Kebanyakan ibu-ibu moden akan mengambil kesempatan memeriksa atau melayan ‘handphone’ semasa menyusukan bayi sebagai cara mengisi masa lapang. Tahukah anda, menurut pakar, ibu yang menggunakan telefon pintar mereka ketika menyusukan bayi boleh membahayakan si kecil.
Menurut pakar, ibu-ibu baru bukan sahaja hilang petunjuk-petunjuk yang tidak ketara tentang kesejahteraan anak mereka, tetapi mereka juga tidak ada hubungan mata dengan si kecil yang boleh menjurus kepada isu jangka panjang lain.
Ibu Ralit Layan ‘Handphone’ Ketika Menyusu
Hari ini ia bukan perkara pelik bila semua ibu menyusukan akan memegang telefon pintar masing-masing ketika menyusukan anak. Ibu yang menggunakan telefon pintar semasa menyusu boleh menyebabkan kemudaratan jangka panjang kepada bayi mereka.
Ads
BONDING SEMASA MENYUSU
Dr. Kateyune Kaeni, pakar psikologi kesihatan mental keibuan yang bertugas di Pomona Valley Medical Center berkata, hubungan mata amat penting dalam pembinaan hubungan selamat antara ibu dan bayi.
Menurutnya, “Bila bayi lahir, penglihatan mereka secara asasnya hanya dari dada ke muka ibu. Itu jarak paling jauh mereka boleh lihat. Jadi bayi banyak merenung dan bonding dengan cara itu.”
“Jika bayi cuba untuk berhubungan dengan anda melalui bunyi bising atau senyuman yang dibuat tetapi tidak berjaya dan mencubanya beberapa kali dan akhirnya si kecil belajar yang mereka tidak boleh bergantung pada anda untuk memberi respon. Ini boleh berisiko menjadikan bayi sama ada seorang yang tidak sabar dan asyik nak melekat pada anda atau rasa tak selamat hingga nak melekat sahaja dan akan meningkatkan tingkah laku mereka sehingga anda memberi perhatian.”
Ads
Boleh Bahayakan Bayi
Tambahnya lagi, gangguan seperti sebuah telefon pintar boleh menyebabkan ibu hilang petunjuk yang bayi sudah “kenyang atau masih lapar atau lekapan mereka tidak selamat atau sekiranya mereka ada masalah menelan”.
Terry Bretscher, jururawat yang bertugas dengan Dr Kaeni berkata kebanyakan ibu muda selalunya lebih asyik memeriksa mesej telefon pintar berbanding menyusukan bayi mereka.
Ads
“Anda bantu bayi melekap pada ibu mereka dan boleh lihat telefon si ibu asyik berbunyi. Mereka nampak waspada dan anda boleh nampak mata mereka asyik bergerak ke bawah dan melihat ke arah telefon.
Kadang-kala mereka lebih sibuk menjawab telefon. Ia memang sukar untuk membina ikatan atau bercakap-cakap dengan bayi anda bila ibu sentiasa sibuk melayan telefon pintar sahaja!”
Sumber: thesun.co.uk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas dua minggu melalui situasi hanya duduk di rumah tanpa boleh keluar melakukan aktiviti lain, pastinya ada ibu bapa yang moodnya sedikit tegang kerana perlu menghadap macam-macam perangai anak.
Keadaan ini sesekali boleh buat ibu bapa cepat berubah mood marah. Melalui apa yang dikongsikan oleh Ibu Rose yang juga Penulis Keibubapaan, Kekeluargaan dan Kasih Sayang keadaan stres ini boleh ditangani jika ibu bapa bijak mengawalnya.
Marah bukanlah sesuatu yang kita tak boleh langsung buat kepada anak-anak kita. Namun, bila marah membawa kepada jerit pekik dan memukul-mukul untuk melepaskan geram, MAKA ITU SALAH.
Kerana, itu bukan marah yang disebabkan oleh isu yang sedang dihadapi dengan anak itu. Itulah adalah isu lama yang telah berkumpul (snow balling) di dalam diri anda. Contohnya, rasa sedih atau dendam dengan emak anda sebab kurang menunjukkan kasih sayang kepada anda. Atau kerana terlalu selalu dimarah dan dibanding-bandingkan semasa kecil. Atau frustration terhadap sesuatu yang gagal anda raih.
Disebabkan itu semua adalah tenaga negatif yang tersimpan dan terpendam, bila ia keluar, ia keluar bagaikan Tsunami. You find yourself not able to control your anger. Sedangkan salah anak tu, cuma tak simpan toys dia saja! Nampak apa yang ibu cakap ni?
So, apa yang anda perlu buat? Hari ini ibu share 3 perkara dahulu. Bila ibu dah share ni, terus buat. Jangan tangguh-tangguh, lepas tu bila marah balik, merasa benci pula kepada diri. Paling Ibu tak nak, rasa semua nasihat ini tak boleh pakai dan terus putus asa! If you do such things then don’t ask Ibu to help you anymore : ) because to help you, I need you to help yourself too. I cannot help you if you are not willing to help you! Got it!
Bunyi keras sikit Ibu ni kan…Why? Because ramai sangat orang yang nak berubah, bila kita beri jalan, mereka tidak buat, lepas tu mereka kutuk diri mereka dan orang lain. You are not like that, Ibu tahu, so now, do this 3 things.
BUAT 3 LANGKAH MUDAH INI:
1) Ingatkan apakah kekecewaan anda. Ambil masa untuk ini. Setelah merasakannya sekarang, katakan kepada diri anda, saya maafkan kamu.Katakan 10 kali dan setiap kali rasakan dengan sepenuhnya.
-Kemudian katakan saya maafkan kamu kepada orang yang telah terlibat didalam kekecewaan ini. Katakan bersungguh-sungguh dan lepaskan mereka daripada marah anda dengan hati yang rela.
2) Maafkan ibu atau bapa anda atau sesiapa yang membesarkan anda. Jika mereka masih hidup, pergi atau telefon mereka dan beritahu kepada mereka yang anda sangat mengasihi mereka. Jika tidak mampu nak sebut, bertanyalah khabar dengan baik dan renung mereka dari dekat atau jauh dan hantarkan perasaan sayang itu kepada mereka. Anda tahu anda ikhlas bila air mata anda mulai gugur.
Jika mereka telah pergi bacakan Yassin untuk mereka dan lepaskan mereka daripada marah anda atau sedih anda.
3) Besarkan perasaan kasih sayang di dalam diri anda dan izinkan hati anda mengasihi diri anda dan semua orang yang penting di dalam hidup anda.
Pelakon, Ozlynn berkongsi sebuah video dimana anaknya, Chantiq sedang petah bercerita menggunakan bahasa Inggeris di instagram yang dikongsi bersama suaminya, Johan Raja Lawak.
Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 54k hanya dalam tempoh masa 1 hari sahaja. Rata-rata terkejut dan kagum dengan sebutan Chantiq yang sangat fasih kerana sebelum ini mereka banyak bertutur dalam bahasa Melayu.
Nak tgk full kalu g youtube laaa… panjang la cite dia.. aku dh la x pandai edit.. nak cut cane tah.. haaaaaa tgk la puas2…. kali nih dia cite anak babi lak kat aku.. layan kan je la yek…
kira ok lagi… dr abg ariq dulu kecik2… masa skolah cina.. beria dia balik nyanyi lagu kat aku.. siap bunyik2 skali.. abes aku canang kat org tu lagu skolah dia.. rupanya lagu pasal kisah babi jugak.. nasib nenek dorg cina paham bahasa.. kalau x mampuihhh smp kesudah aku ingat tu lagu rasmi sekolahhhh hareyyyy…
anak oh anak… kalian penghibur mama n papa dan semua followers kita.. dorg slalu doakan yg baik2 utk anak2 mama.. jadi mama ambil peluang lepas solat subuh.. guna senjata anak2 mama utk doakan semua yg selalu doa yg terbaik utk keluarga kita…
Apabila berbicara mengenai kebaikan penyusuan susu ibu, pastinya ia lebih tertumpu kepada bayi, betul tak? Namun sebenarnya penyusuan susu ibu secara eksklusif ini turut memberikan manfaat buat diri ibu itu sendiri.
Penyusuan susu ibu secara eksklusif
Dengan mengetahui kebaikan yang diperolehi ini mungkin dapat membantu anda yang sedang dilema untuk melakukan penyusuan badan atau memilih susu formula.
Tidak dinafikan lagi, susu ibu memberikan pemakanan optimum untuk bayi. Ia mempunyai jumlah nutrien yang tepat, mudah dicerna dan sedia ada.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif dilakukan selama 6 bulan.
Bahkan, proses penyusuan itu disaran diteruskan walaupun selepas pemberian makanan pejal sehinggalah bayi sekurang-kurangnya berusia setahun atau bersedia untuk bercerai susu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula mengesyorkan agar penyusuan ini dilakukan sehingga bayi mencapai usia 2 tahun atau lebih lama kerana kebaikan penyusuan susu ibu buat si kecil.
Tempoh terbaik untuk memulakan penyusuan adalah seawal sejam selepas kelahiran bayi untuk manfaat yang terbesar.
Jom kita bongkar 11 lagi kebaikan penyusuan berasaskan sains yang sangat mengagumkan untuk anda dan juga si manja!
Berikut 5 kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi:
1. Bekal khasiat untuk bayi
Susu ibu umumnya mengandungi semua keperluan bayi selama 6 bulan pertama kehidupan. Paling penting ia dalam jumlah yang tepat.
Pada hari-hari pertama selepas bersalin, payudara akan menghasilkan cecair pekat dan kekuningan yang dikenali sebagai kolostrum.
Ia tinggi protein, rendah gula dan mengandungi sebatian yang bermanfaat. Dalam bahasa ringkas, kolostrum adalah makanan luar biasa yang tidak dapat diganti dengan susu formula.
2. Mengandungi antibodi penting
Susu ibu kaya dengan antibodi yang membantu bayi melawan virus dan bakteria – ia amat penting untuk bulan-bulan pertama selepas dilahirkan.
Ini khususnya pada kolostrum, ia memberikan imunoglobulin A (lgA) dalam jumlah yang tinggi bersama beberapa antibodi lain.
Apabila ibu terdedah kepada virus atau bakteria, tubuh akan mula menghasilkan antibodi yang kemudiannya akan masuk ke dalam susu. Dari situlah terhasilnya sistem pertahanan untuk si manja!
3. Mengurangkan risiko penyakit
Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermakna bayi hanya diberikan susu badan sahaja. Ia dapat mengurangkan risiko bayi untuk jangkitan dan penyakit, termasuklah:
4. Berat badan bayi yang sihat
Bayi yang diberi susu badan dikatakan lebih cenderung mempunyai berat seimbang, sekali gus mencegah masalah obesiti kanak-kanak.
Bayi yang menyusu biasanya akan mengatur kadar pengambilan susu sendiri.
Ini bermakna mereka hanya akan menyusu dan berhenti apabila kenyang. Keadaan ini sekali gus dapat mengembangkan pola pemakanan yang sihat.
5. Menjadikan anak lebih bijak
Dalam beberapa kajian menunjukkan perbezaan perkembangan otak antara bayi menyusu badan dan yang diberikan susu formula.
Bayi diberikan susu ibu mempunyai skor kecerdasan lebih tinggi dan kurang berkecenderungan untuk mengalami masalah tingkah laku atau pembelajaran pada masa hadapan.
Keadaan ini lebih ketara pada bayi pramatang yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk berdepan masalah perkembangan.
Manfaat untuk ibu
Ini pula 6 manfaat penyusuan susu badan untuk si ibu, barulah win-win situation, kan?
1. Menurunkan berat badan
Walaupun sebilangan wanita nampaknya mungkin lebih bertambah berat badan, namun ada juga wanita yang melakukan penyusuan susu ibu secara eksklusif mengalami penurunan berat dengan mudah.
Antara kebaikan penyusuan susu ibu adalah ia membakar lebih banyak kalori.
2. Bantu rahim mengecut
Selepas bersalin, rahim akan melalui proses yang dikenali sebagai involution – membantunya kembali ke ukuran asal.
Oksitosin – hormon yang membantu mendorong proses ini, akan meningkat semasa penyusuan.
Ia akan mendorong pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan, sekali gus membantu rahim kembali ke ukuran asal.
Kebaikan penyusuan susu ibu #3. Menurunkan risiko kemurungan
Kemurungan selepas bersalin (PPD) atau meroyan berisiko untuk terjadi sejurus selepas melahirkan anak.
Walau bagaimanapun, wanita menyusu badan dikatakan kurang terdedah untuk mengalaminya berbanding mereka yang tidak menyusukan anak atau bercerai susu terlalu awal. Pun begitu, masih belum terdapat bukti kukuh untuk mengesahkannya.
4. Mengurangkan risiko penyakit
Menyusukan anak memberikan penurunan risiko barah payudara dan ovari.
Selain itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan risiko untuk:
walau bagaimanapun masih tiada kajian dapat membuktikan manfaat ini.
5. Menyekat haid kesan penyusuan susu ibu secara eksklusif
Penyusuan berterusan dapat menghentikan ovulasi dan haid. Penangguhan kitaran haid adalah cara semula jadi untuk memastikan jarak antara kehamilan. Ia berperanan seperti alat pencegahan kehamilan.
6. Jimat masa dan duit
Sudah tentu kebaikan penyusuan susu ibu yang teratas sekali adalah ia percuma. Tidak memerlukan sebarang perbelanjaan.
Dengan memilih untuk menyusukan anak, anda tidak perlu:
Jalinan semasa penyusuan susu ibu secara eksklusif
Ikatan fizikal dan emosi yang terjalin antara ibu dan anak merupakan kebaikan penyusuan susu ibu paling utama dan terpenting sekali.
Ia mendorong lebih banyak hubungan kulit ke kulit, sentuhan dan belaian fizikal. Jika ibu mampu melakukan penyusuan eksklusif untuk si manja, teruskanlah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!