Jus epal saderi dengan halia boleh diminum dan dijadikan sebagai energy booster. Jus ini mempunyai banyak khasiat dan banyak manfaat untuk badan. Ibu berpantang juga amalkan jus ini mencuci usus dan membuang toksin dalam badan. Pasti badan akan berasa segar malah cepat nak membuang.

Epal hijau lebih tinggi fiber iaitu ‘soluble fibre’ berbanding epal merah. Kandungan ‘soluble fibre’ dalam epal hijau adalah 22% lebih tinggi berbanding epal merah. Jenis ‘soluble fibre’ dalam epal dikenali sebagai pektin.

Pektin juga boleh didapati dari kulit limau. ‘Soluble fibre’ ini berfungsi sebagai prebiotik – untuk mengalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus besar kita.

Jom lihat resipi jus epal saderi dengan halia yang dikongsikan oleh Ain Nani di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.

RESEPI JUS EPAL SADERI DENGAN HALIA

Ads
Ibu Pantang Nak Senang ‘Membuang’, Cuba Air Energy Booster, Jus Epal Saderi Dan Halia Sebagai Pencuci Usus!
Sumber foto: Facebook Ain Nani

Morning everything
Pagi ni admin nak share lagi satu resepi juice, juice ni min namakan Juice Energy Booster.
Kenapa energy booster? Sebab bila min rasa badan dah lemau dek banyak angin atau toksin min terus buat juice ni, min terus rasa bertenaga semula. Biasalah perempuan kan, lagi-lagi dah beranak ni macam-macam lah yang dirasa. Kebaikan dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksin dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme serta memecahkan lemak dalam tubuh secara semulajadi. Minum air halia juga mampu mengurangkan nafsu makan dan sesuai untuk korang yang tengah diet.

Ads

Jangan tak tau, celery ini sedap untuk buat kudapan, berair sahaja rasa tekak.
Siapa yang ada masalah sembelit, susah sangat nak hadam, Min advice amalkan sayur ini sebab ada kandungan air dan fiber yang agak tinggi elok sangatlah tu. Korang boleh je buat salad, sup atau jus.

Bahan-bahan:

• 1 biji epal
• Daun saderi
• Halia

Ads
Ibu Pantang Nak Senang ‘Membuang’, Cuba Air Energy Booster, Jus Epal Saderi Dan Halia Sebagai Pencuci Usus!
Sumber foto: Facebook Ain Nani

1. Kisarkan sebiji epal hijau, halia dengan daun saleri. Sukatan air min main agak je , minum setiap pagi sebelum bersarapan atau masa perut kosong.

Ingat! Kulit yang cantik bermula dari usus yang sihat.

Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI