Keibubapaan

“Ibu Pasti Boleh Handle, Kekuatan Tu Ada” Mawar Karim & Maryam Dah Keluar Hospital, Kongsi Semangat Untuk Semua!

Share

Alhamdulillah sudah kembali pulih. Malah usahawan dan juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dan anaknya, Wan Maryam telah pun dibenarkan keluar hospital apabila kedua mereka kini disahkan pulih daripada jangkitan virus Covid-19.

Melalui Instastory di instagram, Mawar memaklumkan hal itu menerusi ruang soal jawab bersama seluruh pengikutnya semalam. Mawar turut memaklumkan perkembangan dirinya dan Maryam yang kini sudah semakin baik.

Malah usahawan berjaya ini juga turut berterima kasih kepada seluruh pengikutnya diinstagram yang sentiasa memberi kata-kata semangat buatnya dan keluarga.

“Alhamdulillah Mawar dan Maryam dan okay. My dad getting better.

“First sekali saya nak ucap terima kasih yang tak terhingga kepada kalian semua yang sentiasa mendoakan double M dan keluarga saya.

“Saya rasa terharu doa-doa kalian yang banyak memberi semangat kepada saya dan keluarga.

“Walaupun kita tak pernah kenal atau pernah jumpa. Semoga kita semua dalam keadaan yang baik untuk permulaan 2021,” kongsi Mawar.

Dalam pada itu, melalui Ask Me Question itu juga, Mawar turut berkongsi simptom yang dialaminya ketika disahkan Covid-19.

“Alhamdulillah Maryam tak tunjuk apa-apa simptom, hanya demam tu pun time admit dah. Cheq pulak, ermm tak tau nak habaq lagu mana, tapi lain orang lain rasa.

“Time bila sesak nafas, sakit kepala sekaligus datang sampai otak serta biul rasa. Tapi still control cun depan family sebab tak nak parents risau, tulisnya.

 

Malah kata Maryam, dia juga mula demam sebelum memasuki tahun baru dan inilah penyebab dia terfikir untuk mencuba melakukan ujian calitan itu.

“Bermula sebelum new year, cheq dah rasa demam setelah 4 tahun tak demam. Alhamdulillah.

Di situlah bermulanya. Mula ingat biasa-biasa dan Maryam pun tak ada tunjuk apa-apa simptom. Mula hari ketiga dah start rasa pelik juga, pergi swab test,” kata Mawar berkongsi.

Kongsi Semangat Untuk Semua Ibu-Ibu

Dalam pada itu, Mawar juga turut memberikan nasihat kepada ibu-ibu di luar sana jika berdepan masalah yang sama dengannya. Katanya jangan pernah putus asa jika disahkan positif bersama anak.

“Saya pasti ibu-ibu di luar sana, jangan rasa down lepas disahkan positif. Saya percaya ibu-ibu pasti boleh handle. Insyallah kekuatan itu pasti ada,”kongsinya lagi.

Semoga Mawar dan Maryam terus sihat dan semakin bertambah baik. Terdahulu, Mawar dan Fizo berkahwin pada November 2013 dan kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai pada Julai 2019 yang lalu.

Artikel berkaitan:Doakan Kami Kuat, Mawar & Anak Dijemput Pihak Hospital, Guna #covidfighters!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @mawar_karim

Published by
SRM