Ibu Trauma Anak Kena Gigit, Cakar Dengan Kucing Depan Mata. Luka Di Muka & Kepala Sampai Kena 5 Jahitan

Share

Kucing antara haiwan yang menjadi pilihan masyarakat di Malaysia untuk dipelihara. Memang comel dan manja sahaja mereka, tapi ada ketikanya kucing juga boleh mengamuk dan mencederakan manusia.

Seperti yang dikongsikan oleh Puan Nor Hidayah Isa tentang kejadian yang menimpa anaknya Amsyar yang masih kecil. digigit dan dicakar kucing yang dibela bernama Grey. Trauma dengan kejadian yang melanda anaknya itu sehingga menyebabkan si kecil Amsyar terpaksa dijahit sehingga 5 jahitan dekat kelopak mata.

Ikuti perkongsiannya:

Baru ada masa nak update kat fb..tujuan untuk dijadikan kenangan dan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain.
Serangan daripada kucing rumah.

Hari pertama 1 jun 2020..kenangan yang tidak bole dilupakan.
kami ada pelihara kucing nama grey.hari kejadian sekitar 11pg macam tu.pintu buka tp pintu grill tutup.jadi nampak la kat luar kucing bergaduh lari lalu depan rumah..cepat2 la tutup pintu sebab takut grey lari keluar jugak sebab dia pernah panjat grill tu lari kejar kucin
g lain dan hilang…sehari kami cari baru jumpa.

Grey terkam Amsyar sekelip mata

Tak nak kejadian sama berulang jadi tutup pintu.tak sangka tindakan saya tu..membuatkan grey marah..amsyar masa tu duduk berdekatan dgn grey dekat depan pintu juga..lepas ja tutup pintu tu berlalu nak duduk di sofa…lps tu la grey nampak amsyar terus dia terkam kepala amsyar dan gigit cakar semua…benda tu jadi sangat cepat berapa saat ja..bayangkan macam kucing bergaduh tu..betul2 grey buat mcm tu kat amsyar.dakap kepala amsyar mcm musuh dia.

Bila nampak tu terus baling bantal dekat grey..grey lari..tapi grey datang balik macam nk serang lagi..saya ambik bantal tadi pukul grey…sebab geram sangat grey buat macam tu dekat amsyar..tgk amsyar terbaring darah dah meleleh dari mata..masa ni baru perasan..kelopak mata amsyar terbelah kena cakaran grey..nampak isi terkeluar.dan kesan gigitan di kepala cakaran di dada,belakang kepala,mulut..mengigil tgk luka banyak macam tu..

Amsyar dah meraung raung..Mama pun nangis sama. masa dukung amsyar tu grey macam nak serang lg.kami lari masuk bilik…tutup pintu Call husband suruh balik dia ada kt luar masa tu.nasib dia memang otw balik.x berani keluar bilik dah.tak lama husband sampai.terus ke klinik..baju mama penuh darah..masa tu tekan dgn tisu ja luka kat mata amsyar sebab darah banyak keluar.

Luka dekat kelopak mata, kena 5 jahitan

Luka dekat kelopak mata Amsyar kena 5 jahitan.Allah pelihara tak kena dalam mata..mungkin dia tutup mata masa serangan tu..jangan kecam saya..saya pun tak tau benda ni nak jadi.
Doakan amsyar cepat sembuh.hari ni bengkak dah surut.mudahan cepat baik Amsyar.mama minta maaf sayang…salah mama..mama x potong kuku grey…
Pesanan saya kalau nak jaga kucing pastikan kuku di potong,vaksin,dan kasi…nasib baik kami vaksin grey..kalau tak mungkin jangkitan kuman dekat luka lebih teruk.

Tak Sanggup Nak Buang Grey

Dalam perkongsian Puan Nor Hidayah Isa yang lain, dia berterima kasih kepada yang mendoakan kesembuhan Amsyar atas insiden yang berlaku. Ada antara cadangan yang diterima memintanya untuk membuang kucing peliharaannya itu.

Namun menurut ibu ini, dia tidak sanggup untuk berbuat demikian dan kini sedang mengurung kucing tersebut dan akan memindahkan Grey ke rumah mentuanya untuk sementara waktu kerana masih lagi trauma dan terkejut dengan kejadian yang menimpa.

Assalammualaikum selamat pagi..baru pagi ni tgk hp.banyaknya yang share.terima kasih yang mendoakan kesembuhan amsyar.yg bg pendapat dan cadangan yg baik2 saya terima.tp kalu nak buang atau bunuh ke apa ke minta maaf saya x bole terima.

Grey ni paling manja dengan saya.saya lg sedih grey dibuang..sementara ni kami kurung dia.lepas ni kami akan mandulkan grey.harap grey ubah perangai dia.kami akan hantar grey rumah mertua dulu..perasaan takut tu masih ada klu grey di rumah kami.

Masih trauma dan teringat kejadian anak kena cakar

Saya pun trauma lepas kejadian.susah tido malam asyik teringat saja..terfikir kalau lambat seminit ja maybe lebih teruk amsyar dikerjakan.nasib baik perkara tu jadi depan mata..saya bole terus ambik action leraikan grey dengan membaling bantal..itu saja yang saya bole capai masa tu sebab bantal ada sebelah je.grey terus lepaskan amsyar.

Amsyar dah ok luka2 lain dah kering..tinggal dekat kelopak mata ja nak kena jaga..2hari sekali kena bawa ke klinik Tanah Melayu 24jam untuk cuci dan follow up.sebab klinik tu klinik panel suami bekerja.

P/S .Yang bela kucing tu ambik pengajaran kisah ni.tambah yang ada anak kecik.potong kuku kucing tu,bawak pergi vaksin,dan mandulkan kucing kita.

Didoakan semoga luka Amsyar cepat sembuh dan semoga trauma dan rasa takut yang dilalui oleh Puan Nur Hidayah berlalu pergi. Bagi yang mempunyai kucing dan anak kecil, saranan Nur Hidayah ini boleh diambil kira. Semoga apa yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak kita terutamanya yang masih kecil.

Kredit: Nur Hidayah Isa

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah