Ibu Sembelit Buat Ekzema Anak Makin Teruk, Cepat-Cepat Atasinya!

Share

Anak yang mempunyai masalah ekzema memang perlukan penjagaan yang rapi dari semua sudut. Mama yang menyusu lebih perlu berhati-hati dalam semua perkara. Sembelit misalnya menjadi penyebab ekzema anak makin teruk. Bagaimana?

Menurut Dato’Dr Suriyakhatun masalah toksin yang terkumpul di dalam tubuh ibu akan turut berada di dalam darah ibu dan sekaligus turut berada di dalam susu ibu. Ini penting, mama jangan ambil mudah. Kesian bayi kita!

Dengarkan perkongsian doktor berpengalaman ini.


Ibu membawa bayi berumur lima bulan yang dapat semula ekzema yang sudah sembuh. Bayi masih minum susu ibu sepenuhnya. Saya bertanya pada ibu, ada apa-apa perubahan pada pemakanannya atau adakah ibu mendapat sebarang alergi, atau adakah ibu sembelit.

 

Ibu menjawab, sudah dua minggu dia sembelit. Dengan jawapan ini saya merawat ibu untuk sembelitnya untuk sembuhkan ekzema anaknya.

Sembelit menghalang badan ibu dari mengeluarkan bahan buangan dari badannya. Bila bahan buangan yang sudah berkumpul dalam usus besar tidak dapat dikeluarkan, secara tak langsung bahan buangan akan berada dalam darah ibu dan akan juga wujud dalam susu ibu.

Sembelit juga menghalang toksin yang sudah di proses oleh hati ( liver) dikeluarkan oleh badan melalui usus sebab sembelit seolah ada ‘traffic jam ” dan hati tidak dapat tolak keluar toksin yang akan berkumpul dalam hati. Ini akan membebankan hati dan fungsi hati tergendala.

Maka, sembelit adalah suatu keadaan yang perlu di atasi cepat sama ada dalam anak yang ekzema ( serta penyakit kronik lain ) atau ibu pada anak ekzema.

Teh Punca Sembelit

Bila sembelit, puncanya perlu di kenal pasti. Adakah ia disebabkan pemakanan yang kurang serta dan air, penyakit usus , emosi terganggu atau makanan yang menyebabkan sembelit .

Contoh makanan yang boleh menyebabkan sembelit adalah teh. Teh mengandungi tanin yang boleh menyebabkan susah buang air besar .

Makanan berprosis yang mengandungi banyak ‘refined carbs’; termasuk gula putih serta pengawet perasa pewarna boleh timbulkan sembelit dan tingkatkan bebas toksin yang perlu dikeluarkan dari badan .

Kurang pengambilan sayur dan buah juga boleh timbulkan sembelit .

Jalan untuk atasi sembelit dengan cepat adalah mengambil bahan asli yang lawaskan buang air besar .

Ini termasuk menambahkan serat yang larut seperti gam arab dan baoban, menambahkan serta seperti psyllium husk dan biji selasih ( rendam hingga kembang) , getah anggur dan kembang semangkuk .

Boleh juga cuba mengambil Magnesium oil 5-15 titis, jiga terlebih najis menjadi cair. Boleh juga cuba mengambil air asam jawa.

Jika sembelit terlalu degil, boleh buat enema kopi beberapa kali untuk betulkan semula keadaan usus .

Jangan mengambil ubat lawas buang air besar secara berterusna sebab ini akan rosakkan fungsi usus besar .

 

 

Published by
SRM