Pernah tak ibu-ibu rasa nak lari? Rasa nak merajuk duduk dalam bilik kunci pintu tanpa fikir apa yang berlaku di luar.
Rasa nak pukul anak-anak sambil menjerit meluah apa yang dirasa. Rasa tak nak balik rumah hadap semua yang berlaku di rumah.
Rasa serabut duduk dalam rumah sendiri, rasa kalau duduk di ofis lagi seronok dari di rumah???
Kalau kita yang tua ni pun rasa begitu, bayangkan anak-anak yang jiwanya memang nak bermain dan menyepah.
Bagaimana memberontak jiwanya kalau hari-hari terpaksa hadap emosi dan amukan jiwa mak ayahnya seharian. Belum lagi kalau yang suka menjerit, menengking anak-anak sampai tercalar jiwa anak-anak.
Agak-agak macam mana perasaan kita kalau kita dapat tahu yang anak-anak pun ada perasaan macam kita. Perasaan nak lari dari rumah, perasaan kalau duduk rumah orang lagi seronok dari rumah sendiri, rasa kosong dalam rumah sendiri dan paling teruk kalau nampak mak ayah balik kerja, jiwa mereka rasa serabut.
Lantas syurga apakah yang boleh kita bina dalam keluarga kita kalau masing-masing punya jiwa yang memberontak!
Muhasabah diri sendiri. Ibu-ibu bukanlah penat dengan karenah anak-anak tapi kebanyakannya terlebih penat sebab terlalu mahukan yang terbaik untuk keluarga. Dan lagi penat sebab terlalu banyak mulut-mulut orang luar yang turut campur tangan dalam hal mendidik anak-anak kita.
Stop mendengar mulut orang, kita didik anak-anak kita ikut cara kita asalkan matlamat kita masih sama. Mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita! Insyallah❤️❤️❤️
#ummikhairullah
Kredit: Adawiyah Abdul Rahman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)