Ibu adalah wanita yang sangat hebat. Tak kisah dalam keadaan susah atau senang, keutamaannya adalah anak. Begitu juga dalam bab menguruskan kerenah anak. Walaupun dengan pelbagai ragam, ibu tetap boleh urus.
Biasanya kerenah anak-anak walau berapa usianya, ibu boleh urus. Dengan syarat ibu sentiasa tenang, terkawal dan bijak kendali diri dan anak dengan beberapa cara tertentu. Syaratnya ibu perlu tenang, dan emosi sentiasa terkawal.
Bila ibu tak boleh kawal emosi, anak buat silap sikit pun kita terus nak marah. Semua salah di pandangan mata, dan semua hal pun nak marah. Betul tak?
Bagi anda yang nak tahu macam mana nak hadapi keadaan dengan lebih tenang tanpa ‘memetir’ sepanjang masa, Penulis Ilmu Keibubapaan, Taufiq Razif ada jawapannya.
Kadang dah cuba kawal emosi tapi kita tetap – tertengking – termarah – terjerit – tercubit
Ads
Kadang ianya berlaku secara automatik lebih lebih bila si ibu – sedang penat – sedang lapar – sedang serabut – sedang tertekan – sedang sakit badan
Ketahuilah ibu-ibu semua, bahawa ianya normal untuk kadangkala teremosi pada anak anak asalkan kita – belajar untuk baiki diri – belajar untuk improve kawalan emosi – belajar untuk tampal balik kecederaan emosi anak sendiri
Ads
Paling penting sekali adalah belajar untuk merendahkan diri dan meminta maaf pada anak anak kita sendiri. Dari situ anak kita akan belajar tentang – kerendahan hati – kematangan diri – kekayaan hati
Meminta maaf tidak menjadikan kita orang yang kalah. Meminta maaf bererti kita punya hati yang tunduk merendah tetapi tetap terhormat dan gagah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menguruskan rumah tangga dan anak-anak sudah semestinya memenatkan. Di tambah lagi dengan masalah angin dalam badan yang terus membuatkan badan sakit.
Apa kata, sambil-sambil memasak, anda cuba sediakan minuman susu segar halia yang amat baik untuk membuang masalah angin dalam badan. Badan jadi lebih ringan. Jom cuba resipi dari Pn Siti Rashidah Jasimin ini.
Jika sakit badan disebabkan angin dalam badan, jom cuba resepi mudah ni. Resepi ini sangat popular, sangat mujarab dan mudah untuk disediakan. Guna 2 bahan je.
Bahan-bahan ::
• Susu segar
• Halia 2 inci
Hiris nipis halia yang telah dibersihkan.
Renehkan susu dan halia di atas api kecil, sehingga mendidih.
Tinggal lagi 3 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecoh di media sosial, masing-masing gelabah campur serabut mengendalikan kelas online anak-anak. Bermacam ragam mak ayah dan anak-anak. Ada yang sibuk membuat grup telegram, mengendalikan anak ketika belajar, begitu juga memujuk anak-anak untuk mempersiapkan video. Bermacam ragam.
Namun masuk minggu kedua, mak ayah nampak lebih relaks dan sudah mula nampak rentak pada kelas online anak di rumah. Ada yang sudah mempersiapkannya kerja-kerja lebih awal supaya dapat fokus pada tugasan anak dan tidak kurang juga yang membiarkan anak belajar sendiri agar anak lebih fokus. Pelbagai usaha dilakukan demi memastikan anak memperolehi ilmu.
Perkongsian dan tip dari ibu ini, Herda Johan pastinya sedikit sebanyak dapat membantu malah menyenangkan mak ayah untuk mengendalikan kelas online anak.
Kali ni nampak gaya semua ibu/ayah dah boleh la ye nampak rentak nak urus kelas online.
InsyaAllah lebih tersusun tak macam tahun lepas. Tipsnya.
1. Kerja sekolah tiap hari kena settle hari yang sama. Kalau pending, memang pening.
2. Mak ayah kena pantau setiap hari kena habiskan kerja sekolah pada hari yang sama. Kena cek. Jadual waktu kena alert.
3. Kalau ada satu gajet je takda masalah. Gilir-gilir. Mak ayah kena cek kerja sekolah setiap anak. Pastu arahan dan settlekan ikut satu-satu anak. Bertenang.
4. Kalau anak tak faham, minta anak berkomunikasi dengan cikgu. Tanya sendiri mana yang tak faham. Ajar anak berinteraksi dengan guru masing-masing.
5. Ibu/Ayah yang ada kelebihan printer atau sediakan hand out sendiri leh share pada anak-anak waris lain yang duduk kawasan setempat dan share dalam group. Offer help. Barulah namanya study group.
6. Mak yang surirumah khususnya memang 100% tumpuan lebih. Takpe, semoga kita dapat pahala lebih sebab berbakti pada amanah Allah ni. Susun jadual harian. Mana yang leh sediakan makan awal. Sedia siap. Kalau tak sempat takda masalah. Hidup kita tak sempurna tapi insyaAllah berjalan lancar kalau kita susun kerja kita.
7. Mak yang berkerjaya pun takda masalah. Balik kerja boleh cek balik kerja sekolah anak. Memang penat. Buat mana yang termampu ye.
8. Ayah…..jangan 100% letakkan tanggung jawab ni pada ibu semata. Ambik tahu juga. Tugas isteri anda ni memang azali seorang planner dan organizer. Anda sebagai ketua keluarga, bantu juga. Contoh, belikan makanan siap untuk keluarga bagi mengurangkan letih sang isteri nak memasak lagi setelah sibuk urus pembelajaran anak dan rumah tangga. Ibu-ibu jangan buat seorang walaupun anda memang leh urus. Minta ayah libat sekali.
9. Kena pandai cari solusi. Contoh kalau banyak sangat group anak, camna nak susun supaya tak serabut dalam satu phone. Penggunaan gajet dan apps lak camna nak bagi anak ikut. Kerja sekolah anak pulak sediakan file khas ikut anak dan subjek.
10. Tarik nafas bertenang. Suka tak suka, pandemik #covid19 ni kena lalui juga. Ujian buat kita ibu bapa zaman ni. Yang penting pendidikan anak kita teruskan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah, anda sudah berjaya melepasi fasa kehamilan dan proses kelahiran bayi. Kini tibalah masa untuk menimba pengalaman menjaga bayi baru lahir.
Tetapi malangnya anda berasa bingung tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ini petua cara penjagaan bayi baru lahir, khususnya untuk mereka yang pertama kali bergelar ibu dan ayah.
Cara menjaga bayi baru lahirBagi anda yang kurang menghabiskan masa bersama anak kecil, pastinya akan berasa mereka sangat lemah dan sukar untuk diuruskan.
Hakikatnya, ia tidaklah sesukar mana. Pun begitu, terdapat beberapa cara menjaga bayi baru lahir yang asas untuk diamalkan dan harus dielakkan, seperti:
#1. Basuh tangan @ guna gel pembersih tangan
Menjaga kebersihan untuk persekitaran si kecil yang baru dilahirkan mustahak. Ini kerana sistem imun mereka masih dalam proses perkembangan dan ini sekali gus menjadikan si manja berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
Sebelum memegang bayi, pastikan anda basuh tangan terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya menggunakan gel pembersih tangan.Amalan ini juga perlu diterapkan kepada tetamu yang hadir terutamanya jika mereka seorang perokok.
Pastikan juga mereka tidak peluk bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 minit selepas merokok. Ini kerana toksin daripada rokok masih berada pada nafas, kulit dan pakaian mereka.
Jika si manja adalah bayi pramatang, penjagaan kebersihan perlu lebih diberikan perhatian. Jauhkan bayi daripada individu yang mengalami cirit-birit dan muntah, batuk, selesema atau flu.
#2. Sokongan kepala dan leher
Kenapa pentingnya untuk memberikan sokongan kepada kepala bayi?
Ini kerana jika tiada sokongan kepala ia boleh mengakibatkan kecederaan. Bayi baru lahir mempunyai otot kepala dan leher yang lemah dan hanya ada sedikit kekuatan untuk gerakkan bahagian itu.
Jadi sekiranya kepala si manja tidak disokong, terutamanya ketika mendukung atau mengangkat bayi, ia berkemungkinan akan terlentok ke belakang atau ke depan sekali gus menjadikan keadaan tersebut tidak selamat untuk mereka. Sokongan pada bahagian kepala ini biasanya berlanjutan untuk tempoh sekitar 3 hingga 4 bulan.
Selain itu, sebarang pergerakan kepala bayi yang mendadak turut akan mengaktifkan refleks Moro – tindak balas mengejut. Ia merujuk kepada tindak balas motor yang tidak disengajakan yang dikembangkan bayi sejurus dilahirkan dan boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan tertekan.
#3. Menggoncang bayi ketika bermain atau marah
Jika anda perlu bangunkan bayi, elakkan daripada menggoncang si manja. Sebaiknya, geletek tapak kaki mereka atau cara paling mudah, berikan ciuman penuh kasih sayang. Gegaran berisiko menyebabkan pendarahan pada otak dan juga kematian. Ini kerana bayi mempunyai kepala yang agak besar, berat bersama otot leher yang lemah.
Jika goncangan dilakukan, otak akan berbolak-balik di dalam tengkorak dan mengakibatkan pendarahan serta kerosakan. Bayi juga mungkin berhenti bernafas yang boleh menyebabkan kerosakan otak bertambah teruk. Gegaran dan goncangan yang dilakukan kepada bayi juga meletakkan mereka dalam risiko untuk mengalami tulang patah.
#4. Keselamatan bayi di dalam kereta sorong, carrier dan car seat
Penggunaan carrier atau kerusi bayi amat digalakkan, bahkan ia boleh menjamin keselamatan si manja ketika di dalam kenderaan. Walau bagaimanapun, sebaiknya hadkan pemanduan pada jalan yang tidak rata sehingga boleh menyebabkan bayi melambung-lambung.
Selain itu, elakkan juga daripada melompat, melantun, berlari atau menggoncang bayi di dalam carrier bagi mencegah berlaku sebarang kecederaan otak, leher atau belakang badan mereka. Pastikan juga tali pinggang keselamatan dipasang dengan sebaiknya dan bayi berada dalam keadaan kemas dan selesa di tempat duduk khas.
#5. Bayi belum bersedia untuk permainan atau pergerakan kasar
Bayi memang suka bermain. Tidak kira permainan apa yang dimainkan bersama seperti peek-a-boo atau mungkin sekadar bernyanyi, paling penting ia perlu membuatkan si manja berasa selamat.
Pasti anda pernah melihat parents melambungkan bayi mereka ke udara dan si kecil mengekek-ngekek ketawa, betul tak? Walaupun mereka suka dilambung tetapi hakikatnya perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya dan kecederaan yang tidak disengajakan.
Jadi sekiranya anda terfikir untuk melakukan perkara yang sama, sebaiknya elakkan.
Selain melambung bayi, berikut beberapa lagi cara bermain yang harus dihindari, seperti:
Mengayun bayi dengan tangan mereka
Melambung bayi dengan kuat pada lutut anda
Berpusing dengan bayi ketika mereka dalam pegangan anda
Lakukan yang terbaik dalam menjaga bayi baru lahir
Apabila membaca perkongsian ini, pastinya anda berasa sukar untuk menjaga si manja, betul tak? Tetapi sebenarnya, anda cuma perlu memikirkan segalanya secara logik, adakah perbuatan yang ingin dilakukan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada bayi atau tidak.
Jika terdapat sebarang keraguan, bertanyakan kepada yang lebih berpengalaman atau mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.