The Angguns, Anak Saudara Anzalna Nasir Tak Cerewet Makan. Ibunya Kongsi Tip

Share

Gelagat bayi kembar comel yang dikenali sebagai The Angguns, iaitu anak saudara kepada pelakon jelita Anzalna Nasir memang terkenal di Instagram.

Telatah pasangan kembar seiras Anggun Darleena dan Anggun Darleesa ini sangat lucu dan menghiburkan para pengikutnya. Dalam usia genap setahun, pasangan kembar ini memang nampak bijak dan sangat berdikari.

Melihat kepada tubuh montel kedua pasangan kembar ini mesti ramai yang geram dan rasa nak cubi pipi mereka. Keduanya juga sangat berdikari dalam bab makan sebab mereka sangat suka makan.

Ibunya Diana Nasir yang merupakan kakak kepada Anzalna berkongsi tip bagaimana melatih anak kembarnya menjadi anak yang tak cerewet makan di laman instagram peribadinya.

Sangat penting untuk anak-anak kita makan makanan berkhasiat. Bila mereka makan makanan yang sihat, ia membantu menguatkan sistem imun badan dan mengurangkan risiko sakit.

Sebagai ibu anak kembar, sangat penting untuk saya pastikan anak-anak sentiasa sihat, sebab kalau seorang sakit, keduanya akan sakit dan mama D pun akan pening dan ia sangat menakutkan!

The angguns sangat suka makan! Jadi, saya ambil keputusan untuk ajar mereka macam mana makan sendiri.Mula-mula memang habis berterabur tetapi perlahan-lahan mereka belajar.

Satu hari mereka akan ada 2 hidangan makanan berat dan 3 snek. Ada hari mereka akan makan banyak dan di hari lain mereka mungkin tak nak makan langsung! Tak mengapa jika anak anda pun macam tu. Memang normal selera makan anak akan berubah setiap hari.

Jangan terlalu risau, kerana mereka mungkin akan lebih berselera untuk hidangan seterusnya atau mungkin keesokan harinya.

Masak Pelbagai Jenis Makanan

Saya ada buat food testing dengan Angguns. Saya masak bermacam jenis makanan dan bagi mereka cuba. Biasanya saya akan bagi dalam kuantiti yang kecil sebagai permulaan sebab takut kalau mereka ada alahan atau apa-apa.

Bila dah tahu apa yang mereka boleh makan dan suka, saya akan tulis dalam menu. Jadi, untuk sarapan mereka selalunya makan telur cincang dengan roti bakar/sup sayur-sayuran/bijirin/salad buah/yogurt/roti pisang. Untuk makan tengahari pula, meka suka makan stik salmon (kegemaran sama macam mama D) dengan kentang lenyek dan sayur kukus/pasta/pizza/nasi goreng cina/mee dan untuk makan malam mereka makan yang ringan je. 

Owh snek pula, saya biasanya bagi mereka buah-buahan/biskut. Yang senangnya, Angguns ni sangat senang makan dan tak cerewet.

Ia bukan tentang memanjakan mereka, tetapi memastikan anak-anak sentiasa sihat. Kalau nak manjakan pun apa salahnya kan, anak-anak saya dan saya rasa tersangat gembira bila Anggun seronok makan makanan yang saya masak. ‘ HEALTHY BABIES, HAPPY MOMMA’

Semoga tip yang dikongsi oleh mama D, iaitu ibu kepada pasangan bayi kembar comel ini boleh dijadikan panduan berguna kepada semua ibu dalam memastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat.

Sumber: IG diananasir86

Published by
Hasnita Sawal