Ibu terkejut anak hidap penyakit sinus kronik, sangka anak demam, selesema biasa. Mulanya seorang ibu menyangka anaknya mengalami demam dan selesema biasa. Namun sangkaan itu meleset.
Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik, Sangka Anak Demam, Selesema Biasa
Bukan hanya sedih, suri rumah, Aimie Nadia Zahruddin sangat terkejut dan sedih apabila mendapati anaknya menghidapi penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik hingga membahayakan nyawa.
Nur Faziqqyah Alina yang ketika ini dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya.
Nur Faziqqyah Alina yang ketika ini dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya.
Aimie Nadia, 33, berkata, anaknya, Nur Faziqqyah Alina Mohd Faizul, 8, sering mengalami demam, selesema dan kegatalan pada bahagian hidung sebelum disahkan doktor menghidap penyakit kronik Sinusitis.
“SEBELUM INI MEMANG ADA PERASAN DIA SELALU GARU HIDUNG, KALAU DEMAM DAN SELESEMA SAMPAI SEBULAN DUA KALI. SAMPAILAH 28 JANUARI BARU-BARU INI, ANAK MENGADU DEMAM, SAKIT KEPALA DAN SAKIT DI BAHAGIAN KENING.
“Saya dan suami mula bawa ke klinik berdekatan, kemudian doktor nak rujuk kepada hospital. Ketika itu matanya sudah bengkak sebelah kiri dan ini kali pertama jadi seperti itu.
“Pada 31 Januari, dia dimasukkan ke hospital dan ketika itu matanya sudah membengkak sampai ke dahi dan sampai satu tahap mata sebelah kanan juga membengkak. Bukan itu sahaja, ada ketika yang anak cakap dia nampak mama ada tiga, bermaksud penglihatannya juga terganggu,” katanya.
Keadaan Nur Faziqqyah Alina sebelum melakukan pembedahan dengan keadaan mukanya yang semakin teruk.
Aimie Nadia (kanan) dan anaknya Nur Faziqqyah Alina (kiri). (Gambar kanan: Nur Faziqqyah Alina yang menghidap penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik.)
Aimie Nadia yang menetap di Johor Bahru itu berkata, doktor memberitahu keadaan itu berlaku kerana ketiga-tiga bahagian sinus atau rongga bahagian sekitar hidung anaknya telah bernanah.
Jelasnya, pembedahan terpaksa dilakukan dengan kadar segera untuk menyedut buang cecair nanah agar tidak merebak ke bahagian otak.
Ads
“Doktor ada cakap kalau lambat untuk pembedahan, takut nanah akan merebak ke otak, kalau nanah sudah merebak ke otak lagi bahaya… boleh pulih tetapi mungkin keadaan tak akan sama.
“Penyakit ini merebak dengan sangat cepat, bayangkan dalam masa empat hari sahaja sudah membengkak dengan banyak,” ujarnya.
Berkongsi mengenai keadaan anaknya ketika ditimpa penyakit itu, Aimie Nadia berkata, Nur Faziqqyah Alina seperti kemurungan dan tidak dapat menerima kenyataan keadaan mukanya membengkak sebegitu.
Aimie Nadia (kanan) dan anaknya Nur Faziqqyah Alina (kiri). (Gambar kanan: Nur Faziqqyah Alina yang menghidap penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik.)
Keadaan Nur Faziqqyah Alina sebelum melakukan pembedahan dengan keadaan mukanya yang semakin teruk.
“Saya nampak dia banyak diam, kemudian dia cakap, kenapa muka adik macam ini… adik tak mahu muka macam ini.
“Sebagai ibu, saya tak tipu saya banyak menangis, risau tengok keadaan dia macam itu. Saya tidak menyalahkan takdir cuma saya salahkan diri sebab leka. Kenapa masa dia garu hidung, demam banyak kali saya tidak periksa betul-betul?” tambahnya.
Ads
Berkongsi mengenai keadaan anaknya sekarang, Aimie Nadia berkata, doktor berjaya mengeluarkan cecair nanah yang berada pada muka Nur Faziqqyah Alina dan bengkaknya juga sudah beransur pulih.
Ibu kepada tiga anak itu turut berkongsi nasihat terhadap ibu bapa agar tidak mengambil mudah kesihatan anak-anak walaupun mereka hanya mengalami demam biasa.
“Jangan sambil lewa tambah lagi sekarang macam-macam penyakit. Mungkin anak demam biasa tetapi kena ambil tahu juga, jangan leka dan rajinkan membaca,” ujarnya.
Siapa tahu tentang skim FPP? Menariknya ibu hamil boleh bersalin bayar murah tapi layanan setaraf hospital swasta. Siapa tak mahu kan kalau boleh berjimat dengan cara yang bijak.
Rupanya bila anda pilih untuk bersalin di hospital kerajaan ada skim untuk pesakit dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Skim Pesakit Bayar Penuh (FPP) adalah cara pesakit boleh mendapat rawatan daripada pakar perubatan pilihan sendiri dan mendapat beberapa kemudahan lain bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan kemudahan sedia ada di hospital berkenaan.
Wah memang rugi kalau tak rebut peluang ini. Boleh jimat duit tapi dalam masa yang sama servis yang diterima sangat memuaskan hati. Siap boleh pilih doktor lagi.
Perkongsian daripada Puan Nurul Diana yang sedang hamil dan telah membuat pendaftaran skim FPP ini mungkin boleh membantu ibu-ibu lain yang nak cuba skim ini juga.
Alhamdulillah settle register skim FPP (FULL PAYMENT PATIENT) dekat HSA harini. Tq kat sahabat yang share posting pasal ni aritu.
Kos bersalin yang lebih murah dari hospital swasta tetapi kita boleh dapat kelebihan yang hampir sama dengan swasta. Memang okey sangat. Iyer lar…macam LD ni company tak sponsor bersalin. Jadi, nak spent duit tu kene buat kire-kire supaya tak membazir & dalam masa yang sama nak jugak rase selesa bersalin baby last ni kan…(iyer ker last
Okey ni LD share sikit kat kawan-kawan ape kelebihan bila sign up kaedah FPP ni.
1. Dapat perkhidmatan Doktor pakar & boleh pilih Doktor. So far LD pilih HSA sebab sini jer ada doc perempuan. HSI takat ni semua lelaki untuk khidmat FPP. Bile dah pilih doc, means doc tu jer yang boleh sentuh/check kita dari first sampai bersalin.
2. Laluan giliran khas untuk appointment dengan doc pakar. Boleh pilih tarikh/hari ikut convenience kita. Yang penting tak payah beratur, set jer masa & tarikh dengan doc.
3. Nikmati wad eksekutif @ kelas pertama (ikut pilihan sendiri). Tapi kat HSA tak ada wad eksekutif, the best wad kelas pertama jer. Pada LD, dah memadai wad first class. Yang eksekutif tu just ade ekstra ruang menunggu khas yang selesa untuk family (fikir balik sape jer yang tunggu aku kan..suami pun teman kat Labour room jer, iuolls bukan ct nurhalijah!
4. Dah nama first class, makan pon mesti sedap dari biasa, I loikkeee! 5. Baby lahir takde cas ekstra bilik ker ape. Free jer. If ade komplikasi, Baby akan dirawat di bawah servis/caj biasa. Hope info diatas dapat membantu.
Apa Itu Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP)
Perkhidmatan ini disediakan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
a. Taraf “swasta” di hospital kerajaan pada harga berpatutan
Kos keseluruhan rawatan hanya 25%-30% dari hospital swasta
b. Rawatan oleh Pegawai Perubatan/Pergigian Pakar Pilihan
Dilantik oleh Jawatankuasa PPBP Hospital
c. Nikmati kemudahan istimewa
Eksekutif, kelas satu atau yang setaraf
d. Harga yang kompetitif
Lebih murah berbanding hospital swasta
Ini senarai hospital yang menawarkan skim FPP
Semoga dengan adanya info ini ia dapat membantu bakal ibu ayah membuat pilihan bijak dan tidak mensia-siakan perkhidmatan yang disediakan.
Tidak sedikit pun rasa menyesal di hati seorang ibu yang melahirkan seorang bayi perempuan tiada tempurung kepala sehingga menyebabkan otak berada di luar.
Suri rumah, Norwati Saad, 35, melahirkan bayi comel diberi nama Nur Annissa Zaki sejak 4 Ogos lalu, diuji dengan kecacatan pada tempurung kepala bayinya yang dinamakan ‘holoprosencephaly,’ selain mengalami lelangit sumbing serta memiliki enam jari pada tangan kanan.Menurut Norwati, dia melahirkan anak kelimanya itu di Hospital Port Dickson dan pada ketika usia kandungan tujuh bulan, dia dinasihatkan oleh doktor untuk menggugurkan kandungannya selepas laporan imbasan ultrasound mendapati terdapat kecacatan di bahagian kepala anaknya.
Katanya, pihak hospital turut memaklumkan jangka hayat anaknya tidak lama, bagaimanapun dia dan suami, Zaki Rosly, 40, hanya mampu berserah kepada ALLAH SWT dan berharap anaknya terus hidup sihat seperti bayi lain.
“Doktor kata anak saya hanya mampu hidup dua, atau tiga hari sahaja selepas bersalin namun sehingga hari ini saya bersyukur umurnya masih panjang dan memang mudah menjaga Nur Annissa kerana tidak selalu meragam.
“Saya anggap ini anugerah tidak ternilai ALLAH SWT beri kepada kami suami isteri lebih-lebih lagi anak perempuan pertama dalam keluarga memandangkan empat anak saya yang lain adalah lelaki,” katanya yang menetap di Kampung Kuala Linggi, Masjid Tanah, di sini hari ini.
Norwati berkata, sejak mengetahui keadaan fizikal bayinya dia telah belajar untuk menerima hakikat itu dengan hati terbuka sehinggalah melahirkan Nur Annissa secara normal dengan berat lebih 2.6 kilogram.
“Sedih memang sedih, tapi saya dah bersedia sejak kandungan berusia tujuh bulan lagi dan apa sahaja yang ALLAH SWT berikan saya terima serta reda,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Zaki Rosly, 40, yang bekerja sebagai operator kilang di Tangga Batu berkata, anaknya juga tidak minum susu melalui puting botol disebabkan masalah lelangit sumbing dan hanya diberi minum menggunakan cawan sukatan plastik.
Menurutnya, dia berharap ada pihak yang dapat membantu mereka terutama yang pakar dan arif dalam bidang perubatan agar anaknya dapat membesar dengan sihat serta menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain.
“Setakat ini pun pihak hospital tidak memaklumkan kami perlu menjalani rawatan susulan dan kami sendiri tidak tahu apa yang boleh kami buat. Cuma di bahagian kepala Nur Annissa, kami letakkan kapas serta pakaikan sarung kepala disebabkan keluar cecair berwarna kekuningan,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang atau menghulurkan bantuan boleh menghubungi beliau melalui nombor telefon 01161673662 atau akaun bank BSN 0411729000088130
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.
Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah:
Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.
Objek panas seperti sterika, dapur.
Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
Kebakaran bahan kima yang menghakis.
Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah.
Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.
Tanda dan gejala
Melecur terbahagi kepada :
Permukaan Kulit
Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit, tetapi tiada gelembung.
Kulit Dalam
Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit, kulit juga melepuh.
Keseluruhan Kulit
Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat kerosakan pada salur saraf.
Terbakar Kulit Dalam
Komplikasi
Komplikasi yang serius boleh berlaku sekiranya sebahagian besar permukaan kulit melecur dan melibatkan bahagian dalaman kulit :
Jangkitan – demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung.
Komplikasi jangka panjang ialah terjadinya parut.
Rawatan
Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.
Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.
Rawatan lanjutan di hospital perlu diambil sekiranya :
Keseluruhan kulit terbakar.
Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
Melecur akibat renjatan elektrik.
Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.
Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan melepuh dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun.
Pencegahan
Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
Jangan biarkan kanak-kanak dalam ‘baby walker’ di kawasan dapur.
Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.
Pemulihan
Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan untuk menampal kulit.
Ketahui kebenaran sebenar tentang diet ibu menyusu — adakah makanan pedas, kopi atau brokoli benar-benar menjejaskan bayi? Pakar pediatrik menjelaskan mitos, fakta dan panduan selamat untuk ibu yang ingin menyusu dengan yakin.