Dilahirkan dengan usus tiada saraf dan alat sulit bengkok, penderitaan adik Muhammad Arif Aryan Mohd Kamal Arif, empat bulan sungguh berat.

Menurut bapanya, Mohd Kamal, masa lahir Aryan hanya disahkan mengalami CHORDOE PENIS AND HYPOSPADIAS (alat sulit bengkok) namun selepas usianya 24 hari, doktor mengesahkan dia juga mengalami HIRSCHOPRUNG DISEASE (usus tiada saraf).

Ibu Tak Sanggup Tengok Aryan Menangis Kena Jolok Dengan Lilin Setiap Kali Buang Air Besar
Semasa rawatan di NICU Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Berikutan Aryan lahir di Hospital Sungai Petani, kesnya di rujuk kepada pakar di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan kini masih memerlukan rawatan susulan.

“Disebabkan ususnya tiada saraf, Aryan dah menjalani pembedahan cuma untuk pembedahan alat sulit bengkok kena tunggu umurnya dua tahun baru boleh buat.

“Kalau diikutkan kes ini hanya 3 atau 4 orang sahaja setahun bayi yang mengalaminya. Tapi kami terima ujian ini dengan hati terbuka,” katanya

IKLAN
Ibu Tak Sanggup Tengok Aryan Menangis Kena Jolok Dengan Lilin Setiap Kali Buang Air Besar
Masa ni baru keluar NICU. Ketika sebulan beratnya 2.6 kg

Aryan adalah anak kedua bagi Mohd Kamal dan anak sulungnya tiada apa-apa masalah kesihatan.

Terpaksa jolok dengan lilin

Bagaimanapun, selepas menjalani pembedahan membesarkan laluan dubur, tiap kali Aryan buang air besar kena jolok dulu dengan lilin sebab lubang tempat jahit sempit.

IKLAN

Kamal berkata, keadaan kesihatan Aryan boleh sembuh jika ikut jadual pemeriksaan doktor dan dia perlu berjumpa doktor sehingga umurnya 15 tahun.

Kisah Aryan juga pernah disiarkan dalam Sinar Harian baru-baru ini dan berdasarkan perkongsian ibunya, Sharifah Nafika Ahmad Kamal, sebagai ibu dia tak sanggup apabila terpaksa menggunakan lilin untuk membesarkan lubang dubur Aryan.

IKLAN

Ibu Tak Sanggup Tengok Aryan Menangis Kena Jolok Dengan Lilin Setiap Kali Buang Air Besar

“Selepas Aryan menjalani pembedahan dia lega anaknya kini boleh membuang najis secara normal tetapi perlu membesarkan laluan itu menggunakan lilin.

“Alhamdulillah Aryan dah boleh membuang najis seperti biasa tetapi lebih kerap. Lubang najisnya pula masih kecil dan doktor meminta kami menggunakan lilin mengikut saiz tertentu yang dijolok ke dalam bahagian itu dua kali sehari.

Memang perit sebab dia akan menangis sekuat hati. Kalau ikutkan hati ini tak sanggup tapi apakan daya cara ini untuk memastikan dia sihat,” kongsinya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI