Kehebatan air tangan ibu bukan sekadar memasak makanan atau mengemas rumah tetapi hal menguruskan anak termasuk mandi dan memakaikan anak pakaian. Bagi ibu yang tidak bekerja ia memang rutin harian. Berbeza dengan ibu yang bekerjaya. Memang penat setelah seharian di pejabat, balik rumah pula perlu menguruskan rumahtangga. Lebih lagi jika ada anak yang masih kecil.
Tetapi ibu kena ingat, pesanan nenek moyang dulu, ‘air tangan’ isteri atau ibu adalah pengikat kasih sayang suami dan anak-anak. Nyata, jika ibu sibuk mana pun kena cari masa untuk melakukan tugasan itu.
Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood telah menyentuh mengenai kehebatan air tangan ibu yang merupakan rahsia yang akan membuat anak mendengar kata-kata anda dan mudah dibentuk.
Air tangan ibu bukan memasak sahaja
Ads
Walaupun ibu itu seorang yang sibuk dengan kerjayanya, seharusnya kita menambat hati melalui air tangan ibu. Ini kerana, air tangan ibu ini adalah penuh dengan kasih sayang. Kita masak bermakna, kita sayang anak-anak dan suami walaupun kita penat.
Apa yang dikatakan kurang air tangan ibu pula kerana kemungkinan segala persiapan anak diuruskan oleh pembantu rumah atau bibik seperti makan minum, mandi atau pakai baju anak-anak. Berbeza dengan air tangan ibu yang memasak, air tangan ibu yang suap makanan dan minuman serta air tangan ibu yang memandikan anak.
Saya sendiri, semasa anak kecil, saya akan mandikan anak, basuh rambut dan syampu rambut anak-anak. Sambil itu, saya akan berdoa, “Ya Allah haramkan rambut anak ku ni daripada dibakar oleh api neraka. Moga anakku menutup aurat dengan sempurna. Saya sebegini sejak mereka bayi lagi.
Jika basuh tangan anak-anak, saya akan niat, “Ya Allah, bagilah tangan anakku ini melakukan perkara yang baik-baik saja, nanti di akhirat dapat ‘buku’ ditangan kanan. Basuh tangan kiri pula niat, “Janganlah bagi anakku dengan tangan kiri, janganlah bagi anakku mencuri, buat benda yang tak elok. Ketika mandikan anak, jangan lupa basuh kaki kanan dan kiri anak niatlah kaki ni tetap ke titian siratul mustaqim dan melangkah ke tempat-tempat baik.
Ads
Ibu perlu luangkan masa untuk menguruskan keluarga
Ini semua adalah air tangan ibu. Bukannya memasak sahaja. Air tangan ibu termasuk kita mandikan anak, pakaikan baju, sikatkan rambut dan suapkan makan minum anak. Semua perkara-perkara Ini dilakukan dengan niat semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Malah kasih sayang antara anak dengan ibu semakin kuat apabila anak itu membesar. Anak akan ingat momen ini.
Apa yang Ustazah kongsi ini, Ustazah buat pada anak-anak, sekarang pada cucu pula. Jadi air tangan ibu ini penting. Apapun kena dilakukan dengan perasaan tenang bukannya dalam keadaan marah. Jika kita memasak dalam keadaan marah, orang yang makan mungkin akan dalam keadaan beremosi.
Ads
Apa yang pasti, seorang ibu itu perlu meluangkan masa untuk memasak, menyuapkan makanan dan minuman, mandikan serta pakaian baju anak. Malah apa sahaja yang ibu lakukan perlu disertai dengan doa seperti doakan keselamatan anak semasa memandikannya.
Semua yang dilakukan ini adalah air tangan ibu untuk memberikan kesejahteraan buat anak-anak. Kurangnya air tangan ibu, bermakna akan menjejaskan kasih anak kepada diri kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Didik anak melakukan kerja rumah boleh dilakukan seawal usia 2 tahun. Ketika umur anak memasuki usia 2 tahun, ajar dia lakukan kerja rumah yang mudah seperti letak baju kotor di dalam bakul, sampah perlu buang di dalam tong sampah. Didik anak tentang kerja rumah mengikut usia yang sesuai. Apabila anak terbiasa didik tentang tanggunjawab, mereka akan mudah melakukan kerja-kerja rumah tanpa perlu dipaksa.
Penglibatan anak dalam menguruskan rumah sangat penting, ajak mereka bersama-sama lakukan tugasan rumah seperti yang dikongsi oleh ibu ini.
Saya pernah melihat ada ibu yang mempunyai 5-6 orang anak remaja. Tetapi ternyata ibu seorang diri sahaja yang tunggang-langgang di dapur dari pagi sampai ke malam. Terutamanya bulan puasa seperti sekarang. Pedih tumit ibu berdiri di dapur, tetapi anak-anak sedang bergelak tawa melayan Tiktok di dalam bilik. Nahi, nahi, nahi.
Jangan sebegitu ibu-ibu yang baik hati. Tanam dalam hati, kita mesti ‘dengki’ degan anak-anak tak kira lelaki atau perempuan. Jika dapat dimulakan dari kecil lagi bagus.
Ini cara ‘dengki’ saya kepada anak-anak:
1. Jika saya masuk ke dapur, jangan harap anak-anak boleh terperap di dalam bilik bersuka ria. Semua mesti turun padang.
2. Kemudian saya akan mula memberi arahan. Aisyah, kupas bawang besar tiga biji, halia, bla, bla, bla. Aminah tolong bersihkan taugeh tu. Adam, ambilkan untuk umi kuali 2 biji dan periuk satu. Begitulah contohnya. Jika ada barang-barang yang baru dibeli saya akan minta mereka simpan ke tempatnya.
3. Ketika sedang memasak pula, saya menjadi chef hebat. Saya memasak sahaja dan memberi arahan sepenuhnya kepada anak-anak saya. Misalnya, umi nak air asam jawa. Ambilkan tempoyak untuk umi. Umi nak santan. Kerisik please. Ambil minyak zaitun sekejap. Tolong isikan bekas kayu manis dan bunga lawang yang kosong tu.
Teknik ini amat-amat-amat baik. Ibu-ibu cubalah. Anak-anak akan peka dengan susun atur dapur kita. Mereka tahu di mana kita simpan kerisik, cili kering, rempah-ratus dan segala bagai lagi.
Yang kedua mereka akan kenal yang mana halia, yang mana lengkuas, tempoyak, cengkih dan macam-macam lagi. Semakin hari mereka akan semakin pandai.
4. Selepas siap memasak satu menu, saya letakkan di atas meja. Saya suruh mereka hidangkan. Lalu mereka akan bertanya. Nak hidang dalam bekas yang mana umi?
Waktu ini saya akan mengajar lagi. Kata saya jika masakan berkuah, mangkuk hidangan mesti dalam. Jika kuah sedikit atau kering bekas hidangannya nipis. Alhamdulillah, sekarang mereka sudah kurang bertanya mungkin disebabkan sudah faham sikit-sikit.
Setiap kali menceduk lauk ke dalam bekas, saya lihat mereka akan saling mengingatkan supaya tepi-tepi mangkuk mesti dilap sebelum dihidangkan.
5. Selepas memasak biasanya saya akan mencuci semua pinggan-mangkuk di sinki. Kemudian saya tinggalkan kepada mereka untuk membersihkan meja kerja, menyimpan kembali semua bahan lebihan memasak, mengelap dapur dan lantai. Saya sudah berehat di ruang tamu. Yang penting ketika saya masuk ke dapur nanti, dapur mesti berkilat!
Waktu ini big boss akan masuk ke dapur untuk membereskan tugasan seperti menguruskan sampah dan sebagainya.
6. Selepas makan, saya dan big boss hanya mengangkat pinggan kami sahaja. Kemudian Aisyah, Aminah dan Adam akan uruskan yang selebihnya. Selalunya saya lihat Aisyah bahagian menyimpan makanan lebihan ke dalam bekas bertutup untuk disimpan. Aminah bahagian mencuci pinggan-mangkuk. Adam mengemas meja dan lantai. Sekejap saya semuanya sudah selesai.
Kejam tak cara saya ‘berdengki’ dengan anak-anak? Tetapi saya rasa biarlah saya kejam dan dengki sebegitu supaya mereka tahu untuk membawa diri. Seperkara lagi saya tidak mahu anak-anak saya menjadi raja dari kecil hingga ke tua.
Ibu-ibu yang lain bagaimana?
Jika apa yang saya kongsikan ini dilihat ada manfaatnya, bolehlah kita mulakan dari sekarang. Mula sikit-sikit, insyaallah lama-lama mereka hadam. Saya memulakan teknik didikan ini setahun dua yang lalu.
Kadang-kadang mengapa teknik ini gagal? Kerana kita tidak adil. Kita kerah angah, sedangkan along, acik, adik dan lain-lain kita biarkan terbongkang di depan tv. ‘Dengki’ kita mesti melibatkan semua yang berada di bawah bumbung yang sama secara sama rata.
Kesimpulannya, di tangan kita ibu-ibu ada pena. Walau bagaimanapun sikap anak-anak, kita yang telah melukis corak tersebut. Betul tak?
Kredit : Busseroa Abd Jalil
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
‘Boundaries’ perlu diajarkan pada anak sejak kecil. Antara penyebab anak jadi liar dan susah dikawal adalah bila kita gunakan ‘Permissive Parenting’ dalam mendidik anak.
Permissive adalah bila kita:
Terlalu ikut kemahuan anak
Takut pada anak
Tak ada langsung usaha untuk disiplinkan anak
Ada perkara yang kita perlu tegur, tetap perlu ditegur.
Tak tahu cara tegur anak dengan berkesan?
Beri Amaran Awal
Segerakan Hukuman
Nyatakan Tingkahlaku Anak Yang Kita Tak Suka Dengan Terperinci
Apa nak buat bila anak mengamuk sampai memukul, menggigit, sepak terajang, tumbuk, hantuk kepala kat lantai, tarik rambut, baling barang?”
Setiap kali saya buka sesi Q&A sama ada di seminar atau di social media, mesti soalan ni muncul. Dan setiap kali itulah jauhhh di sudut hati kecil saya berdetak–
“Hmm… Biasalah budak2.. Tapi kalau tak tahan sangat, hempok je dengan pasu.”
Ok tak tak.
Gurau.
Saya faham sangat keadaan bila anak mengamuk ni sebab ofkosss saya pun pernah melalui. asa anak kuat mengamuk ni kan memang fasa wajib dalam parenthood
Siapa rasa dia tak pernah lalui fasa ni dan rasa anak dia baikkkk sangat macam malaikat– kau tunggu. Masanya akan tiba.
Sebelum saya share tips macam mana nak react bila anak mengamuk, saya nak korang faham 4 perkara basic ni dulu:
1. Semua kekerasan dan kekasaran yang ditunjukkan oleh anak setiap kali dia mengamuk, contohnya pukul, terajang, penampo, cakar, gigit, dan sebagainya BUKAN bermaksud kita dah gagal mendidik mereka. Ia adalah fasa normal bagi anak yang sedang belajar mengenali emosi diri.
So parents jangan cepat sangat rasa down dengan keadaan ini. Sebaliknya latih diri untuk “chill je” setiap kali anak mengamuk.
Orang sekeliling pandang sambil geleng2 kepala pun — CHILL JE.
Pandang je balik kat orang tu sambil kenyit2 mata.
Biar orang tu trauma semalaman mengenangkan wajah “chill” kita.
2. Anak umur 4 tahun ke bawah yang mengamuk dan agresif, BUKAN sebab dia biadap atau konghajo atau kongasam.
Mereka sebenarnya nak beritahu “sesuatu”, tapi disebabkan oleh language & communication skills mereka belum berkembang sepenuhnya, maka dengan mengamuk sahaja lah cara untuk mereka luahkan.
Kids below 4 belum ada enough words / vocabs untuk describe apa yang dirasai. Dan diorang tak tahu macam mana nak jelaskan apa yang mereka nak. So cuba bayangkan. Kesian tau anak2 kita dalam fasa ni.
Macam kita mak-mak ni masa tengah datang bulan. Entah kenapa tiba2 rasa nak baling pinggan, tiba2 rasa nak nangis, tiba2 rasa nak terjun bangunan, tiba2 nak libas suami dengan penyapu lidi.
Bila suami tanya kenapa–
kita hanya mampu mengerutkan dahi sebab kita sendiri tak tahu nak describe cemana.
Hmm macam takde kena mengena je analogi aku ni.
3. Ingat ni– anak akan mengamuk bila dia tak dapat apa yang dia nak– tak kisah lah benda tu lojik (contohnya, nak makan, nak susu, nak tidur) atau benda tak lojik (contohnya nak mainan yang kawan pegang, nak main pisau, nak terjun dalam kolam ikan, etc).
Dan amukan anak2 lebih cenderung berlaku bila mereka dalam keadaan lapar, penat, mengantuk, atau rimas. So always be ready, dan always expect the unexpected.
4. INGAT, JANGAN PUKUL ATAU TENGKING ANAK YANG TENGAH MENGAMUK. TAPI– PELUK.
Marah, pukul, atau jerit pada anak yang sedang mengamuk akan mengeruhkan lagi keadaan. Ia seolah-olah sengaja mengajar anak urus emosi dengan kekasaran, kekerasan dan kemarahan.
Sepatutnya waktu anak mengamuk ni lah waktu yang paling sesuai untuk ibu bapa tunjukkan contoh sikap “cool” pada anak2, dan tunjukkan cara yang betul untuk urus emosi dengan berfikir dan berkomunikasi dengan baik.
Ok now.
Apa yang ibu bapa SEPATUTNYA BUAT bila anak mengamuk?
Berikut adalah 4 langkah mudah untuk stopkan anak mengamuk, dan ajar mereka kemahiran mengawal emosi.
1. Lumpuhkan senjata.
Masa anak mengamuk, memukul, menggigit, menerajang, mencakar, baling barang, mereka menggunakan senjata seperti tangan, kaki, gigi, kuku dan sebagainya.
So tugas ibu bapa adalah memastikan “senjata2” itu “dilumpuhkan” dengan segera. Kalau anak memukul, cepat2 tahan tangannya supaya dia tak dapat teruskan memukul. Kalau anak terajang, tahan kakinya supaya dia stop terajang.
2. Asingkan anak.
Kalau masa anak mengamuk tu ada orang lain, cepat2 bawa anak ke tempat lain. Yes, masa anak tengah meronta menjerit berguling2 tu, terus angkat dia dan bawa pergi.
Pergi mana?
Mana2 tempat yang takde orang.
Contohnya, pergi sudut mana2 ke, pergi masuk kereta ke, pergi bilik lain ke, somewhere private and quiet.
Bila kita cepat2 asingkan anak macam ni, ada 3 perkara baik yang akan berlaku:
Satu, anak dapat “keluar” immediately dari situasi yang menyebabkan dia mengamuk tu.
Dua, ibu bapa dapat intimately deal dengan anak tanpa dilihat oleh orang lain.
Tiga, maruah anak akan terjaga. Even mereka masih budak2, anak2 pun ada rasa malu bila berdepan dengan situasi tegang depan orang lain.
3. Bantu anak guna PERKATAAN, dan bukan guna senjata (tangan, kaki, gigi, atau kuku)
Once kita dah bawa anak ke tempat yang senyap dan takde orang, pegang dia kuat2, lihat tepat ke dalam mata nya, dan cakap–
“Mama tahu awak sedih/takut/geram/marah/kecewa”, dan terus peluk anak kuat2.
Beri “nama” untuk emosi yang mungkin sedang dirasa oleh anak.
No matter how you’re feeling– marah ke, malu ke, hangin ke, rasa nak pulas telinga anak ke– PELUK JE.
Remember– THIS IS A PERFECT TIME TO ACT LIKE A GOOD PARENT. Show your child how cool you are in dealing with your own anger.
4. Ajar anak cara alternatif untuk handle emosi. Bila dah reda sikit, jangan tunggu terlalu lama untuk bercakap dan bantu dia rationalise semula.
Ada 5 cara alternatif yang kita boleh ajarkan pada anak2 supaya mereka tak gunakan violence ketika mengamuk.
1. Guna perkataan.
Ajar anak beberapa perkataan to describe feelings. Contohnya sedih, takut, risau, rimas, penat, marah, kecewa, bengang, geram, panas, sejuk, dan sebagainya.
So that lepas ni, bila anak rasa apa2, mereka akan mampu luahkan melalui perkataan instead of mengamuk tak tentu pasal sebab tak tahu macam mana nak describe.
2. Blah je.
Ajar anak untuk “blah je” atau “pergi dari situ” setiap kali mereka rasa tak puas hati dengan seseorang. Kalau anak marah dengan kita, ofkos kita akan terasa hati kalau anak tetiba blah camtu je. Tapi ingat– ia jauhhhh lebih baik dari anak memukul/menggigit kita. Kan?
3. Quiet corner.
Buat satu corner khas untuk anak pergi setiap kali dia rasa macam nak pukul orang. Haikal punya quiet corner dulu adalah sebuah khemah kecik yang penuh dengan stuffed toys, bantal dan selimut.
Setiap kali Haikal masuk situ, tahu lah saya bahawa dia tengah bengang dengan seseorang. Tapi bila dia keluar dari situ, saya akan cepat2 slow talk dan peluk dia lama2.
4. Hembus api naga.
Yang ni favourite Haikal. Setiap kali saya nampak Haikal macam nak mengamuk, saya cepat2 cakap–
“Hembus api nagaaa!!!”
Terus dia akan tarik nafas dalam2, dan hembus kuat2 guna mulut sambil bayangkan api keluar dari mulut. He always feels better lepas tu.
5. Secret code.
Kod rahsia sangat membantu especially bila anak tak boleh kawal emosi sangat2 dah. Secret code yang Haikal guna since umur dia 3 tahun sampai lah sekarang ialah ayat ni:
“Mama peluk Haikal sekarang please!”
Bila dia sebut je ayat tu, tahu lah saya ada benda yang tak kena dengan dia. Sama ada tengah marah ke, tengah sedih ke, tengah kecewa ke, tengah bengang ke.
Dan saya akan stop buat apa saje yg saya tengah buat masa tu dan terus peluk dia, sambil cakap–
“It’s ok. Mama ada.”
Usually dia akan menangis dalam pelukan saya. Dan later dia ceritakan apa yang berlaku dan apa yang dia tengah rasa.
I know, semua ni bukan senang nak buat kalau kita jenis yg dah biasa marah, jerit dan pukul anak setiap kali dia mengamuk.
But it’s never too late to reset our parenting style.
Kan?
Ingat– bad parenting takkan menyelesaikan apa2 masalah anak, malah akan mengakibatkan banyak lagi masalah behaviour anak pada masa akan datang.
Mulai hari ni–
set the right example.
Tunjukkan pada anak2 the right way untuk manage bad emotions.
Sooner or later, insyaAllah anak akan ikut.
Selamat malam, semua.
If you’re looking for more parenting lessons, read my books. Mind you, ia BUKAN parenting book biasa.
Anak-anak adalah anugerah yang perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Dalam sesebuah keluarga yang bahagia, perasaan cinta dan hormat-menghormati antara satu sama lain mesti dipupuk sejak kecil.