Tragedi menghayat hati seorang ibu yang maut dan anak lelakinya yang digilis kereta api ketika melintas landasan berhampiran Kampung Petagas, Putatan, Sabah semalam menyorot perhatian ramai.
Mangsa yang maut dirempuh kereta api, Allahyarham Lena Gabin menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dengan berjalan kaki dari kediamannya di Kampung Muhibbah, Petagas.
Mangsa yang berusia 41 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya yang berusia 11 tahun putus kaki kanan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Adnan Mohd Said, 47, yang juga sepupu kepada suami Allahyarham berkata setiap hari Lena akan lalu di hadapan rumahnya dan kali terakhir melihat mangsa pada pagi tadi.
Beliau berkata mereka sekeluarga menerima berita kejadian itu melalui aplikasi Whatsapp keluarga kira-kira 1.30 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi nahas yang tidak jauh dari rumahnya.
Ads
“Allahyarham hari-hari lalu depan rumah saya dan tengah hari tadi kami menerima berita menyedihkan.
“Anak bongsunya juga cedera dalam kejadian itu dan sudah dibawa ke hospital.
“Allahyarham yang juga seorang mualaf dan suri rumah mempunyai empat orang anak,” katanya berkongsi.
Ads
Dalam kejadian tengah hari tadi mangsa maut di tempat kejadian manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh kereta api dari Putatan menghala ke Kota Kinabalu ketika melintas landasan di hadapan Kampung Petagas di sini.
Memang diketahui, kaum wanita dapat berfikir tentang pelbagai hal dalam satu masa. Kaum lelaki pula lebih tenang dan selesa memikirkan tentang satu hal pada satu masa. Bahkan ketika otak sedang berehat pun, terdapat perbezaan antara kaum wanita dan lelaki.
Perkongsian oleh Dr Taufiq Razif melalui penulisannya di laman Facebook sangat menarik. Perbezaan otak wanita dan lelaki ketika sedang berehat dapat dilihat menerusi foto yang dikongsikan.
Ikuti penulisan ini.
Cuba tengok perbezaan gambar otak lelaki dan otak wanita semasa mereka sedang BEREHAT.
Otak laki ni kalau tengah rehat, memang dia rehat habis. Kalau otak perempuan, kalau tengah rehat pun dia akan aktif.
Sebab tu wanita ni kalau tengah stress atau tengah penat, mulut akan makin laju bercakap. Kadang makin dia penat makin dia banyak menyembang.
Laki pulak annoying. “Eh awak bukan kata nak rehat ke? ” terpinga pinga si isteri sebab memang itulah cara KEBANYAKAN WANITA berehat. Kebanyakan tau, bukan semua.
So jangan marah isteri kita kalau lepas dia dah urus anak anak atau baru habis mengemas dapur tu dia duduk sebelah kita, dia bukak handphone sambil scroll Shopee tapi mulutnya terkumat kamit cerita bab zaman silam, zaman lampau, isu semasa, cerita muda mudi, cerita jiran sebelah dan bermacam lagi cerita.
Sebagai lelaki dan suami mithali, buat buatlah dengar sekalipun tak masuk otak pun apa yang dia sembangkan. Bagilah walau anggukan kecil sekalipuan tanda kita menghargai luahan hati si dia. Sesungguhnya ianya akan sangat membantu si dia untuk berehat dan ‘release tension’ dia kerana mendengarkan perbualan dan luahan hati pasangan adalah sejenis Listening Therapy.
Selain perkongsian ini, Dr Taufiq juga ada menulis tentang bagaimana wanita dan lelaki menggunakan otak mereka:
Lelaki lebih banyak guna sisi otak yang sama. Perempuan pula lebih banyak guna kedua dua belah sisi otak.
Tu kenapa lelaki lebih fokus. Kalau kita minta tolong laki kita kemas kain, memang dia kemas kain je. Kalau suruh dia masak ikan, memang dia akan tunggu tercongok je sampai la ikan tu betul betul masak.
Perempuan ni kalau masa tengah masak ikan tu la dia boleh cuci pinggan, angkat kain, mop lantai dan kadang kadang tu sempat ‘add to cart’ barang kat shopee lagi.
Indahnya perkahwinan kalau kita boleh belajar tentang psikologi dan fisiologi diri sendiri dan pasangan kita ni kan?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah Farhatul Fairuzah, terima tauliah mengajar dalam usia 24 tahun. Farhatul Fairuzah telah menerima pentauliahan mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Tahniah Farhatul Fairuzah, Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun
Farhatul cukup bertuah apabila diberikan kelayakan untuk mewakili suara anak muda dan berusaha menarik minat golongan ini mencintai al-Quran.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan pleh Farhatul di laman Instagramnya, Farhatul atau nama sebenarnya Nor Farhatul Fairuzah Panut mengucapkan rasa syukur dengan pentauliahan tersebut.
Farhatul telah memenuhi kehendak Jawatankuasa untuk mengajar di Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa.
“Alhamdulillah baru sempat menghadiri Muzakarah Tauliah Mengajar, setelah beberapa kali tertunda disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih para penceramah-penceramah yang hebat. Dan juga Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Dengan adanya majlis dan tauliah sebegini, ajaran agama Islam tu dapat dipantau dan diiktiraf.
“Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dapat melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah untuk meluaskan dan menyebarkan lagi ilmu agama Islam. Sama-sama kita belajar dan menyampaikan walaupun satu ayat.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Farhatul mula belajar al-Quran dan taranum pada usia lima tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada tujuh tahun. Gadis ini juga antara penerima termuda darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada tahun 2022 sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harus kuat kerana ujian selepas berkahwin berganda daripada ketika kita bersendirian. Sebelum berumah tangga, sudah tentu kita memasang niat untuk menjadi yang terbaik buat pasangan.
Tetapi semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri?
Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelahkanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood. Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua. Awal perkahwinan, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah. Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan. Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya, menangis.
Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannnya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang ister mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika anak berjuang untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan, mak ayah juga perlu turut sama berjuang dibelakangnya bagi mendoakan yang terbaik buat anak.