“Ibu Sayang Kamu.” Lebih Air Dalam Kepala & Kurang Sel Otak, Dalila Suka Susu Ibu

Share

Ibu akan terus menyayangi anak-anaknya selagi hayat dikandung badan. Kisah ibu ini benar-benar mengusik perasaan tatkala mengetahui anak istimewa sejak dari dalam kandungan lagi.

Bertuahnya Nur Dalila Sofea ini mempunyai ibu penyayang. NoorSuehana Adnan, ibu 3 orang cahaya mata diuji tatkala kandungan ketiganya mencecah 7 bulan.

Apabila ditanya apa perasaan apabila diberitahu anak dalam kandungan mengalami kelainan selepas melakukan imbasan, ibu ini mengakui bukan mudah untuk menerima kenyataan.

SCAN MASA 7 BULAN, DOKTOR KATA ANAK ADA PENYAKIT

“Semasa scan doktor beritahu anak dalam kandungan mengalami penyakit hidraencephaly, saya rasa sangat sedih. Boleh dikatakan saya hanya termenung sampaikan tidak lalu untuk menjamah makanan kerana memikirkannya.

“Selama ini saya tak boleh melihat anak-anak yang sakit, saya akan rasa sedih. Tapi bila ia berlaku kepada anak sendiri, apabila diri sendiri diuji, baru saya faham perasaan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang begini.” kata Noorsuehana.

MULA-MULA INGATKAN HIDROCEPHALUS

Ibu ini juga turut berkongsi pada mulanya doktor mengesyaki bayi dalam kandungan mengalami penyakit hidrocephalus. Namun selepas  melakukan MRI dan CT SCAN doktor mengesahkn Dalila mengalami  penyakit hidraencephaly iaitu masalah terlebih air dalam kepala dan sel otak yang sedikit.

Dalila semasa baru lahir.

DALILA PEMINAT SUSU IBU

Kata ibu ini, Nur Dalila Sofea anak yang sangat baik. Dia adalah peminat susu ibu, dan enggan meminum susu formula walau pun sudah banyak kali cuba diberikan. Apa yang merunsingkan ibu ini, Dalila yang berusia 4 bulan kini hanya seberat 4.8kg.

PASANG ALAT KELUARKAN AIR BERLEBIHAN

Terkini Dalila baru sahaja menjalani pembedahan memasang VP shunt yang berfungsi mengeluarkan air yang berlebihan dari dalam kepalanya.

“Dalila baru lepas menjalani pembedahan pasang vp shunt di kepala pada 9 April lalu. Doakn Dalila akan terus kuat & sihat. Apa yang saya amat harapkan ialah alat vp shunt ini boleh berfungsi dengan elok sehingga ke akhir hayat,” kata Noorsuehana. Buat masa ini Dalila masih dalam pemantaun temujanji dengan pakar neuro setiap bulan untuk melihat shunt yang dipasang dapat berfungsi dengan baik.

Published by
Azma ML