Ibu Turun Ambil Juadah Berbuka, Naik Atas Anak 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 12

Share

Baru tinggalkan sekejap dua beradik dalam rumah disebabkan ibu turun untuk mengambil juadah berbuka puasa, akhirnya seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kondominium yang terletak di Ampang Utama, Selangor.

Jatuh dari tingkat 12

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan yang menjumpai mayat kanak-kanak perempuan itu sebelum melaporkan kepada pihak polis. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, sebaik sahaja menerima laporan tersebut pihak polis segera ke lokasi kejadian.

Tinggalkan dalam bilik bersama adik tujuh bulan

Mangsa ialah anak sulung daripada dua beradik. Ketika kejadian bapanya berusia 51 tahun keluar rumah untuk membeli juadah berbuka puasa, manakala ibunya berusia 27 tahun tinggal di rumah bersama mangsa dan adiknya berusia tujuh bulan pada jam 5.30 petang.

Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan kedua-dua anaknya itu di dalam bilik tanpa berkunci sementara dia mengambil juadah berbuka puasa di tingkat bawah. Tetapi malangnya, setelah ibu mangsa pulang, dia amat terkejut melihat pintu koridor rumah terbuka dan anak perempuannya itu telah terjatuh dari balkoni rumah mereka ke tingkat tiga bangunan tersebut.

Parah di kepala, kecederaan dalaman & luaran

Ibu mangsa kemudian turut dibawa ke Hospital Ampang dengan menaiki ambulans. Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan tengkorak pecah disahkan meninggalkan dunia pada jam 7.33 malam. Bukan itu sahaja, mangsa juga mengalami kecederaan luaran dan dalaman kesan jatuh dari tempat tinggi.

ARTIKEL MENARIK [“Jarang Nak Tengok Anak Besar Rapat Dengan Ayah.” Rahsianya, Banyakkan Berbual Dengan Anak- Ozyln]

Bapa mangsa memang tidak pernah memohon untuk mendapatkan dokumen kelahiran kanak-kanak itu kerana tiada dokumen pernikahan sah kerana mereka yang juga warga tempatan berkahwin di Thailand.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan.

Sumber: Sinar Harian

 

Published by
Wan Amy