Uncategorized

“Ibuuu… Ibu Ibu Ibu.” Beberapa Hari Lagi Genap Setahun Aafiyah Dah Pandai Sebut Ibu. Netizen Teruja

Share

Panggilan ibu dari Siti Aafiyah buat emak Datuk Sri Siti Nurhaliza membuatkan ramai peminat teruja. Cerdiknya Aafiyah ni, jelas sebutannya.

Dalam Instagram sitiaafiyahctdk_, dipaparkan video Aafiyah menyebut ibu beberapa kali. Walau pun masih belum berusia setahun, sebutannya jelas.

Siti Aafiyah yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya pada 19 Mac ini dipuji netizen kerana petah dan bijak menyebut  perkataan ‘ibu’.

Para peminat turut gembira dengan pencapaian atau milestone anak penyanyi kesayangan mereka. Siti Aafiyah merupakan puteri sulung buat DS Siti & Datuk Seri Khalid selepas 11 tahun menunggu kehadiran cahaya mata.

PINTARNYA ANAK IBU

PANDAINYA AAFIYAH

SAAT PALING GEMBIRA SEORANG IBU

JELAS SUARANYA

Sumber: sitiaafiyahctdk_ & ctdk

Published by
Azma ML