Idamkan Anak Hafaz al-Quran, Amalkan Tip Ini Ya Ibu Ayah

Share

Anak kecil jika dibiasakan dari awal buat sesuatu perkara dan menjadi rutinnya pasti tiada masalah. Begitu juga dalam bab membaca al-Quran. Mendidik anak cinta al-Quran sejak kecil bukan sesuatu yang sukar jika ibu bapa bersungguh-sungguh melakukannya.

Disebabkan itulah untuk melahirkan generasi cinta al-Quran kerjasama dari ibu bapa penting. Sebenarnya, cara ajar anak hafal al-Quran boleh dimulakan sejak anak berumur dua tahun ke atas lagi.

Pada usia ini anak masih mudah dibentuk dan senang dilentur untuk terima ajaran dari kedua ibu bapanya. Secara tak langsung dengan cara ajar anak membaca al-Quran ini, anak dapat menjiwai bacaannya dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian.

Ada beberapa tip yang boleh ibu bapa lakukan untuk memastikan impian ini terlaksana dan boleh diamalkan setiap hari pada anak-anak.

1)Ibu ayah kena rajin baca al-Quran

Usaha ini antara yang paling penting untuk memupuk anak minat membaca al-Quran. Anak yang biasa melihat ibu bapanya memegang dan membaca al-Quran automatik jadi lebih dekat dengan kalam Allah ini.

Amat penting ibu bapa memainkan peranan dengan mewujudkan suasana al-Quran di rumah seperti selepas waktu solat jadikan ia sebagai rutin walaupun hanya dalam tempoh 15 minit.

Apabila anak selalu melihat ibu bapa terus istiqomah, secara tak langsung mendorong anak untuk RAJIN membaca al-Quran tanpa perlu dipaksa.

2) Kurangkan masa anak-anak dengan gajet

Bagi anak kecil, perkara ini paling susah nak ditinggalkan kerana sejak kecil dah terbiasa. Tak kiralah televisyen, telefon bimbit atau ipad. Sampaikan satu tahap ada anak yang akan melekat depan TV semata-mata nak menonton rancangan kegemaran.

Sebagai ibu bapa, anda perlu buat satu keputusan tepat untuk anak. Jika perlu berkorban sekalipun, terimalah. Mungkin sebelum ini sepanjang masa anak bebas menonton atau bermain gajet tanpa had.

Anda boleh buat satu jadual baru. Contohnya dalam sehari hanya dua jam sahaja masa untuk menonton TV atau bermain gajet. Selebihnya isi masa dengan aktiviti bermanfaat seperti membaca al-Quran atau aktiviti perkembangan sensori anak.

3)Kongsi cerita kisah-kisah dari dalam al-Quran

Ada bermacam cerita kisah-kisah tauladan dan pengajaran yang ada dalam al-Quran. Ibu bapa boleh beli pelbagai jenis buku cerita kisah dari al-Quran khusus untuk kanak-kanak yang banyak di jual di pasaran.

Walaupun kita tengok anak seolah-olah belum mengerti kisah yang dibacakannya tapi percayalah yang anak anda akan lebih mencintai al-Quran apabila mereka tahu makna dan kisah dalam kitab suci tersebut itu sendiri apabila mereka dah boleh berfikir sendiri.

Jangan cepat putus asa jika anak kecil susah nak fokus. Jadikan waktu sebelum tidur sebagai satu cara anda bercerita mengenai kisah dalam al-Quran dan secara tak langsung mengeratkan hubungan anda dan anak.

4)Sentiasa berdoa

Doa ibu bapa adalah senjata paling mujarab untuk anak-anak. Tak kisah dalam keadaan apa sekalipun, jika kata-kata yang baik sentiasa diucapkan itulah keberkatan buat anak.

Dalam hal ini ibu bapa nak anak sentiasa dibukakan pintu hati mencintai al-Quran, berdoalah sepanjang masa. Allah Maha Baik dan tak akan pernah menghampakan permintaan hambanya jika dilakukan dengan niat yang betul.

Berdoalah supaya Allah memimpin anak-anak kita cinta al-Quran. Hanya Allah yang akan beri tepat pada waktu dan izin-Nya.

5) Sediakan pemakanan sunnah yang baik untuk otak anak

Pemakanan seimbang sangat penting seawal bayi selain khasiat susu ibu. Bila anak dah melepasi usia dua tahun pengambilan makanan mengikut perkembangan usia kena dititikberatkan.

Pemakanan yang sihat berkait rapat dengan perkembangan akal, emosi, rohani dan fizikal. Sebab itu pemberian makanan sunnah seperti kismis, madu, safron, gam Arab, delima sangat digalakkan kerana kandungannya mengandungi khasiat untuk minda dan semua bahan ini terkandung di dalam suplemen Al-Fateh.

Sebaiknya ibu bapa boleh jadikan pemakanan ini amalan buat anak-anak. Elakkan mengambil makanan dan minuman ringan yang mungkin boleh menjejaskan fokus anak untuk membaca al-Quran.

Keterangan lanjut mengenai produk Al Fateh hubungi 019-6129869 atau layari www.alfatehjunior.com dan boleh emailkan di info@alfatehjunior.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

Published by
Wan Amy