Tragedi menghayat hati seorang ibu yang maut dan anak lelakinya yang digilis kereta api ketika melintas landasan berhampiran Kampung Petagas, Putatan, Sabah semalam menyorot perhatian ramai.
Mangsa yang maut dirempuh kereta api, Allahyarham Lena Gabin menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dengan berjalan kaki dari kediamannya di Kampung Muhibbah, Petagas.
Mangsa yang berusia 41 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya yang berusia 11 tahun putus kaki kanan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Adnan Mohd Said, 47, yang juga sepupu kepada suami Allahyarham berkata setiap hari Lena akan lalu di hadapan rumahnya dan kali terakhir melihat mangsa pada pagi tadi.
Beliau berkata mereka sekeluarga menerima berita kejadian itu melalui aplikasi Whatsapp keluarga kira-kira 1.30 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi nahas yang tidak jauh dari rumahnya.
“Allahyarham hari-hari lalu depan rumah saya dan tengah hari tadi kami menerima berita menyedihkan.
“Anak bongsunya juga cedera dalam kejadian itu dan sudah dibawa ke hospital.
“Allahyarham yang juga seorang mualaf dan suri rumah mempunyai empat orang anak,” katanya berkongsi.
Dalam kejadian tengah hari tadi mangsa maut di tempat kejadian manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh kereta api dari Putatan menghala ke Kota Kinabalu ketika melintas landasan di hadapan Kampung Petagas di sini.
Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Se
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Bernama