Seorang ibu selamat melahirkan bayi lelaki seberat 6.35 kilogram (kg) pada 28 Oktober lalu dan dianggap sebagai bayi ketiga terbesar dalam sejarah kelahiran di United Kingdom (UK)
Cherral Mitchell, 31, memerlukan dua orang bidan ketika proses melahirkan bayi lelakinya yang diberi nama Alpha menerusi kaedah pembedahan.
Disebabkan saiz dan beratnya, Alpha diberi gelaran ‘Baby Hippo’ dan ‘Butter Bean.’
BACA JUGA [Dalam Sehari 100 Keping Lampin, Sediakan 6 Liter Susu, Kembar 9 Pecah Rekod Dunia]
BACA JUGA [Berkat 3 Tahun Tunggu! Ingat Kembar Dua, Seminggu Lahir, Baru Tahu Ada Seorang Lagi]
Alpha yang merupakan anak keempat kepada Cherral dan suami, Tyson, dilahirkan ketika usia kandungan 38 minggu.
Sebelum ini, pemegang rekod sebagai bayi terbesar di UK adalah Guy Carr yang dilahirkan dengan berat 7.03kg pada tahun 1992.
Rekod bayi kedua terbesar pula disandang oleh George King yang dilahirkan seberat 7kg pada 2013.
Kredit: Dailystar; FB Cherral Mitchell
Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)