinya. Difahamkan, kulit dijarinya serta sedikit isi perlu dipotong untuk menanggalkan belitan rambut yang terikat sangat ketat itu. Rambut yang terikat dijari anaknya itu kelihatan sudah terbenam ke dalam kulit.
Lanjutan daripada itu, anaknya difahamkan telah dibenarkan keluar daripada hospital pada 18 Jun. Doktor yang mengendalikan kes tersebut menjelaskan berkemungkinan akan membuat pembedahan kerana gusar jika masih ada rambut atau benang di dalam kulit tersebut.
Bagaimanapun, tiada pembedahan lanjut yang perlu dilaksanakan dan doktor hanya meminta si ibu untuk memantau perkembangan pada jari anaknya.
Fatimah Az Zahra mengatakan, menurut doktor, kalau boleh sewajarnya tidak mahu untuk membuat pemedahan kerana anaknya masih lagi baru berusia empat bulan. Walaubagaimanapun, anaknya itu masih lagi mempunyai temu janji bersama doktor pakar.
Sejajar dengan itu, dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan anaknya itu.
Kredit: Fatimah Az Zahra ,Siakap Keli
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI