Ibu Yang Bijak Memang Suka Shopping! Ada ‘Rahsia’ Beli Barang, Tapi Cash Tak Habis

Share

Sudah menjadi lumrah, setiap ibu pasti menginginkan yang terbaik buat keluarga. Bukan sahaja barangan rumah bagi memastikan keselesaan insan tersayang, ibu juga suka membeli keperluan dapur. Setujukah anda, setiap ibu lebih banyak berbelanja untuk suami dan anak-anaknya berbanding diri sendiri? Inilah sifat mulia seorang ibu, sebab itulah mereka perlu bijak membuat perbelanjaan supaya tidak membazir tetapi tetap cukup buat keluarga.

Ketika membeli-belah, ibu membuat perancangan yang teliti supaya tidak boros. Salah satu caranya adalah dengan membuat senarai barangan yang mahu dibeli. Senarai ini akan disediakan sebelum keluar shopping supaya memudahkan ibu berbelanja serta dapat menjimatkan masa. Selain itu, ada juga sesetengah ibu yang akan menyediakan bajet khas untuk membeli-belah. Sekiranya peruntukan hanya RM100.00, maka ibu akan berbelanja kurang dari peruntukan tersebut. Bijak kan?

Selain dua cara ini, ada juga ibu yang akan membeli sesetengah barangan sahaja. Contohnya, ibu hanya membeli barangan basah di kedai runcit yang kecil supaya tidak berbelanja terlalu banyak. Hanya beli yang mahu digunakan pada ketika itu sahaja. Ada masanya ibu tidak suka untuk keluar berbelanja sendirian kerana risau perlu membawa wang tunai bersama. Selain memikirkan soal keselamatan, membawa wang tunai yang banyak juga menjadikan ibu cenderung untuk berbelanja lebih.

Jangan Risau, Belanja Lebih Bijak Dengan ‘Teman Baik’ Ibu!

Ibu tak usah risau sekiranya perlu membuat pembayaran tunai yang banyak ketika berbelanja. Tak guna wang tunai pun, masih boleh shopping! Eh, macam mana nak bayar? Jangan risau, kerana ibu ada teman baik yang sentiasa menemani. Lebih selamat dan mudah jika keluar membeli-belah dengan Kad Debit Maybank.

Dengan menggunakan Kad Debit Maybank, ibu tidak perlu rungsing untuk mencari mesin ATM bagi mengeluarkan wang tunai. Jadi ibu tak perlu bawa wang tunai yang banyak ketika membeli-belah. Selain itu, penggunaan kad debit juga lebih selamat kerana ia membolehkan pembayaran tanpa sentuh ketika membuat pembayaran.

Tanpa perlu berkongsi kata laluan, ibu dapat membuat bayaran menggunakan Kad Debit Maybank dalam persekitaran yang selamat semasa melakukan transaksi dalam talian.

Apa Bagusnya Kad Debit Maybank?

Dengan menggunakan kad debit ini, ia dapat memberi ganjaran hadiah menarik sehingga RM316,000! Dengan hanya berbelanja serendah RM20.00 untuk setiap transaksi, sudah melayakkan anda untuk memenangi tajaan bekalan barangan runcit bernilai RM6,000 selama setahun. Selain itu, Maybank turut menawarkan 24 buah iPhone 12 terbaharu dan 24 set peralatan dapur berjenama Le Creuset bernilai RM2,000 untuk dimenangi. Tidak cukup dengan itu, anda juga berpeluang untuk memenangi pulangan tunai sebanyak RM100 setiap bulan. Amazing!

Selepas ini bolehlah shopping tanpa perlu menggunakan wang tunai lagi. Guna Kad Debit Maybank sahaja dah cukup untuk memudahkan hidup para ibu. Ini memang betul-betul bijak! Selain itu, dengan tawaran menarik dari Maybank ini, sudah tentu para ibu lebih teruja untuk berbelanja menggunakan kad debit selepas ini.

Semakin banyak anda berbelanja menggunakan Kad Debit Maybank, peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat ini juga lebih besar. Inilah ‘rahsia’nya. Apa tunggu lagi, jom kita  Debit It, Win It!

Untuk maklumat lanjut tentang keistimewaan Kad Debit Maybank, klik SINI

 

Published by
Emy H