Kaitan masalah berat badan susah naik atau turun seseorang isteri ada kemungkinan besar berpunca masalah stres yang kronik. Ini kerana stres yang kronik boleh ganggu sistem hormon dalam badan. Badan akan mengalami masalah hormon tak seimbang (Imbalanced hormone)
Kalau nak tahu, hormon adalah bahan kimia dalam tubuh yang masuk ke dalam salur darah kita dan bergerak dari organ ke organ untuk beri arahan nak buat apa dan bila kena buat.
Jadi memang tak pelik kalau dah cuba guna macam-macam produk kurus tapi badan masih lagi sama montel.
Bila isteri kita mengalami stres yang terlalu kronik, sesetengah hormon dalam badan akan berlaku lebihan atau kekurangan. Jadi semua sistem tubuh akan berlaku “malfunction” sebab arahan tak sampai betul.
Ads
Bukan berat badan sahaja yang terganggu malah isteri boleh mengalami masalah seperti:
1. Kesukaran untuk tidur 2. Terlalu sensitif dengan rasa sejuk dan panas 3. Kulit kering dan kusam 4. Senang berpeluh 5. Tekanan darah tak stabil 6. Selera makan naik atau kurang tanpa sebab 7. Rasa resah & bimbang ( anxiety ) 8. Selalu rasa terlalu letih 9. Sakit kepala 10. Kemurungan ( depression ) 11. Ada bonjol di leher tiba-tiba
Banyak lagi sebenarnya, tapi ni antara yang paling utama.
Sebenarnya badan kita dah ada semua yang diperlukan untuk dapat badan yang sihat dan menawan. Secara semula jadi lagi. Bebas kesan sampingan dan mesra poket.
Ads
Jadi senang je, kalau nak isteri kita sihat dan menawan suami kena sentiasa tadah telinga dan beri perhatian bila isteri nak mengadu atau mengeluh. Sebab “bercakap” itulah terapi mengurus stres yang paling berkesan buat wanita.
Nak isteri cantik menawan luaran kita kena jaga dulu dalaman dia. Jaga hormon, jaga emosi dan jaga pemakanan. Baru isteri kita sihat dan menawan setiap hari.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.
Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baik macam mana pun si ibu, anak tetap akan lebih ikut cara ayah berbanding ibu. Sejauh mana kebenaran ini?
Ya anak-anak memang mewarisi genetik ibu dan ayah. Dan tiada lagi kajian spesifik mengatakan anak ikut mana lebih. Namun anak anak melihat si ayah ini sebagai Hero. Ya sebagai idola anak-anak.
– dia tengok cara ayah bercakap
– dia nak tiru cara ayah berjalan
– Nak buat mimik muka ayah
– Nak apa yang ayah makan minum
Dan yang paling banyak anak ini akan perhati adalah cara ayah layan ibu. Sebab itulah jika nak anak jadi baik sebaik-baiknya, ayah kenalah tunjukkan tingkah laku yang baik sebaik-baiknya di depan anak.
Anak mana tahu beza baik buruk. Apa idola buat, dia tiru sebijik sebijik je! Ini la yang bahaya, jika kita culas dan tunjuk tingkah laku yang buruk sikit depan anak cepat je dia akan tiru.
Lebih bahaya lagi apa sahaja yang dia tiru tu akan efek personaliti diri dia. Itu la yang akan menjadi:
– habit
– prinsip hidup
– belief system
– mindset
Sampai ke dewasa kelak. Tepat sekali peribahasa, “Bapa borek, anak rintik”. Bagaimana ayahnya, begitu la anaknya akan jadi. Perangai anak tak ikut ibu tapi perangai anak ikut ayahnya. Kecerdasan berfikir dan pengurusan emosi itu ya, anak ikut ibu sebijik sebijik.
Ibu dan ayah saling melengkapi hidup anak. Ibu buat anak rasa di sayangi dan di cintai, ayah pula buat anak rasa selamat dan rasa di hargai. Wallahu A’lam,
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mufti Wilayah Persekutuan pesan penting bagi ibu ayah pilih nama yang ada makna baik untuk anak yang bakal lahir sebab ada perkaitan dengan keperibadiannya nanti. Jangan terlalu terpengaruh memilih nama yang moden dan terkini tanpa mengambil kira maksudnya.
Jom baca penjelasan dari Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hal ini.
Soalan:
Assalamualaikum. Saya nak tanya boleh tak kalau saya nak namakan anak lelaki saya dengan nama Dayyan Eijaz. Ada maksud yang tidak baik tak pada nama itu? Terima kasih.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Soal pemberian nama anak adalah satu perkara yang dititik beratkan oleh syarak. Ini kerana, penamaan nama yang baik merupakan di antara faktor dalam membentuk peribadi yang soleh pada diri seseorang itu. Berikut merupakan beberapa nas nabawi yang menunjukkan kepada hal tersebut:
Daripada Abu al-Darda’ R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu. Riwayat Abu Daud (4948)
Hadis ini dinilai sanadnya oleh Imam al-Nawawi sebagai jayyid manakala Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub mengatakan bahawa hadis ini sebagai hasan. Maka jelas daripada teks hadis di atas menyatakan bahawa hendaklah seseorang itu memperelokkan pemberian nama anak-anak serta kaum kerabatnya.
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wahb al-Jusyamiy bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Berikanlah nama dengan nama para anbiya’. Dan nama yang paling dicintai oleh Allah adalah Abdullah dan Abd al-Rahman. Riwayat Abu Daud (4950)
Berdasarkan hadis di atas, Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub menyebutkan bahawa Bani Israil dahulu banyak menamakan anak-anak mereka dengan nama Emanuelle, dan maknanya adalah “Tuhan kami bersama dengan kami”. Oleh yang demikian itu, nama yang paling Allah S.W.T sukai adalah Abdullah dan Abd al-Rahman. Dari sudut seorang kanak-kanak itu, apabila dia dapat berfikir dan berakal kelak akan mengetahui bahawa dia adalah hamba kepada Allah dan Allah adalah sayyidnya dan juga maula (penolong) kepadanya. Rujuk Tuhfah al-Maudud (Hlm. 389).
Perkaitan Di Antara Nama Dan Keperibadian
Sebahagian para ulama menjelaskan bahawa terdapat kaitan yang ketara di antara nama dengan seseorang yang dinamakan dengan nama tersebut. Di antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub Rahimahullah dengan katanya: Secara kesimpulannya, akhlak serta perbuatan-perbuatan yang buruk itu ada hubungkaitnya dengan nama.
Demikianlah nama-nama yang baik akan mendorong kepada akhlak dan perbuatan yang baik. Dan tidaklah Rasulullah S.A.W itu dinamakan dengan Muhammad dan Muhammad melainkan kerana banyaknya ciri-ciri dan sifat terpuji pada diri baginda S.A.W. Dan sesungguhnya pemilik nama yang baik kadangkala malu dengan namanya, dan kadangkala disebabkan namanya itulah yang mendorong seseorang melakukan perbuatan yang sesuai dengan namanya serta meninggalkan apa yang bercanggahan dengannya. Lihat Tuhfat al-Maudud Bi Ahkam al-Maulud (Hlm. 250).
Maksud Nama Dayyan Eijaz
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, berikut kami nyatakan penjelasan berkenaan nama Dayyan Eijaz. Perkataan Dayyan دَيَّانُ mempunyai beberapa maksud seperti berikut:
Di antara nama-nama Allah S.W.T yang baik. Yang membawa erti yang menjatuhkan hukuman (Al-Hakim) dan yang melaksanakan hukuman (Al-Qadhi). Ini berdasarkan sebuah hadis yang mana Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Akan dibangkitkan umat manusia pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, tidak berkhatan, serta tidak memiliki sesuatu pun. Kemudian Allah S.W.T menyeru mereka: Aku adalah al-Malik dan Akulah al-Dayyan. Riwayat Ahmad (15612)
Ia juga membawa maksud yang memberikan ganjaran kebaikan terhadap perbuatan baik dan memberikan balasan keburukan terhadap perbuatan jahat.
Ia juga membawa erti al-Qahhar iaitu yang Maha Perkasa.
Saidina Ali bin Abi Thalib R.A juga pernah disifatkan sebagai Dayyan oleh sebahagian salaf dengan kata mereka: Adalah Dayyan bagi umat ini selepas Nabi mereka adalah Ali bin Abi Thalib. Iaitu qadhi dan hakim bagi umat ini.
Manakala perkataan Eijaz إيجاز pula membawa maksud berikut:
Ringkasan, iaitu tidak memanjang-manjang.
Lafaz yang sedikit tetapi mengandungi maksud yang banyak.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kami berpandangan bahawa penamaan anak dengan nama Dayyan Eijaz adalah dibolehkan. Ini kerana, nama tersebut tidak membawa maksud yang buruk, dan tidak juga dilarang oleh syarak selain ia turut membawa kepada maksud yang baik. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas lagi terang kepada kita dalam beragama. Ameen.
Cadar dan tuala putih memang cantik, nampak cerah dan bersih apabila dibentang di atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah cadar putih dan tuala putih apabila dicuci, selalunya ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip. Boleh juga diaplikasikan untuk lampin kain yang terkena kesan karat.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh cuba kaedah jimat dengan menggunakan tuala tangan yang kecil. Caranya ialah dengan memasukkannya ke dalam tempat letak sabun. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkn karat ‘terjun’ terus pada kain cucian.
Cara ini berkesan. Tiada lagi kotoran yang melekat pada kain-kain yang dicuci. Sekali-sekala boleh gunakan nila agar kain-kain yang dicuci nampak berseri-seri.
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Nila boleh cair atau pekat. Ikut suka anda.
Nila jadi cair begini tapi airnya tetap kebiru-biruan.
Beginilah cucian yang terhasil. Nampak bersih dan ‘sejuk’ mata memandang. Cubalah!
Satu tip penting yang perlu diingat ialah apabila menggunakan nila, jangan letak pelembut kain sekali. Ia akan menyebabkan nila jadi bertompok-tompok dan jadi tidak sekata pada kain cucian.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.