“Apesal lah bagi anak pegang gunting. Nak suruh budak tu luka ke kalau tergunting jari?”
Itu mungkin tanggapan tipikal ramai orang bila nampak ada ibu yang membiarkan anak berusia dua tahun ke atas menggunting kertas.
Memang ibu bapa zaman dulu tak bagi pun anak main gunting tapi anak-anak tetap membesar bijak dan pandai.
Tapi apa salahnya kalau kita sebagai ibu bapa yang dah tahu ilmu baharu untuk membantu merangsang otak anak lebih bijak mengaplikasikannya pada anak sendiri kan?
Bukankah ilmu keibubapaan itu sangat luas dan sentiasa berubah mengikut peredaran semasa.
Semoga penjelasan Puan Mahfuzah Zainol, Occupational Therapist berpengalaman dalam bidang pendidikan kanak-kanak ini membantu ibu bapa menjadi orang yang lebih berilmu dalam membesarkan anak-anak.
Ramai ibu bapa dan guru yang risau dengan gunting untuk diberi kepada anak-anak untuk bermain.
Gunting bukan alat untuk bermain, tetapi untuk ibu bapa dan guru melatih kemahiran bilateral integration, fine motor skills, hand-eye coordination and motor control.
Kemahiran menggunting boleh menjadi satu item dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
Ads
Tahukah anda?
Kemahiran menggunting adalah salah satu kemahiran dalam ‘school readiness’.
Kemahiran ini nampak remeh tapi jika ditanya kepada saya, daripada penilaian tidak bersandarkan kajian, boleh dikatakan 75% kanak-kanak berumur 7 tahun tidak mempunyai kemahiran menggunting mengikut umurnya.
I expect kanak-kanak berumur 7 tahun (biologically) boleh menggunting bentuk kompleks seperti gambar haiwan dengan ‘ridges’ tidak melebihi setengah inci daripada ‘border’ gambar (sama ada ke dalam atau ke luar garisan).
Semasa awal memperkenalkan gunting, boleh guna kaedah tunjuk cara atau role modelling kepada anak-anak bagaimana untuk memegang gunting.
Dan langkah seterusnya boleh ikut step-by-step seperti dalam gambar.
Ads
11 fasa untuk mengajar kemahiran menggunting, bukan terus suruh kanak-kanak gunting gambar itik ye. Hehe. Ada muqaddimah dan sodaqollah nya.
Boleh cuba ya.
Saya ada kongsikan dalam buku Panduan Pengajaran Kemahiran Menggunting tetapi buku telah sold out, namun ada dalam bentuk CD yang boleh ‘print’ banyak kali.
Sekejap dah genap dua tahun usia anak lelaki Dayah Bakar. Lahir pada 17 Ogos 2020, kini Achbar Muhammad Fahri makin banyak akal dan setiap gelagatnya sentiasa mencuit hati.
Bila dah mencecah usia dua tahun, kebanyakan ibu bapa dah mula tak sabar untuk dengar anak cakap. Biasanya perkataan pertama yang diharapkan keluar dari mulut si anak adalah menyebut panggilan ibu, ayah, mama, papa dan lain-lain.
Seperti situasi Fahri, Dayah berkongsi dia gigih mengajar Fahri memanggilnya ibu. Pastinya nak dengar perkataan itu buat pertama kali. Hakikatnya ia sangat struggle walaupun hanya tiga huruf sahaja.
Apa yang boleh disebut Fahri dahulu adalah baba namun sehingga sekarang masih lagi sukar untuk memanggil ibu walaupun setiap hari Dayah mengajarnya sebut ibu.
Dalam satu video yang dimuat naik ke TikTok, gelagat comel Fahri memanggil ibunya menggunakan nama cukup lucu. Walaupun masih belajar untuk bercakap dengan lancar, sebutan dengan nada yang pelat itu seolah-olah seperti dia memanggil ‘kawan’.
“Dayahhhh..Dayah Tutu Dayahhhh..”
“Ini semua gara-gara selalu dengar atok dan neneknya memanggil Dayah.”
Meraih lebih sejuta tontonan, ramai netizen terutama golongan ibu mengakui mereka pun turut mengalami situasi seperti itu.
Kemungkinan anak selalu mendengar panggilan yang biasa di rumah, jadi secara automatik anak dengar dan ikut.
“Ni mesti kat rumah orang panggil dayah selalu. Anak-anak akan ikut apa panggilan ibu dia di rumah.”
“Hehe..anak bertuah ni. Panggil ibu dia dayah jehh. Kemain ye awak fahri. Comel sangat ni”
“Eeii comelnya Fahri😍 kemain ehh Dayah je dia panggil 🤣.”
“Saya pun pernah rasa pengalaman anak panggil kita dengan nama sebab duk dengar orang panggil macam tu.”
InsyaAllah jika selalu diajar untuk menyebut dengan betul, lama-kelamaan anak akan boleh faham. Asalkan terus mengajarnya. Lagi satu jangan sesekali ajuk dengan menyebut sesuatu perkataan itu dengan pelat.
Ibu bapa jangan takut-takutkan anak dengan ‘hantu,’ kesannya anak jadi penakut, boleh tinggalkan parut psikologi. Kenapa masih ada ibu bapa yang masih menakutkan anak-anak mereka dengan ‘ada hantu’ semata-mata untuk memudahkan urusan kekeluargaan.
Menurut Najmi Nawawi, teknik parenting dengan cara menakutkan anak-anak akan hantu akan memberi kesan buruk pada mereka. Ingatlah anak-anak mempunyai daya imaginasi yang sangat hebat. Cerita-cerita yang diada-adakan akan dibayangkan oleh anak-anak dengan 100% benar dalam minda mereka.
Bahkan ia juga boleh membawa kepada kesan jangka masa panjang terhadap ‘psychological consequences’ khususnya ketakutan kepada tempat-tempat gelap secara melampau.
Ia umpama sebuah ‘psychological scars’ yang akan memberi kesan kepada anak sampai bila-bila seumur hidup mereka. Kasihanilah anak-anak, kenapa kita perlu takut-takutkan mereka dengan hantu, semata-mata untuk memudahkan urusan kerja kita.
Jika kita berterusan menakutkan minda kecil mereka itu dengan hantu, ia akan terus mempengaruhi minda ‘subconscious’ dan ‘unconscious’ anak-anak yang seterusnya boleh membawa kepada risiko penyakit mental yang lebih menyedihkan.
Kita tidak tahu kemampuan penerimaan anak-anak terhadap apa yang kita ceritakan kepada mereka. Lebih-lebih lagi cerita-cerita itu datang daripada mulut ibu bapa mereka sendiri.
Umpama melontarkan batu ke dalam laut, kita tidak tahu sedalam mana batu itu akan tenggelam. Maka berhati-hatilah dalam bercerita atau menakutkan anak-anak.
Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Kerana antara kesan menakutkan anak dengan hantu ialah insomnia, tidur dengan tv terbuka dan lampu tidak ditutup. Masalah dalam akademik kerana anak gagal untuk fokus di dalam kelas dan banyak lagi.
Ibu bapa perlu kreatif dalam mendidik anak-anak. Banyak lagi cara lain untuk pastikan anak mendengar kata, tolong jangan guna cara takutkan anak dengan hantu.
Takut hantu adalah salah satu ketakutan yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Cerita-cerita seram atau pengalaman yang menakutkan boleh menyebabkan mereka merasa takut, terutama pada waktu malam. Berikut adalah beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk membantu anak-anak mengatasi ketakutan mereka terhadap hantu.
Elakkan menceritakan atau menonton cerita seram bersama anak-anak, terutama sebelum waktu tidur. Cerita-cerita ini boleh mencetuskan imaginasi mereka dan menyebabkan mereka merasa takut. Sebaliknya, pilih cerita yang positif dan menghiburkan.
Berbincang dengan anak-anak tentang hantu dengan cara yang sesuai dengan umur mereka. Jelaskan bahawa hantu hanyalah khayalan dan tidak wujud dalam dunia nyata. Memberikan penjelasan yang logik boleh membantu mereka memahami dan mengurangkan ketakutan.
Pastikan persekitaran rumah adalah tempat yang selamat dan selesa untuk anak-anak. Biarkan mereka tidur dengan lampu malam jika perlu, dan pastikan mereka tahu bahawa anda sentiasa ada untuk melindungi mereka. Rasa selamat adalah penting untuk mengatasi ketakutan.
Mainan atau objek kesayangan boleh memberikan rasa selamat kepada anak-anak. Biarkan mereka tidur bersama patung kesayangan atau selimut yang mereka suka. Ini boleh membantu mereka merasa lebih tenang dan kurang takut.
Ajarkan anak-anak teknik relaksasi seperti pernafasan dalam atau meditasi ringkas. Teknik-teknik ini boleh membantu mereka menenangkan diri apabila mereka merasa takut. Latih mereka untuk mengambil nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan apabila mereka merasa cemas.
Dengarkan dan berbincang dengan anak-anak tentang ketakutan mereka. Jangan memandang ringan perasaan mereka. Bantu mereka mengenal pasti apa yang menyebabkan mereka takut dan bincangkan cara-cara untuk mengatasinya. Sokongan emosi dari ibu bapa sangat penting.
Jika anak anda takut gelap, gunakan lampu malam di bilik mereka. Cahaya yang lembut boleh membantu mengurangkan rasa takut dan memberikan rasa selamat. Pastikan lampu malam tidak terlalu terang sehingga mengganggu tidur mereka.
Cipta rutin tidur yang menenangkan dan konsisten. Aktiviti seperti membaca buku, mendengar muzik yang menenangkan, atau bercakap tentang hari mereka boleh membantu anak-anak merasa lebih relaks dan selesa sebelum tidur.
Jangan gunakan ketakutan sebagai cara untuk mendisiplinkan anak-anak. Menggunakan hantu atau cerita seram untuk mengawal tingkah laku mereka hanya akan memperburuk ketakutan mereka. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang positif dan membina.
Jika ketakutan anak anda terhadap hantu terlalu melampau dan menjejaskan kehidupan harian mereka, pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan profesional. Pakar psikologi kanak-kanak boleh membantu anak anda mengatasi ketakutan mereka dengan cara yang lebih berkesan.
Dengan pendekatan yang betul, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka mengatasi ketakutan terhadap hantu. Sokongan, pemahaman, dan dorongan yang konsisten adalah kunci utama dalam membantu anak-anak merasa lebih berani dan yakin.
“Adam!!! Pergi buat kerja sekolah. Asyik hadap ‘games’ aje, kerja sekolah tak jalan,” jerit Aida kepada anaknya yang sedang leka bermain ‘video games’. Adoiii…pening kepala mak-mak kaaan? Itu pastinya merupakan antara situasi yang kerap dihadapi oleh kaum ibu, terutamanya apabila cuti sekolah.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik daripada Cardiff University mencadangkan bahawa remaja cenderung untuk tidak melakukan kerja rumah jika ibu mereka menggunakan nada suara yang tinggi dan berunsur arahan.
Penyelidikan dilakukan ke atas 1000 individu remaja menunjukkan bahawa mereka akan memberikan tindak balas dengan cara berbeza berdasarkan nada yang berbeza. Ini kerana mereka menganggap nada yang lebih terarah kepada ‘galakkan’, membuatkan mereka merasakan seperti diberi pilihan walaupun diminta melakukan sesuatu.
Menurut penulis utama penyelidikan ini, Dr Netta Weinstein, “Jika ibu bapa mahukan komunikasi dengan anak remaja menjadi lebih bermanfaat dan bermakna, adalah penting untuk menggunakan nada suara yang berunsur memberi galakkan berbanding arahan.”
Kajian melibatkan 486 individu remaja lelaki dan 514 individu remaja perempuan yang berusia antara 14 dan 15 tahun ini diterbitkan dalam jurnal Developmental Psychology. Dalam kajian ini, peserta dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan untuk mendengar mesej arahan yang diberikan oleh seorang individu wanita.
Antara 30 mesej suara yang didengari adalah termasuk, “Sudah tiba masanya untuk pergi ke sekolah”, “Anda akan membaca buku ini malam ini” dan “Anda sudah melakukannya dengan baik dalam tugasan ini”. Mesej-mesej tersebut menggunakan nada mengawal (arahan), galakkan atau neutral.
Hasil kajian menunjukkan, mesej suara yang berunsur galakkan seakan memberi atau mencadangkan pilihan membuatkan peserta lebih mendengar dan mengikutinya. Walaupun pada hakikatnya merupakan satu arahan untuk melakukan sesuatu.
“Keputusan kajian ini menggambarkan betapa besarnya impak nada suara yang digunakan dan kepentingan memilih nada yang betul untuk berkomunikasi dalam setiap perbualan harian,” jelas Dr Weinstein.
Untuk jangka masa panjang, para penyelidik merancang untuk melakukan kajian terhadap penggunaan nada dalam mempengaruhi fisiologi, seperti denyutan jantung dan tempoh kesannya terhadap seseorang individu.
Sebagai ibu bapa, anda sering kali terlupa tentang perasaan anak-anak anda apabila anda berasa letih atau mengalami tekanan. Secara tidak langsung ia memberikan impak kepada nada yang anda gunakan kepada anak-anak.
Individu remaja cenderung untuk berasa diberikan perhatian dan bahagia apabila nada bersifat memberi galakan digunakan dan bukannya nada suara berunsur arahan. Ini sekali gus membuatkan mereka lebih berusaha keras di sekolah, di rumah atau di mana sahaja apabila ibu bapa dan guru menggunakan nada yang betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!