Hati ibu mana tak sedih, anak yang dikandung selama 9 bulan dipilih sebagai anak syurga. Paling terkesan apabila Allah dah ambil seorang kembar dan beri peluang untuk menjaga seorang lagi.
Walaupun sebelum ini doktor tidak menaruh harapan tinggi pada seorang lagi anak kembar, ternyata ketentuan Allah lebih dari segalanya. Biarpun kembar kedua ini tidak seperti bayi normal yang lain, namun perubahan positif dari sehari ke sehari benar-benar buatkan ibu ayahnya bersyukur.
Berkongsi kisah mengenai perjuangan si kembar ini, ibunya, Puan Zurida berkongsi perjuangan bayinya sejak mula lahir sehinggalah usianya sekarang.
Reda ketentuan ilahi
Pada 28 Januari 2021, saya lahirkan bayi kembar seiras (mcda) saya secara czer dimana salah seorang twin tiada denyutan jantung. Saya sepatutnya plan czer 29/1 tapi Allah lebih menyayangi twin 1st saya.
Twin 2nd mengalami banyak masalah selepas dilahirkan kerana doktor dapati semasa twin 1st tiada 2nd twin banyak struggle untuk selamatkan 1st twin. Luluh hati saya selepas ditolak ke wad doktor datang bawa jenazah anak saya yang hanya mampu berjumpa 5 minit saja dan nurse ambil takut saya mengalami gangguan emosi.
Semalaman saya tak tidur dalam keadaan sedih berseorangan. Urusan jenazah anak, suami yang uruskan dan saya langsung tak melihat jenazah anak saya dikebumikan disebabkan doktor menasihati untuk berehat dan kurangkan bergerak kerana luka czer yg besar.
Pada pukul 12.30 semasa di wad pihak NICU memanggil saya untuk melawat 2nd twin. Perasaan saya tidak keruan dan tak sabar melihatnya tapi sesampai di NICU luluh hati ni melihat anak penuh dengan wayar dari atas ke kaki dan doktor pakar bagitahu yang anak saya tenat, betul-betul tiada harapan.
Doktor akan bagi masa dalam 24-48jam. Luluh hati ni dengar apa yang doktor cakap dalam masa yang sama jenazah anak baru dikebumikan. Saya hanya pegang tangan anak dan dia genggam sebelum keluar dari NICU.
Sentiasa dibayangi perasaan takut
Setiap hari kami berada dalam ketakutan akan kehilangan 2nd twin. Ini kerana doktor
memberitahu ada masalah saluran jantung sempit dan pendarahan di kepala.
Setiap hari kami mengalami ketakutan dan emosi yang tidak stabil sekiranya dapat panggilan dari pihak hospital. Selama 2 minggu anak dalam keadaan tidak stabil dan 4 hari selepas dilahirkan doktor buat MRI dan sahkan otak kiri anak saya mengalami pendarahan yang besar.
Semasa di NICU baby sangat struggle untuk hidup. Selepas 2 minggu doktor bawa berjumpa pakar jantung di Hospital Serdang. Doktor sahkan tiada masalah jantung. Baby normal dan pakar suruh stopkan ubat jantung pada baby. Kelegaan kami sekejap apabila doktor terjumpa mass di hati baby saya pula.
Selepas itu, doktor sarankan dibawa ke HKL untuk berjumpa pakar. Selepas berhenti ubat jantung barulah bayi saya mula aktif dan apa yang gembirakan saya mula mendengar tangisannya.
Pada hari ke-25 doktor offkan oksigen anak dan baby boleh bernafas secara normal. Saya dapat pegang baby dan menyusu pada hari yang ke-30 dan itulah hari yang paling indah dalam hidup.
Selepas 35 hari baby boleh keluar daripada hospital dan doktor memberitahu risiko perkembangan bayi terganggu akibat daripada pendarahan kepala.
Doktor cakap risiko kemungkinan Celebral palsy, hdrocephalus dan bayi tidak seperti normal.
Sekarang usianya dah 11 bulan. Kami akui dia seperti kanak-kanak baru lahir tapi perkembangan dia jauh ketinggalan.
Baby masih tidak boleh stabilkan kepala dan meniarap tapi pergerakan kaki dan tgn bertambah baik.
Dia juga tiada interaksi dan kuat menangis. Perubahan dia sedikit sebanyak ketara dari dulu dan 9 bulan baru tersenyum.
Saya positif anak akan normal seperti biasa cuma ambil masa dengan bantuan fisioterapi. Saya juga banyak mengalami gangguan emosi setiap malam. Tidak boleh tidur kerana teringat kejadian sebelum ini.
Bukan itu saja, saya tidak boleh melihat budak kembar dan bayi sehingga hari ini. Secara tak langsung akan membuatkan saya sedih.
Doakan anak saya Nur Camelia Mikayla diberi kesembuhan dan al fatihah kepada anak saya Nur Camilla Mikayla.
Sekarang kami rujuk anak ke hospital swasta. Alhamdulillah baby okay tapi perkembangan lewat sedikit dari baby normal. Apa pun sebagai ibu bapa, kami tak akan berputus asa dan cuba ikhtiar selagi mampu untuk melihat senyuman Nur Camelia serta dapat membesar dengan sihat sempurna. Amin.
Kredit: Puan Zurida
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)