Menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukan satu hal yang mudah. Ditambah pula dengan kerja hakiki dan amanah demi mencari sesuap nasi. Semuanya tak pernah berhenti. Dari pagi hingga ke malam, rutin tetap sama.
Emosi ibu jadi tambah kacau bila terlampau penat malah sukar dibendung. Ibu burn out terlampau namun masih tetap ingin mencuba menjadi seorang ibu yang sempurna di mata suami dan anak-anak.
Perkongsian Public Health Malaysia ini mama perlu dalami. Bantu dan sayangi diri kita. Biar fizikal dan emosi kita sihat!
Ibu tak perlu jadi super mom, super housewife, super professional, super woman. Hentikan normalisasi istilah tidak reveven seperti ini. Seorang wanita bergelar Ibu hanya manusia, bukan watak fiksyen dalam filem.
Jika anda rasa letih, berehatlah.
Jika anda rasa ingin berjalan jalan ke taman, tukar kasut dan mula keluarkan peluh.
Jika anda rasa ingin ke salun, pergi.
Tolonglah sayangi diri sendiri, jangan sampai burn out. Utamakan kesihatan mental ibu.
Jagalah diri, tak perlu jadi supermom mahupun untuk buktikan pada sesiapa anda ibu yang hebat.
Ads
Cegah ibu ‘burn out’!
Periksa tanda-tanda anda burn out dan kenal pasti serta bantu untuk pulihkannya sebaik mungkin. Kita bantu diri kita.
* Mula hilang minat dengan semua perkara.
* Mengalami penat dan lesu yang keterlaluan.
* Cepat melenting dan naik angin bila ada yang tidak kena.
Ads
* Lebih memilih untuk mendiamkan diri dan selalu hilang kata-kata.
* Rasa bersalah yang keterlaluan pada semua perkara.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Malam nak tidur tiba-tiba bunyi gigi bergesel, agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu. Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah. Malah ada yang berlarutan sehingga usia dewasa.
Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, keadaan tersebut mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan yang dialami oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Ia merupakan tindakan di luar kawalan dan sekiranya ia dibiarkan akan menyebabkan beberapa keadaan yang membuatkan si kecil atau anda sendiri berasa tidak selesa.
Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa pasangan atau anak kecil kita mengeluarkan bunyi yang menakutkan daripada gigi mereka di waktu malam?
Sebenarnya, mereka sedang mengisar dan menggesel gigi mereka TANPA SEDAR! Ia juga mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan.
Dalam bahasa perubatan, ia dipanggil ‘bruxism’. Perbuatan mengisar gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.
Sekiranya dibiarkan, ia akan akibatkan
✔️ Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut ✔️ Kesakitan/ luka di bahagian sudut mulut ✔️ Kesukaran untuk tidur ✔️ Sakit telinga ✔️ Sakit pada otot muka ✔️ Sakit kepala pada waktu pagi
Bagi mencegah, cuba latih rahang untuk berehat dan mengelakkan dari gigi bergesel pada waktu sedar.
Jangan ambil mudah, dapatkan rawatan. Jika perlu , doktor gigi akan memberi alatan Perlindungan Mulut.
Setiap parut ada kisahnya. Setiap garisan halus di perut seorang wanita, ada kisah perjuangan yang tidak semua orang sanggup hadapi. Namun, masih ada yang tak faham dan sanggup menghina wanita hanya kerana parut atau stretch marks di tubuh mereka.
Baru-baru ini, tindakan seorang lelaki menghina bekas isterinya yang mempunyai parut bersalin akibat pembedahan caesarean mencetuskan kecaman hebat dalam kalangan pengguna media sosial termasuk pempengaruh dan doktor selebriti terkenal, Dr Say Shazril.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Dr Say menegaskan bahawa stretch marks atau kesan regangan pada tubuh wanita adalah perkara normal. Malah, ia bukan sesuatu yang memalukan atau perlu disembunyikan.
“Stretch marks ni bukan kecacatan. Kalau lelaki ada ilmu, dia tahu stretch marks ni normal je. Bukan wanita mengandung je yang boleh ada stretch marks, lelaki pun boleh kalau perut naik mendadak sebab makan berlebihan,” jelas Dr Say dengan nada tegas.
Menurut beliau, parut pembedahan caesarean pula adalah satu lambang kekuatan. Bukan semua wanita perlu melaluinya, tetapi bagi yang terpaksa, ia adalah jalan untuk menyelamatkan nyawa si kecil dan juga ibu.
Kisahnya seorang suami curang dengan bininya & dia nak powm kat ex wife dia dengan ayat2 sebegini. Benci manapun kat ex wife tu at least ingatlah dia jugak yg go through stretch marks & birth scars untuk melahirkan keturunan kita. Forward lah kat laki2 yg mungkin benak dengan kejadian stretch marks & bekas cezar ni k peeps?
“Ini bukan parut biasa. Ini luka untuk keluarkan anak bila cara biasa tak selamat untuk ibu atau bayi. Awak ingat senang ke?” soal beliau lagi.
Bagi Dr Say, lelaki yang sanggup menghina atau memperlekehkan tubuh wanita hanya kerana perubahan selepas melahirkan anak, adalah lelaki yang belum cukup matang untuk bergelar suami dan bapa.
“Kalau awak hanya menilai wanita daripada luaran, jelas awak belum bersedia nak pikul tanggungjawab besar sebagai suami, apatah lagi ayah,” ujar beliau lagi.
Sebagai suami dan bapa, Dr Say sendiri akui, tubuh isterinya berubah selepas bergelar ibu. Namun, perubahan itu adalah bukti kekuatan, kasih sayang dan pengorbanan yang tiada tolok bandingnya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang mereka bangga dengan Dr Say kerana bersuara menegakkan para ibu dan isteri. Ada juga netizen yang berkongsi nasib sama mengalami stretch marks & parut caesar selepas bersalin. Malah, ada lagi malang diludah oleh bekas suami selepas melahirkan empat anak.
*Pa&Ma nak ingatkan buat semua ibu di luar sana, jangan biarkan kata-kata orang sekeliling menjatuhkan semangat awak. Stretch marks, parut caesarean, perubahan bentuk badan itu semua bukan kekurangan.
Tak perlu malu, tak perlu rendah diri. Setiap parut dan garis halus itu ada kisah penuh cinta, perjuangan dan kekuatan seorang ibu.
Mungkin ramai dikalangan wanita hari ini yang ada mengalami masalah rasa sakit dan tidak selesa pada bahagian ari-ari terutamanya ketika berdiri atau berjalan. Biasanya permasalahan ini berlaku disebabkan oleh ada sesuatu yang tidak kena pada peranakan wanita.
Bagi menjawap persoalan tentang hal tersebut, Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi laman Facebooknya berkongsi beberapa punca rasa sakit pada peranakan wanita. Semoga apa yang dikongsikan itu dapat memberi jawapan dan manfaat untuk semua.
PUNCA RASA SAKIT PADA PERANAKAN
“Assalamualaikum doktor, saya seorang surirumah, usia 40an, mempunyai 8 org anak. Saya mengalami rasa sakit dan tidak selesa bahagian ari-ari bila saya berdiri atau berjalan, seperti ada ada tekanan pada faraj. Saya sudah sebulan tidak datang haid, tapi saya belum ke klinik utk pemeriksaan. Mohon pencerahan”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Ramai wanita yang mengalami sakit dan tidak selesa di bahagian bawah perut (atau lebih tepat di bahagian abdomen) dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid mereka dan organ yang terlibat ialah rahem. Walau bagaimanapun banyak lagi punca rasa tidak selesa atau sakit di bahagian bawah abdomen.
Cara terbaik ialah puan menjalani pemeriksaan doktor. Namun jika puan menceritakan lebih lanjut mengenai masalah puan, ia akan membantu doctor mendiagnosa masalah puan dengan lebih tepat, sebelum doctor menjalankan beberapa pemeriksaan dan ujian.
Saya membahagikan 3 punca utama yang menyebabkan masalah rasa tidak selesa atau sakit di bahawa abdomen.
Biasanya jangkitan air kencing akan menyebabkan rasa seperti panas atau terbakar apabila anda membuang air kecil dan sering mengalami rasa tidak puas kencing dan terpaksa pergi ke tandas beberapa kali.
Jangkitan kuman yang bermula dari pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang. (Jangkitan kuman di buah pinggang dinamakan pyelonephritis). Biasanya pesakit akan merasa tidak sihat, demam dengan suhu badan yang tinggi dan mengalami rasa sakit belakang. Selain itu jika sakit di bahagian bawah abdomen ini merebak dari pinggang dan turun ke bahagian pangkal paha dan kemaluan, ia mungkin disebabkan oleh batu karang di buah pinggang atau mana-mana bahagian dalam sistem kencing.
Untuk ini, doktor akan melakukan ujian air kencing. Jika terdapat darah dalam air kencing, ini bermakna ujian yang lebih teliti harus dijalankan kerana ia adalah tandaa yang bahaya. Ketumbuhan dalam sistem kencing jarang berlaku, dan jika ia berlaku selalunya pesakit mengalami masalah dalam jangka waktu yang lebih lama, mungkin beberapa bulan.
Sakit yang timbul daripada masalah yang melibatkan sistem usus biasanya melibatkan soal penghadaman dan pemprosesan najis. Biasanya ia disebabkan sama ada sembelit atau cirit-birit. Kesakitan yang biasanya digambarkan ialah sakit yang bersifat “datang dan pergi”atau seperti bergelombang.
Rasa sakit dan tidak selesa akibat kembung di bahagian ini, selalunya disebabkan oleh gas yang berkumpul kerana tidak boleh dikeluarkan sebabgai kentut. Ia disebabkan sama ada usus tidak berfungsi menggerakkan angina dan najis. Ia juga boleh disebabkan oleh sembelit yang menutup ruang dalam usus untuk angin dikeluarkan.
Namun apa yang paling bahaya ialah terdapat ketumbuhan dalam usus yang menghalang pergerakan najis dan angin dalam usus. Pendarahan ketika membuang air besar sama ada darah merah segar atau darah merah kehitaman, adalah tanda-tanda masalah yang serius dalam sistem usus.
Ia boleh disebabkan oleh luka pada usus, buasir atau ketumbuhan bahaya pada usus. Oleh itu jangan abaikan atau buat tidak tahu jika perasan ada darah dalam najis. Buat pemeriksaan segera.
Rasa sakit dan tidak selesa boleh disebabkan masalah yang berkitan dengan sistem pembiakan seperti rahem, saluran fallopian atau kelenjar ovari. Pesakit biasanya akan mengadu rasa sakit atau tidak selesa pada bahagian tengah bahagian bawah abdomen jika ia disebabkan oleh masalah pada rahem.
Rasa sakit pada bahagian kanan dan kiri bawah abdomen bisanya disebabkan oleh kelenjar ovari. Rasa sakit yang datang dari rahem dan berlaku ketika mula datang haid dikenali sebagai dysmenorrhoea. Selalunya ia tidak menandakan penyakit berbahaya di kalangan wanita muda. Rasa sakit juga boleh berlaku semasa hubungan intim (seksual) bersama suami. Ia dinamakan sebagai dyspareunia dan ia adalah rasa sakit yang mungkin menunjukkan penyakit-penyakit bahaya di sekitar abdomen bawah. Pemeriksaan harus dilakukan segera.
Bagi wanita yang telah berkahwin, merasa sakit pada bahawah abdomen dan tidak datang haid, besar kemungkinan mereka hamil secara normal (dalam rahem) atau mengalami kehamilan pada luar rahem. Buatlah ujian air kencing, UPT bagi mengesahkan kehamilan. Jika masih mengalami rasa sakit, berjumpalah dengan doctor, kerana bimbang sedang mengalami proses keguguran atau berkemungkinan kehamilan luar rahem.
Saya juga sangat menggalakkan wanita yang telah berkahwin, mengalami kesukaran untuk hamil dan mengalami rasa sakit yang luar biasa di bahagian bawah abdomen agar segera pemeriksaan doctor. Ini kerana rasa sakit yang berkaitan dengan masalah kesuburan ini, mungkin disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti endometriosis, fibroid, penyakit keradangan pelvis dan ovarian cyst.
Pemeriksaan yang dijalan oleh doctor jika seorang wanita mengaami rasa sakit atau ketidakselesaan di bawah abdomen, bergantung kepada masalah yang dihadapi. Selalunya doctor akan bertanyakan soalan mengenai kitaran haid, dan soalan yang berkaitan dengan pembuangan air kencing dan air besar. Selain itu doctor mungkin bertanya sama adapesakit mengalami demam, loya dan muntah-muntah. Seterusnya doktor akan memeriksa abdomen dan bahagian yang perlu seperti faraj dan dubur. Oleh itu carilah doctor wanita yang berpengalaman suapaya berasa selesa apabila diperiksa.
Pemeriksaan air kencing juga akan dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing. Jika pesakit mempunyai gejala-gejala keputihan atau pendarahan pada faraj, doktor mungkin mengambil contoh lendiran pada faraj. Pemeriksaan lain ialah pemeriksaan darah, dan pemeriksaan ultrasound abdomen dan pelvis.