Ibu Yang Nak Bersalin Ibarat Pergi Berperang. Pergi Sihat, Balik Belum Tentu Bernyawa

Share

Ramai pula yang kita dengar ibu meninggal lepas bersalin. Ada jugak yang koma. Allahu. Tetibe rasa dup dap di hati.

Kredit gambar: Google

Suami-suami, ingatlah..
Bila isteri mengandung, dia sedang lalui proses-proses yang sukar.

Nampak mudah. Nampak comel. Tapi nak tidur pun kene cari parking yang betul. Makan tak kenyang-kenyang.

Kadang sakit urat betis. Kadang sakit ulu hati. Kadang sakit kepala. Kadang entah apa yang sakit pon dia sendiri tak pasti.

Itu baru proses kehamilan. Belum lagi proses nak melahirkan. Ibu yang nak melahirkan ni ibarat nak pergi berperang.

Kredit gambar: Google

Pergi sihat, balik belum tentu bernyawa.

Patutlah Allah menyediakan syurga untuk para wanita supaya ditaati anak-anaknya.

Layanlah para isteri sewajarnya. Mungkin ini adalah kali terakhir dia mengandungkan zuriat si suaminya.

Kredit fb : fazlina

Published by
NuFa