Masalah anak tak selera makan nasi memang perkara normal di kalangan ibu-ibu. Walaupun sudah bermacam menu dicuba dan dimasak, anak tetap menolak hidangan nasi.
Sebagai ibu sudah tentu kita risau anak akan kekurangan khasiat kerana tidak mahu makan makanan daripada kumpulan karbohidrat.
Bagaimana anak akan membesar dengan sihat dan bertenaga sekiranya mereka menolak terus hidangan nasi.
Walaupun digantikan dengan makanan lain daripada sumber karbohidrat tetapi ia jarang dihidangkan setiap hari seperti hidangan nasi.
Kalau anda menghadapi masalah yang sama boleh cuba resipi nugget nasi yang dikongsi oleh ibu ini, Puan Ana Zana Anazana yang juga telah mencuba pelbagai cara untuk memancing minat anaknya makan nasi.
Selain dari itu ibu juga boleh masukkan campuran sayur-sayuran ke dalam adunan nugget nasi ini dan ia sememangnya resipi yang sesuai juga bagi anak-anak yang tak suka makan sayur.
Anak langsung tak nak makan nasi. Macam-macam dah mama masak tetap tak nak makan. Hari ni buat macam ni, Alhamdulillah selera makan.
Nugget Nasi
Bahan-bahan:
Isi ayam
1 biji telur
5 ulas bawang putih
1 mangkuk nasi
sedikit minyak masak
kiub perisa ayam (boleh digantikan dengan serbuk ayam atau bilis buatan sendiri)
Cara membuat:
- Kisar semua bahan-bahan tersebut dan masukkan sedikit minyak masak.
2. Kemudian masukkan dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
3. Bila sudah masak, biarkan seketika hingga sejuk dan potong bentuk kuib atau mengikut citarasa sendiri.
4. Celup dalam telur dan goreng sehingga nugget berwarna keperangan.
5. Siap untuk dihidangkan untuk si kecil.
Semoga resipi mudah ini dapat membantu menyelesaikan masalah ibu-ibu yang mempunyai anak cerewet atau langsung tak nak makan nasi.
Sumber: Ana Zana Anazana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI