Bergelar ibu kepada seorang anak lelaki yang comel yang diberi nama Seth Uwais, penyayi Shila Amzah berkongsi pengalaman menjadi seorang isteri dan ibu setelah dirinya bertukar status pada 31 Ogos tahun lalu.
Menurut Shila atau nama penuhnya Nurshahula Amzah, selepas melahirkan cahaya matanya yang pertama, dia mula sedar bahawa dirinya mahu menjadi seorang yang kuat sejurus bergelar seorang ibu.
Artikel menarik: Cuba Cara Ini Untuk Rangsang Otak Bayi Kalau Nak Anak Bijak Dan Aktif
“Right after I gave birth to seth I realised that I don’t actually want to lose weight anymore, but I want to be stronger.
I’ve lost my core strength, my breathing placement wasn’t smooth when I sing.
“Sha rasa bila kita jaga anak kan, kita tak kuat, meaning tgn kita takde muscle langsung, agak mencabar la untuk sha sbb seth kan bambam selalu rasa Tulang belakang sakit, tangan sakit..bila dah badan sakit kita pun jadi malas dab tak terurus la.
“Shila juga berkata tugas sebagai seorang ibu bukan mudah dan menjadi tunggak utama dalam menguruskan rumah tangga.
“Bila mak mak kat rumah dah give up, hancur pula rumah nanti sbb mak adalah teras yang paling penting Dan utama dalam rumah that’s why sha decide after recording I can see your voice tu, sha dah taknak toleh ke belakang.. I want to be stronger and healthier..
Mula amalkan cara hidup sihat dengan bersenam
“So after 6 months of #postcsection sha start workout 2 months ago since 15th of march, I felt so much better now! Lepas tu kita tiba2 ada pkp pula kan, sha macam “okay perfect” boleh buat routine baru.
“Banyak la benda yang sha discover pasal diri sha and sha belajar.
“Kalau nak explain apa sha buat kat sini tak habis tulis, should I make a video for it?
“Shoutout to my workout inspo dari kejauhan @amyleaazizan,” tulisnya di Instagram.
Shila Amzah telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dilahirkan pada 31 Ogos yang lalu.
Sumber: Media Hiburan
Artikel menarik: Perhatikan Tanda Awal Pada Anak Seperti Pandai Melambai, Faham Arahan. Itu Tanda Dia Akan Mula Bercakap