Pelakon Datin Paduka Eina Azman memang terkenal di instagram sebagai artis yang rajin memasak untuk keluarga. Ramai netizen suka melihat video-video masakan yang dikongsinya.
Selain dari itu Eina juga seorang ibu yang sentiasa tampil cantik bergaya dan penyayang serta sangat lembut mendidik dua orang anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Bahkan ramai peminat yang menjadikan video-video masakannya sebagai rujukan mereka ketika memasak selain meminta pelakon drama Selamat Pengantin Madu ini berkongsi resipi-resipi tertentu.
Ads
Rahsia Rumah Tangga Bahagia
Orang tua-tua cakap kalau nak rumah tangga bahagia dan suami sentiasa sayang, isteri kena pandai jaga perut suami (rajin masakkan untuk suami).
Memang tepat pun pesanan orang tua-tua kita bila terbukti melihat kebahagiaan pasangan Eina dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet yang sentiasa ceria dan saling sayang menyayang.
Ads
Bahkan air tangan ibu juga penting untuk menambat selera serta hati anak agar mudah dididik dan mendengar kata. Melihat telatah dan kecerdikan anak-anak Eina memang terbukti air tangannya berjaya membentuk tingkah laku anak yang positif.
Ternyata biarpun sibuk berlakon, ibu jelita ini tetap punya masa untuk menyinsing lengan memasak makanan kegemaran suami dan anak-anaknya. Salute dengan Eina!
Resipi Mashed Potato ala KFC Untuk Aubrey & Karl
Ads
Bahan-bahan:
Kentang
Bawang merah
Bawang putih
Susu segar
Lada sulah
Lada hitam
Tepung jagung
Serbuk pati ayam
Sedikit air
Butter
Cara memasak:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
Masukkan tepung jagung dan sedikit air.
Masukkan lada sulah, lada hitam dan biarkan sehingga mendidih.
Kemudian kisar bahan tersebut.
Lenyekkan kentang yang sudah direbus. Kemudian campur dengan sedikit susu segar dan gaul rata.
Curahkan kuah yang dikisar tadi ke atas kentang lenyek. Siap untuk dimakan.
Orang cakap kalau kita mahu sesuatu itu melekat di hati dan ingatan anak, kita perlu ulang banyak kali, barulah anak ingat, barulah anak buat. Saya dah letih berleter, kadang-kadang sampai naik angin hilang sabar tetapi anak tidak buat juga. Tidak disuruh, tidak dibuat.”
KENAPA KITA BERLETER?
*Ada yang berleter kerana kita juga dileteri suatu masa dahulu. Itu sudah menjadi budaya dan amalan keibubapaan dalam keluarga.
*Ada yang berleter sebab tidak tahu cara lain untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati.
*Ada yang berleter untuk memberi arahan kepada anak yang tidak mahu patuh.
*Ada yang ingin menunjukkan kuasa dan otoriti walaupun berleter itu seringkalinya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
*Ada yang berleter sebab rasa panik, kaget dan bersalah dengan diri sendiri. Untuk menutup kegusaran itu maka leteran digunakan.
*Ada yang takut anak mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan maka cara yang terbaik adalah berleter untuk menutup rasa tidak selamat yang dirasakan.
Kebanyakannya berleter kerana itu adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk ‘memaksa’ anak menurut kata tanpa perlu banyak usaha dan perancangan.
Adakah leteran berkesan untuk jangkamasa panjang? Selalunya tidak. Ia hanya berkesan ketika saat itu saja. Perangai yang sama akan diulangi. Anak akan menunggu leteran sekali lagi. Selagi tidak dileteri, selagi itulah perbuatan yang sama diulang. Perbuatan diulang, berleter lagi. Berleter lagi, perbuatan diulang. Ia menjadi satu kitaran yang tidak sudah, tidak efektif dan tidak produktif. Leteran akhirnya menjadi irama dan lagu yang hanya membuai dan mendodoikan tanpa kesan pada anak.
KENAPAKAH LETERAN TIDAK BERKESAN?
Leteran adalah proses mencari silap bukannya proses memperbetulkan kesilapan.
Ia hanya memfokuskan pada apa yang buruk dan apa yang salah pada anak sahaja.
Pernahkah dalam leteran itu kita selitkan perkara yang positif yang dilakukan anak?
Tidak bukan? Ataupun jarang-jarang sekali.
Selalunya kita hanya semburkan apa yang negatif sahaja seolah-olah tiada langsung yang baik pada anak. Selalunya kita guna istilah yang ekstrim.
“Kamu tidak pernah….”
“Selalu macam ni…”
”Dah berapa kali dah…” semua yang ekstrim negatif sahaja dan langsung tidak ada yang positif.
Anak akan berhenti mencuba untuk berubah dan menjadi baik kerana usaha kecil mereka tidak ada nilainya di mata ibubapa di kala berleter.
Kaedah yang lebih efektif untuk membentuk tingkah laku yang baik adalah bukannya mencari silap tetapi mencari kebaikan. Semakin banyak kebaikan yang kita cari, semakin banyaklah kebaikan yang akan kita lihat dalam diri anak. Ini adalah kitaran positif yang efektif.
Dalam leteran itu juga kita berkemungkinan membuat andaian yang tidak betul dan tuduhan yang melulu tanpa memeriksa terlebih dahulu apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu tingkah laku itu. Ini juga amat mengecewakan anak yang dileteri.
Mungkin harapan kita terlalu tinggi dan anak tidak dapat mencapainya dengan mudah.
Mungkin persekitaran tidak kondusif untuk fizikal anak melakukan apa yang diharapkan.
Mungkin anak tidak faham arahan yang disampaikan kerana cara komunikasi kita tidak kena dengan anak.
Jika inilah sebabnya, maka tidak hairanlah leteran kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tuduhan dan andaian tidak akan terkesan di hati. Ia hanya menyakitkan hati.
APA YANG PERLU DIBUAT SELAIN BERLETER?
Jika kita inginkan kerjasama yang berpanjangan, kita perlukan perancangan. Tidak ada penyelesaian segera dalam proses keibubapaan. Semuanya memerlukan usaha, pertimbangan yang teliti dan kesabaran yang tinggi.
Buat perancangan dengan anak. Jemput anak untuk sama-sama menyelesaikan masalah secara diplomasi. Anak-anak harus diajar kesan dan akibat perbuatan mereka ke atas dirinya, keluarga dan orang sekeliling. Tidak perlu tunggu sehingga anak remaja untuk membincangkannya. Anak kecil juga faham jika kita menggunakan bahasa yang mudah mereka fahami.
Adakan peraturan dalam rumah. Sentiasa berbincang tentang peraturan yang ada. Jika anak tidak ikut peraturan ada kesan dan akibatnya. Ini juga harus dibincangkan dari awal bersama-sama dengan anak bukannya dibuat secara rawak apabila anak melakukan kesilapan.
Kita harus berusaha menjadi ibubapa proaktif yang bersedia sebaik mungkin dengan segala kemungkinan dan bukannya menjadi reaktif dengan leteran dan hukuman yang tidak efektif untuk mendidik.
Pastikan sistem pendidikan di rumah adalah yang terbaik untuk anak menjadi seorang manusia.
Pastinya mama papa yang ada anak bersekolah rendah melalui situasi di mana alat tulis selalu hilang. Masa nak pergi sekolah, kotak pensel penuh berisi. Tapi bila balik, tengok semula kotak pensel kosong. Betul tak?
Walaupun dah pesan jaga elok-elok alat tulis, tampal sticker nama, ikat tali dan sebagainya, tetap juga hilang. Bila fikir sekali macam ada ‘kaki’ pula alat tulis anak ni. Hari ni hilang pensel, esok pembaris, lusa pemadam, lepas tu pensel warna pula tak cukup.
Boleh buat mama papa stres ni! Bila ditanya macam mana boleh hilang? Bagi siapa pinjam? Jawapan selamat anak-anak mudah je “Entahlah, tadi masa kat sekolah ada je” atau pun “Abang/kakak tak perasan pula siapa ambil. Tengok-tengok dah tak ada!”.
Senang sungguh jawapan anak-anak tu kan. Tapi kita sebagai ibu bapa ni tak sampai hati nak marah walaupun geram. Jadi nak tak nak sementara tunggu anak dah pandai fikir sendiri mama papa terpaksalah kena buat stok alat tulis di rumah. Biasanya anak dah masuk darjah 4, 5 atau 6 mereka dah boleh berdikari.
Sebagai penyelesaian untuk mama papa yang tiba-tiba waktu malam tengah susun jadual buku anak-anak, tengok kotak pensel kosong, idea dari Puan Farhana Ibrahim ni menarik. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.
Alhamdulillah.. Yeay… Terima kasih baba sudi buatkan rak alat tulis ni. Rak ni banyak kegunaan, lagi-lagi bila waktu kecemasan. Ibaratnya orang kata ON CALL..
Antara kegunaan rak alat tulis ni ialah
✅ Senang nak capai bila semuanya diletakkan satu tempat.
✅ Mudah nak tahu barang apa yang tak ada atau habis.
✅ Mengelakkan ummi jadi ‘singa’ bila tiba-tiba tengah malam baru anak nak bagitahu, esok kelas seni kena bawak manila kad / warna air.
Boleh dapatkan di ShopeeBila dah ada semuanya, memang tak kelam-kabutlah. Cuma jika barang yang anak nak tu tak ada, ibu pun boleh tiba-tiba bertukar watak kan?
P/S: Rak yang digunakan untuk letak dan susun alat tulis tu, boleh DIY sendiri je. Beli paip PVC dan cantumkan. Nak nampak lagi cantik, cat ikut warna kesukaan.
**Nak dapatkan drawer ini pada harga yang berpatutan, klik saja di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekejap saja masa berlalu, tanpa kita sedari anak-anak pun dah makin membesar. Rasanya seperti baru semalam mengandung, hari ni anak dah bersekolah pun. Ada sesetengah orang yang suka mengumpul barangan tertentu kerana ia memberi nilai sentimental untuk dilihat semula pada masa hadapan.
Selain gambar anak, ada banyak lagi barangan lain yang boleh disimpan rapi sebagai kenangan. Bila anak dah besar, bolehlah ditunjuk semula padanya. Seperti ibu ini, Hani Mynis, yang mengumpul semua kertas dan buku-buku yang dibawa pulang oleh anaknya untuk tahun tersebut.
Ibu ini serta suaminya menyediakan kotak khas untuk menyimpan segala kenangan yang ada. Bukan itu saja, mereka juga mengadakan sebuah fail khas untuk menyimpan foto anak mereka ketika awal dan akhir tahun tersebut.
Suka Simpan Barang Dalam Bentuk Fizikal Berbanding Digital
Antara rutin Hani bila Aqil tamat sesi persekolahan setiap tahun ialah kemas semua kertas dan buku2 yang Aqil bawa balik dari sekolah untuk tahun tersebut.
Hani memang suka simpan barang-barang sentimental zaman persekolahan Aqil. Bagi Hani selagi ada ruang penstoran khas untuk barang-barang begini memang Hani suka simpan dalam bentuk fizikal berbanding digital. Cuma bila ada bekas penstoran khas begini, kena pilih barang yang betul2 ada nilai sentimental.
Bila Anak Besar, Boleh Tengok Semula Barang-Barang Dia
Lagi satu Hani memang suka simpan benda-benda yang melibatkan Aqil mcm ni sebab nanti dia dah besar dia boleh tengok balik barang-barang ni. Harapnya dia akan hargai usaha ibu ayah simpan barang-barang dia dengan kemas begini hahaha..
Idea Simpan Barang-Barang Sentimental Zaman Sekolah Anak
Untuk ibubapa yang mencari idea cara nak simpan barang-barang sentimental zaman persekolahan anak boleh lah tiruvasi cara hani ni ya. Hani kongsikan cara Hani.
Barang yang hani perlukan hanyalah storage box dan fail akordian. Dua-dua boleh dibeli di Shopee. Tengok link dalam gambar ya. Storage box yang Hani guna mmg muat2 dengan saiz fail accordian ni taw. Kalau guna storage box lain takut tak muat 🙏🏼 Hani sblm jumpa box ni ada beli dua tiga box lain semua tak muat. Haha so guna box yg dlm gmbr ya 🤗
Antara benda-benda yang hani simpan dalam kotak ini ialah:
✅ school memory binder (tengok gambar utk bhgn dalam binder, Hani dah kongsikan template dalam channel telegram worksheet Aqil) ✅ album gambar passport (rutin setiap awal tahun Aqil ambil gambar passport) ✅ frame gambar untuk first / last day picture (gambar first and last day pun ada dalam telegram worksheet Aqil ya : https://t.me/worksheetAqil ) ✅ accordian file untuk simpan dokumen ikut tahun/tingkatan (shopee) ✅ hadiah atau apa2 yang dia dapat sepanjang tahun baik dari Hani/kawan atau cikgu
Antara dokumen yang Hani simpan:
✅ sijil-sijil ✅ kertas peperiksaan ✅ apa-apa surat / resit yang berkaitan ✅ art work ✅ basically apa-apa kertas yang ada sentimental value. Hani simpan first “love letter” yang dia dapat dr kawan sekolah. Hahah dan juga first surat cinta yang dia tulis untuk Hani 🥰
Dah lama Hani tak buat sesi perkongsian kan haha sekali sekala post buat post panjang lebar terus. Hopefully perkongsian Hani lengkap 🤗
Siapa yang baca sampai habis angkat tangann haha..
Semoga bermanfaat 🤗
Untuk ibu ayah yang masih mencari-cari idea untuk menyimpan segala barangan anak bolehlah jadikan cara ibu ini sebagai inspirasi. Ia boleh dibuat, hanya memerlukan ketekunan dan kerajinan untuk menyusun semula semua barangan tersebut. Tip yang dikongsikan sangat bagus dan semua barang akan tersimpan rapi dan kemas. Selamat mencuba!