Dalam usaha memperkasa peranan ibu tunggal di Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melancarkan secara rasmi Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2025 menerusi satu majlis gilang-gemilang yang berlangsung pada 15 Julai 2025 bertempat di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang menzahirkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan serta kebolehupayaan golongan ibu tunggal melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi.
Ads
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, masih ramai wanita khususnya ibu tunggal yang menjadi mangsa keengganan bekas suami mematuhi perintah tersebut, sekali gus memerlukan sokongan guaman untuk menuntut hak mereka.
Ads
Tambah beliau lagi, program berkenaan dirangka untuk memberikan pendedahan dan bimbingan kepada ibu tunggal dalam aspek perundangan, pengurusan kewangan serta pembangunan potensi diri. Program yang mula diperkenalkan pada 2023 itu kini dijenamakan semula sebagai KasihnITa dan akan dilaksanakan di enam zon utama di seluruh negara.
“Tahun ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah meluluskan peruntukan RM1.6 juta bagi pelaksanaannya di enam zon seluruh negara. Fokus program bukan hanya kepada ibu tunggal yang bercerai tetapi turut melibatkan wanita yang ditinggalkan suami tanpa berita atau mempunyai pasangan yang sakit dan terlantar.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan penyertaan 1,500 ibu tunggal dalam Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2025 yang akan dilaksanakan mulai Ogos ini.
KasihnITa 2025 berlangsung pada Ogos hingga Disember ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta pakar psikologi.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, menerusi KasihnITa, pihaknya akan melaksanakan intervensi proaktif dengan memberikan bantuan khusus kepada ibu tunggal dalam proses menuntut nafkah daripada bekas suami.
Bagi memudahkan penyertaan, Nancy menyarankan ibu tunggal yang memerlukan bantuan untuk menghubungi pihak kementerian secara terus atau mengakses maklumat melalui laman web rasmi kementerian.
Foto Instagram missfazura
Turut mencuri perhatian pada majlis peluncuran rasmi Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2025 itu ialah selebriti terkenal, Nur Fazura, yang tampil anggun dan bersemangat menyokong inisiatif tersebut. Kehadirannya bukan sahaja menyerikan suasana, malah menjadi simbol solidariti dan inspirasi buat para ibu tunggal yang hadir. Aura positif serta komitmen Fazura dalam memperjuangkan isu wanita jelas terpancar, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon wanita Malaysia yang disegani.
Dalam perkongsiannya di Instagram, Fazura meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menghadiri majlis bermakna ini. Menurut beliau, suasana majlis sangat meriah dan penuh dengan aura pemerkasaan wanita, khususnya para ibu tunggal yang sering kali menjadi tulang belakang keluarga tanpa disedari ramai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terperangkap lama di dalam rumah ketika dunia dilanda Covid-19 lebih empat tahun lalu membuatkan ada diantara anak-anak kita yang membesar dalam suasana rumah sahaja.
Tidak didedahkan dengan dunia luar diketika itu membuatkan anak-anak kecil kurang pergaulan malah berasa gementar atau takut untuk bersosial dengan rakan sebaya.
Kehidupan mereka hanya dikelilingi ibu dan ayah serta adik beradik lain. Ruang untuk mereka bermain dan juga berinteraksi adalah terhad.
Meneroka dan menikmati dunia luar tanpa ‘orang asing’ lain menjadi satu kerisauan paling mendalam buat mereka.
Dikala kita sudah boleh keluar dengan bebas dan walaupun masih perlu sentiasa berjaga-jaga, anak-anak harus diberikan kebebasan terutama untuk bergaul.
Apa mak ayah perlu lakukan untuk pastikan pergaulan dan bonding anak-anak usia ini selari dengan rakan sebayanya yang lain disebalik setiap kekangan yang telah berlaku?
Bonding bersama Kiddocare
Jika ada diantara kita yang memilih untuk meletakkan anak di rumah pengasuh atau taska, cadangan baik yang lebih moden serta mengikut arus semasa adalah memilih pengasuh yang datang ke rumah kita iaitu Kiddocarers. Anak-anak pastinya lebih merasa selamat dan selesa apabila dijaga di kawasan rumah persekitaran sendiri.
Dengan cara ini, anak-anak tidak merasa terkejut dengan dunia dan norma baru. Secara perlahan-lahan, Kiddocarers yang berpengalaman pastinya dapat membiasakan anak-anak kecil kita menyesuaikan diri dengan perubahan ini.
Bagi ibu bapa yang tidak tahu, Kiddocare merupakan satu platform penjagaan kanak-kanak bercirikan on-demand atau atas permintaan ibu bapa pilihan utama di Malaysia.
Ia diasaskan pada tahun 2019 oleh pengasasnya, Nadira Yusoff yang mengilhamkan servis yang membantu ibu bapa hari ini untuk mengambil alih sementara tugas mereka untuk menjaga anak-anak.
Dengan tujuan untuk memudahkan, perkhidmatan lain dari yang lain ini amat membantu ibu bapa dalam menyelesaikan tugas mereka di samping dapat berehat seketika dengan hati yang tenang tanpa memikirkan anak-anak yang bakal ditinggalkan.
Atas dasar prihatin, Kiddocare memastikan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak menjadi fleksibel supaya keperluan ibu bapa terjamin. Tak hairanlah Kiddocare sentiasa menjadi pilihan ibu bapa hari ini.
Tidak hanya membantu ibu bapa, malah Kiddocare juga membuka peluang pekerjaan untuk mereka terutamanya golongan muda yang ingin menambahkan pendapatan dengan mengambil tugas dan menjaga anak-anak.
Kiddocarers ini bukan sahaja menjaga dan memastikan anak sentiasa berada dalam keadaan selamat, tetapi mereka juga melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat buat anak-anak.
Antara aktiviti yang disediakan termasuklah bermain dengan alat permainan, menyanyi dan menari, sesi membaca buku dan bercerita, seni dan kraf dan permainan fizikal yang selamat dan bersesuaian mengikut peringkat umur anak-anak.
Peranan utama aktiviti ini bukan sekadar untuk berseronok, tetapi ianya untuk memberi impak positif seperti meningkatkan kemahiran kognitif, penyelesaian masalah, kemahiran deria dan termasuklah juga kemahiran dalam berkomunikasi dan berinteraksi yang boleh memastikan anak pandai bergaul lebih-lebih lagi Covid-19 yang sudah melanda kita.
Paling utama pastinya kesemua Kiddocarer di Kiddocare ini sudah pun menjalani pemeriksaan latar belakang menyeluruh termasuk rekod jenayah, ujian psikometrik, dan pemeriksaan perubatan.
Kiddocarer juga menjalani latihan oleh pakar industri penjagaan kanak-kanak selain ditapis lebih awal oleh wakil-wakil Kiddocare. Layari laman web, https://kiddocare.my/ untuk maklumat lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pusat Pakaian Hari-Hari sememangnya sudah cukup dikenali ramai. Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana butik yang satu ini menawarkan variasi kelengkapan pelbagai peringkat usia yang sememangnya menjadi pilihan. Paling utama harga mampu miliknya menjadikan ia terus-terusan menjadi pilihan semua.
Bukan biasa-biasa bahkan pusat pakaian yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 ini kini mempunyai lebih 90 cawangan di seluruh Malaysia. Malah bernaung di bawah syarikat Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd menjadikan butik yang satu ini terus sukses dalam memberikan pilihan buat semua.
Menurut Puan Hayati Mohamed, Area Manager Pusat Pakaian Hari-Hari Seksyen 7, Shah Alam yang juga turut menyelia tiga cawangan lain di Shah Alam, pemilihan pakaian pelbagai peringkat usia sentiasa menjadikan butik yang satu ini sebagai pilihan buat semua masyarakat.
Malah harga berpatutan dan mampu milik yang diperkenalkan oleh pusat pakaian ini menjadikan ia bukan satu bebanan buat pembeli. Paling utama di sini tersedia segala pakaian harian buat semua tidak kira bagi dewasa juga kanak-kanak.
Peralatan & Persalinan Lengkap Sekolah
Sejak lama dahulu, Pusat Pakaian Hari-Hari sememangnya cukup dikenali dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Bukan hanya baju sekolah, seluar, kain dan tudung pelajar bahkan di sini tersedia kelengkapan lain seperti kasut, beg sekolah juga alat tulis untuk pelajar.
Menariknya kata Puan Hayati, segala kelengkapan persekolahan boleh dimiliki serendah RM150 yang merangkumi persalinan dan kelengkapan lengkap termasuk kasut dan beg sekolah. Kos sebegini pastinya merupakan kos yang cukup menjimatkan bagi golongan sederhana.
Katanya lagi fabrik berkualiti tinggi, selesa serta harga berpatutan menjadi penyebab utama Pusat Pakaian Hari-Hari menjadi pilihan utama ibu bapa menjelang sesi persekolahan yang baru.
“ Seperti yang orang ramai sedia maklum, kami mempunyai dua jenama pakaian sekolah yang menjadi pilihan ramai ibu bapa iaitu Joni & Jeni dan juga No Problem. Rata-rata yang datang ke sini sangat berpuas hati dengan kualiti kedua jenama tersebut dan sentiasa menjadi pilihan bukan sahaja ibu bapa, malah anak-anak juga.”
Umpama ‘one stop center’ untuk kelengkapan sekolah, ibu bapa boleh mendapatkan variasi pilihan baju sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama untuk anak-anak di sini.
“Botol air juga antara salah satu produk kami yang baru diperkenalkan tahun ini. Paling menarik harga serendah RM5 hingga RM10 diperkenalkan agar tidak membebankan ibu bapa,” katanya lagi.
Bukan sahaja tiga produk baru ini bahkan produk kasut berwarna hitam turut menjadi produk utama selain pakaian asas sekolah. Harga yang ditawarkan pula hanyalah sekitar RM15 hingga RM37.90 sahaja.
Menurut Pn Hayati lagi, kesemua pakaian dan kelengkapan sekolah ini sudah pun berada di pasaran sekitar bulan Disember tahun lalu sehinggalah kini. Ini bagi membolehkan ibu bapa berbelanja di saat akhir sehingga sesi persekolahan bermula setiap tahun.
Pemilihan kain kapas dan kapas campuran membuatkan anak-anak lebih selesa malah paling utama lebih mudah digosok.
Selain kelengkapan sekolah, selaras dengan keadaan semasa dengan situasi penularan virus Covid-19, Pusat Pakaian Hari Hari juga turut menyediakan kelengkapan bagi perlindungan diri untuk anak-anak di sekolah seperti face mask, face shield dan banyak lagi.
Koleksi Baju Raya Harga Patut
Selain baju sekolah yang menjadi keutaamaan di sini. Pusat Pakaian Hari-Hari juga cukup dikenali dengan persalinan busana raya. Setiap kali menjelang musim perayaan ini, permintaan hebat daripada pelbagai golongan membuktikan bahawa pusat pakaian ini sentiasa menjadi pilihan semua.
Bukan hanya lengkap persalinan seisi keluarga, malah turut diperkenalkan dengan pakaian bagi bayi berusia satu tahun. Jadi dapatkan seisi keluarga beraya sedondon ketika hari raya.
Paling utama harga yang ditawarkan kepada pelanggan teramatlah berbaloi malah mampu milik. Selain itu juga mampu memberi keselesaan ketika beraya. Pusat Pakaian Hari-Hari juga amat menitik beratkan fabrik dengan hanya memperkenalkan fabrik yang lembut dan tidak panas.
Pelbagai Kaedah Pembayaran
Turut menawarkan pelbagai kaedah pembayaran, selain secara tunai Pusat Pakaian Hari Hari juga menerima pembayaran secara atas talian dan juga melalui pengimbasan kod seperti QR Pay, Grab Pay dan lain-lain.
Selain itu juga, penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) juga boleh berbelanja di sini untuk pakaian sekolah dan juga pakaian dalam wanita.
“Kami di sini menerima hampir semua bentuk pembayaran bagi memudahkan pelanggan yang berbelanja. Sekarang kebanyakkan pelanggan menggunakan keadah pembayaran selain tunai seperti QR Code, Boost, GRAB Pay dan banyak lagi.
“Bukan itu sahaja, penerima bantuan KISS juga boleh berbelanja di sini untuk pakaian sekolah anak dan juga pakaian dalam wanita,” tambah Puan Hayati lagi.
Pusat Pakaian Hari Hari sememangnya tempat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah. Mempunyai pilihan untuk semua peringkat umur bukan sahaja kelengkapan sekolah, malah juga kelengkapan harian lain.
Pusat Pakaian Hari Hari merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Pusat Pakaian Keluarga Pilihan Pa&Ma. Nak tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih? Jom tengok di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini.”
Terkini, Fattah menjelaskan bahawa tiada orang ke tiga yang menjadi punca keretakan rumah sehingga isterinya, Nur Fazura memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam.
Sebagaimana laporan yang disiarkan Harian Metro hari ini, Fattah turut meluahkan rasa terkejut apabila hanya mengetahui tindakan isterinya itu memfailkan perceraian melalui media sosial.
“Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.”
Malah Fattah menjelaskan bahawa dia masih sayang kepada isterinya
“Saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura).”
Dalam pada itu, dengan situasi sekarang ini, Fattah Amin berharap wargamaya mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.
Sebelum ini timbul spekulasi mendakwa Fattah curang bersama penata gaya tudung yang dikenali sebagai Syira Atiqah hangat diperkatakan netizen dalam media sosial.
Untuk rekod, pasangan itu sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Hariab Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.