Perlu diketahui, ibu yang nak menceraikan puting kosong pada anak boleh mula lakukan sebelum usia anak setahun kerana ia lebih berkesan dan tak jadi tabiat.
Adalah baik jika anda menghadkan penggunaan puting kosong oleh bayi anda apabila dia sekitar usia enam bulan dan anda harus cuba menghentikannya sama sekali menjelang usia satu tahun.
Mungkin permulaan rasa susah, apabila anda berhadapan dengan bayi yang meragam, untuk tidak memberikan dia puting sebab ramai bayi menggunakan lain-lain objek pengikatan diri juga, seperti ibu jari dan selimut penenang, sampai ke usia dua tahun atau lebih dari itu.
IKLAN
Kadangkala orang mendapati lebih senang untuk menghentikan penggunaan puting kosong jika bayi sudah memahami sebab-sebab puting tidak diberi kepadanya, atau mengadakan peraturan tentang masa-masa puting dibenarkan, atau diberitahu sebab-sebab mengapa puting dilarang semasa di luar rumah.
Apabila hendak menceraikan bayi dari puting kosong, sebagai permulaan adalah baik untuk menghadkan penggunaan puting untuk masa tidur sahaja, dengan menarik kembali puting itu apabila bayi sudah tertidur.
IKLAN
Ini memastikan dia tidak mencari-cari puting apabila terbangun dari tidur dan sedar dia tidak boleh bergantung kepada puting untuk membantunya tidur kembali.
Satu dari keburukan penggunaan puting kosong ialah ia boleh menyebabkan masalah apabila gigi bayi sedang tumbuh. Ia juga boleh menjejaskan perkembangan kemahiran bertutur bagi bayi bertatih.
Jika anak anda baru mula belajar bercakap, pastikan anda mengambil puting darinya apabila dia hendak menutur kata dan galakkan dia menggunakan perkataan dan bukan menggunakan jari tangan untuk menunjuk-nunjuk.
IKLAN
Infeksi telinga juga bertambah dengan penggunaan puting sebab bakteria boleh bergerak dari mulut ke tiub Eustachia (saluran kecil antara telinga dan tekak). Ini satu sebab puting kosong perlu dicuci dengan rapi dan disterilkan secara kerap.
Sumber: www.babycenter.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu. Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan. Ikuti penerangan doktor ini.
Dr Farhanah, Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic, Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beberapa info mengenai perihal tersedak susu.
Hari ini saya cuma nak share. Setiap kali saya dapat anak, one of my biggest fears is tersedak susu. Biasa berlaku pada bayi berusia 6 bulan ke bawah, sebab baby ni salur pernafasan dan salur makanan yang terletak bersebelahan masih pendek, bayi pulak kerap jeluak/muak, tinggi risiko susu masuk ke salur pernafasan dan peparu.
Jom kita tengok 5 langkah keselamatan untuk kurangkan risiko tersedak susu:
JANGAN SILAP PILIH PUTING SUSU
Bila menyusukan bayi terutama menggunakan botol, jangan pilih lubang puting yang besar. Terlangkupkan botol berisi susu, kalau susu menitik tanpa ada hisapan, maksudnya puting ni tak sesuai terutama untuk bayi 6 bulan ke bawah.
Bila flow susu terlalu laju, baby boleh terkejut. Bila baby terkejut, salur pernafasan dia akan terbukak sikit. Baby boleh hilang kawalan antara proses bernafas dan menelan. So susu yang laju tadi boleh mengalir masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan tersedak susu.
2. JANGAN TINGGALKAN BAYI SENDIRIAN BILA MENYUSU
Kadang-kadang sesetengah parents/pengasuh tinggalkan botol susu dalam mulut baby. Bagi baby 3 bulan ke bawah, disendal dengan kain supaya botol tak jatuh.
Bagi baby 4 bulan pulak kadang dibiar pegang sendiri botol susu dalam mulut sampai baby tertidur.
INI SANGAT BAHAYA!
Bila flow susu ni berterusan, kadang susu terkumpul dalam mulut baby. Dan bila baby nak bernafas, susu tadi boleh termasuk ke dalam peparu dan menyebabkan ️tersedak susu.
Bagi yang menyusukan dengan botol, cara betul adalah pegang/dakap baby dengan meninggikan sikit kepala baby 45 darjah.
Botol susu pun perlu condong sikit untuk make sure bahagian depan botol dipenuhi susu. Kalau botol mendatar, bahagian depan ada angin, so baby akan hisap susu + angin. Hisap banyak angin,️ baby lebih senang muntah dans seterusnya tersedak susu (lebih-lebih lagi bila muntah dalam tidur).
3. JANGAN OVERFEEDING
Untuk bayi yang menyusu badan, boleh bagi breastfeeding on demand. Risiko tersedak susu lebih rendah untuk bayi yang menyusu badan, tapi masih ada.
Untuk bayi yang diberikan susu formula terutamanya, elakkan overfeeding.
Sesetengah ibu/pengasuh bagi susu setiap kali bayi menangis, walaupun belum sampai sejam baby baru menyusu.
Ada ibu yang bagi sampai 4-5oz susu formula untuk bayi baru lahir!
Secara amnya boleh rujuk jadual di bawah untuk keperluan susu bayi.
Ada juga ibu yang terpaksa akur bila orang tua-tua cakap anak “tak puas susu” sebab “tercari-cari”, padahal anak baru saja lepas diberi susu.
Rujuk post tentang reflex menghisap di sini:
Papa, ayah, daddy, baba, bapak-walau apa pun panggilannya, seorang bapa adalah watak penting dalam sebuah keluarga . Seorang bapa selebriti tentu menjadi perhatian para peminat. Interaksi, aktiviti dan belaian kasih sayang, itulah yang diberikan kepada anak. Pa&Ma kali ini menampilkan 5 selebriti hot yang kini menjadi papa yang penyayang.
SAHARUL RIDZWAN
Aktor Shaharul Ridzwan kini menjadi menjadi bapa kepada bayi sulungnya yang gebu bernama Luth Ali. Si montel Ali yang kini berusia enam bulan memanggil Shaharul dengan panggilan Baba. Baru-baru ini Shaharul berkongsi rasa teruja itu menerusi akaun Instagram apabila Ali menyebut nama Allah beberapa kali ketika mendengar azan berkumandang. Saharul memberitahu ketika isterinya hamil, dia pernah berdoa agar perkataan pertama yang keluar daripada mulut anaknya itu adalah nama Allah.
HAIRUL AZREEN
Aktor Hairul Azreen, bapa kepada Yusuf Iskandar. Seringkali berkongsi momen-momen beliau bersama Yusuf di laman Instagram. Ia kerap kali melucukan, tak kering gusi! Kuatnya bonding bapa dan anak ini sejak kecil lagi apabila Hairul mengambil tugas menjaga Yusuf pada waktu malam. Macam-macam aktiviti yang dibuat bersama. Seronoklah Yusuf daddy dia suka melayan!
AMAR BAHARIN
Aktor kesayangan ramai, Amar Baharin sudah bergelar bapa kepada si comel Aqeef Anaqi. Amar sangat sayangkan anak sulungnya itu dan kerap berkongsi gambar-gambar beliau bersama. Bukti pengorbanan seorang bapa, Amar juga tidak kekok untuk menghisap keluar hingus Aqeef menggunakan alat khas dan momen tersebut dirakam di dalam Instagram beliau.
SHAHEIZY SAM
Aktor Shaheizy Sam bergelar bapa kepada anak lelaki yang cute dan comel, Syeriv Samheizy. Si kecil ini kerap kali muncul di laman Instagram bapaknya itu. Sam juga suka melakukan tugas seorang bapa seperti memberikan susu kepada Syeriv dan bermain dengannya.
KEITH FOO
Aktor Keith Foo telah pun menjadi bapa kepada bayi perempuannya, Skylar Raymond Foo. Bayi perempuan yang comel ini kini berusia lapan bulan. Keith banyak berkongsi gambar-gambar Sklylar di laman Instagramnya. Memang betul, a father is a daughter’s first love!
Bateri bulat kecil dalam mainan nampak macam tak ada apa-apa tapi tahukah ibu ayah, kalau anak tertelan ia berisiko menyebabkan perut bocor dalam masa 4 jam!
Jangan main-main dengan objek kecil yang kelihatan tak berbahaya kerana bila tertelan ia berisiko tinggi pada keselamatan si kecil.
Kalau tak percaya baca perkongsian Dr Rusyainie Ramli mengenai kes seorang bayi yang tertelan bateri. Mujurlah selamat dikeluarkan melalui prosedur endoskopi dan bukan pembedahan.
BAYI TERTELAN BATERI!
SubhanAllah! Ni sah bateri bulat kecil yang dari mainan berelektronik!
Doktor yang bertugas memang mengurut dada. Malas nak bebel panjang-panjang kat mak bayi tu. Lain kali la bagi tazkirah.
Macam-macam la kecuaian yang berlaku akibat terlepas pandang. Nasiblah mak tu cepat datang ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Mak bayi umur 7 bulan tu tengah kelam kabut nak siapkan makan tengahari bila bayi tu main-main dengan abangnya yang berusia 6 tahun.
Digigit-gigit agaknya mainan tu terus la tercabut penutup bateri tu. Apa lagi, 1 bateri pun dah masuk mulut. Yang 2 lagi ada kat luar.
Nakkan kepastian, buat XRay.
Nah! Nampak terang benderang bateri kat perut dia. Doktor tu terus minta mak jangan bagi bayi tu minum atau makan apa. Segera doktor tu buat surat rujukan ke hospital.
Dahlah tempat tinggal pesakit tu terperuk di hujung dunia. Nak sampai hospital paling koman 2 jam. Hospital daerah yang ada tu takde pakar bedah kanak-kanak. Bayi tu nampak stabil masa tu. Harapnya sempat sampai hospital.
Awal pagi tadi, diberitahu yang bateri tu dah selamat dikeluarkan dari perut bayi tu melalui prosedur endoskopi. Nasiblah juga boleh keluar tanpa pembedahan abdomen.
MAK AYAH!
Bateri tu nampak macam benda biasa-biasa macam tertelan mainan plastik ke, duit syiling ke, atau seangkatannya.JANGAN SALAH ANGGAP.
Bateri tu mengandungi logam berat seperti zink, merkuri, nikel, kadmium dan litium. Ia juga ada larutan berkepekatan tinggi yang menghakis seperti kalium atau natrium hidrosida. Rupanya nampak naif tapi bahaya menanti!!!
Kalau bateri tu sangkut kat esofagus, iaitu saluran makanan, ia mesti dikeluarkan segera. Sebab? Ia sama ada akan:
1. Menekan pada esofagus
2. Menghakis dinding esofagus dari larutan
alkali bateri tu
3. Aliran elektrik yang mungkin terhasil
Kalau bateri tu boleh lepas ikut esofagus, ia akan masuk ke perut. Kecederaan pada dinding perut boleh berlaku dalam masa 1 jam. Perut boleh bocor keseluruhannya dalam masa 4 jam!
Kalau dah pecah tu, jawabnya memang kena buat pembedahan besar dan boleh jadi rumit sangat. Nak kena jahit balik perut tu bukan benda boleh ambil ringan. Komplikasinya banyak!
Kalau mak ayah suspek anak tu tertelan bateri, TERUS BAWA KE HOSPITAL TERDEKAT SECEPAT MUNGKIN!
Sebab selalunya memang takde simptom yang kita boleh nampak kalau dia baru je telan bateri. Simptom akan ketara bila bateri dah mula bertindakbalas dalam sistem penghadaman.
Tanda-tanda bayi yang tertelan bateri:
1. Muntah
2. Sedu
3. Sakit abdomen
4. Demam
5. Merengek dan meragam
6. Susah atau sesak nafas – kalau bateri masuk kat saluran pernafasan, ni memang bahaya sangat
7. Ruam timbul akibat alahan kepada logam berat
8. Najis mengandungi darah
Langkah-langkah pencegahan:
1. Bateri jenis apa pun, sila lah simpan dekat dalam bekas bertutup rapat dan letak jauh dari anak-anak.
2. Penutup bateri pada mainan anak kitatu, kita letaklah plaster untuk pastikan bateri tu tak tercabut.
3. Kalau anak tu masih bayi, jangan bagi mainan yang ada bateri.
4. Beli mainan yang penutup baterinya diskru rapat dan bukannya hanya dengan klip saja. Dan tampalkan plaster.
5. Mak atau ayah yang kena tukarkan bateri mainan tu. Bukan anak kita tukar
sendiri.
6. Kalau mak sibuk di dapur, letakkan bayi kecil tu dalam play-pen yang selamat untuk mengelakkan dia kutip segala benda masuk mulut.
Ni pengajaran besar untuk mak ayah bayi tu. Semoga kita pun ambil iktibar. JANGAN AMBIL MUDAH BAB KESELAMATAN DI RUMAH!
Semoga bayi ni cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah dengan sihat walafiat. In shaa Allah.
NAMA DOKTOR, PESAKIT, KLINIK, HOSPITAL DIRAHSIAKAN.