Keibubapaan

Ibu Wajib Tahu 5 Info KKM Jaga Kesihatan Sepanjang Kehamilan, No 2 Tu Wajib Ada

Share

Buat para ibu hamil, tahniah kerana bakal menyambut kehadiran cahaya mata! Perjalanan kehamilan ni memang istimewa, tapi penting sangat untuk jaga kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Jom kita sama-sama belajar tips dan panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pastikan kehamilan sihat, bahagia, dan lancar dari awal hingga bersalin. Semua ni main peranan penting untuk ibu dan bayi sihat. Let’s embark on this beautiful journey together!.

 

1.JAGA KESIHATAN KETIKA KEHAMILAN 

Penjagaan kehamilan trimester pertama adalah sangat penting dan perlu diuruskan dengan baik kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku termasuk keguguran.
Selain itu, Kesihatan fizikal dan mental anak yang bakal lahir dipengaruhi oleh penjagaan kehamilan trimester pertama sehingga ketiga.
Alahan adalah salah satu penjagaan yang perlu diambil berat selain daripada penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan. Jangan ambil ubat tanpa nasihat doktor dan jauhi asap rokok.

2.BUKU PINK 

Seorang ibu hamil memerlukan pemeriksaan, pengawasan dan pengendalian yang teratur dan berterusan sebaik sahaja mendapati dirinya hamil.
Hal ini untuk membolehkan pengesanan awal seterusnya tindakan sewajarnya diambil untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti. Kandungan maklumat pada Buku Rekod Kehamilan amat penting terutamanya bagi kes rujukan yang memerlukan perhatian terperinci, terutamanya ketika kecemasan. Buku ini perlu dibawa ke mana sahaja ibu pergi apabila memerlukan pemeriksaan dan rawatan.

3.PEMERIKSAAN BERKALA. JANGAN CULAS!
Pemeriksaan kesihatan berkala bagi wanita hamil adalah bertujuan untuk memantau perkembangan kesihatan ibu dan kandungan sepanjang proses kehamilan bermula dari tempoh sebelum kelahiran (antenatal) sehingga selepas kelahiran (postnatal).
Pemeriksaan yang dikendalikan oleh KliniK Kesihatan Kerajaan mahupun swasta ini turut merangkumi khidmat nasihat sokongan emosi dan panduan ketika melahirkan agar bakal ibu mendapat pendedahan sewajarnya sepanjang tempoh kehamilan.
4.JAGA PEMAKANAN
Bagi wanita kehamilan adalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat disahkan doktor bahawa diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak dari dalam kandungan lagi.
5.ELAK MINUMAN KAFEIN
Elakkan sama sekali pengambilan kafein pada 12 minggu awal kehamilan.
Lepas tu, kalau nak juga ambil kafein, limit 200mg per day.
Banyak minuman nyahkafein (decaffeinated) yang boleh kita ganti. Jangan lupa, takmau manis-manis. Takde gula lagi sedap.

Nyata, kehamilan ni satu anugerah yang sangat berharga. Dengan penjagaan yang betul, bukan saja ibu, tapi bayi dalam kandungan pun dapat manfaat sepenuhnya. Ingat, setiap langkah kecil yang diambil sekarang, membawa impak besar pada masa depan si kecil. Jadi, jangan lupa untuk jaga diri, amalkan gaya hidup sihat, dan nikmati setiap momen ini menjadi detik nan indah buat anda.

Sumber: KKM

Published by
Nor Yusoff