Siapa kata untuk nampak ruang dapur atau rumah kemas memerlukan kawasan yang luas untuk mendekorasi. Jika anda pandai susun atur, ruang yang sempit tetap boleh nampak elok tersusun.
Melalui perkongsian Hani Mynis, kita boleh mengadakan pantri di rumah (walaupun rumah sewa ataupun yang tak ada build in or ready kitchen cabinet kat rumah) dengan repurpose almari kasut sebagai pantri. Ada kawan-kawan nak tengok lebih dekat label-label yang dibuat sebagai panduan.
Juga nak kongsi beberapa tips untuk pantri/almari simpanan stok yang lebih kemas dan organized.
– Menggunakan bekas yang seragam (dari segi saiz, bentuk dan warna, jika ada tema gabungan dua warna pun boleh tepati tema)
– Kumpulkan barang dalam kategori masing-masing (contohnya mknn dalam tin, pasta-pasta, jenis-jenis mi dan sebagainya). Boleh masukkan dalam bakul atau bekas bertutup yan lain (bakul coklat saya datangnya dari kedai Eco.)
– Label dan label. Paling penting. Walaupun kita seorang je dalam rumah tu yang buka tutup pantri tu (kita je yang memasak), boleh label semua supaya kita tahu dimana letaknya stok yang dibeli. Dan sebagai panduan untuk tahu stok apa yang habis.
Details utk setiap label bekas dan bakul di dalam pantri saya ada di dalam caption gambar jika hendak dijadikan panduan.
HAPPY ORGANIZING
Kredit: Hani Mynis
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Salah Ke Anak Kita Tak Pandai? Gred Bukan Penentu, Penting Akhlak & Adab Bagus
Trend ibu bapa sekarang masing-masing berlumba nak anak pandai. Sampaikan sanggup menyekat kebebasan waktu kecil anak untuk teroka apa yang sepatutnya mereka lakukan. Dalam fikiran ibu ayah, jika anak tak dapat skor dengan cemerlang dalam akademik, bermakna anak itu gagal.
Tapi tahukah ibu bapa, cara kita yang terlampau memaksa anak akan menyekat peluang mereka untuk berjaya dan menjadi orang cemerlang. Pandai adalah subjektif. Kita tak boleh menilai seseorang itu melalui kejayaan cemerlang akademik semata-mata. Banyak faktor lain boleh diambil kira dan ibu bapa terlepas pandang.
Seperti perkongsian ibu ini, Puan Nadia Fuzi, pendapatnya ini betul jika kita fikir secara logik. Mungkin ada yang setuju dan tak setuju. Apa-apa pun setiap didikan ibu bapa penentu kepada kejayaan anak pada masa akan datang.
SALAH KE KALAU ANAK KITA TAK PANDAI?
Nad nak tulis panjang lebar. Tapi Nad bgtau siap-siap. Disclaimers. Ini adalah pendapat Nad. Mungkin cara kita berbeza-beza. It’s ok to be different opinion. No kecam-kecam. No offense.
Twin Sumayyah sekarang berada dalam kelas ke 3, iaitu kelas terakhir dalam sekolah (berdasarkan jiran-jiran bagitaulah). (Sekolah memang ada 3 kelas je dalam setiap darjah). Sebab Sumayyah daftar lambat sikit jadi cikgu masukkan jelah dalam kelas yang masih kosong.
Nad ok je mana-mana janji anak boleh belajar, kira oklah kan. Sehinggalah 2 minggu ni cikgu buat Ujian Pentaksiran untuk semua murid darjah 1. Kecoh dekat group kelas sekolah Sumayyah ada yang dah kena naik kelas dan ada yang kena turun kelas.
Lepas dah rombakan pertama cikgu rombak lagi. Rombakan ni dia tak macam dulu. Pandai duduk kelas depan. Kau tak pandai duduk kelas belakang. Sekarang ni sistem kalau 36 orang yang budak pandai yang sepatutnya duduk kelas pertama tu diagihkan pada 3 group (12orang) dan masuk ke 3 kelas..Jadi semua sama rata duduk kelas campur dengan budak-budak yang agak lemah dalam pelajaran. Jadi dia orang akan belajar bersama-sama.
Tak ada lagi pilih kasih, homework dia lebih homework aku kurang. Aku pun macam haa ok la. Ada bagus juga cikgu buat mcm ni supaya anak-anak tak ada yang tersisih. Sumayyah kat kelas no.3 lagi. Kelompok pandai ke tak pandai aku memang tak ada memilih janji anak belajar dan faham syukurlah.
Ada mak ayah yang mengamuk siap tunjuk sijil anak sekolah. Sijil yang lepas-lepas. Dah masuk macam-macam tuisyen, anak saya pandai dalam segala hal. Kenapa tak masuk juga kelas no.1. Akak, abangnya semua excellent tak pernah turun kelas. Kenapa anak saya yang ni saya tau dia pandai dia tak jadi macam akak abangnya? Kenapa nak kena belajar bercampur dengan anak-anak yang lemah pelajaran. Naik hangin semualah gayanya.
Masing-masing bertanya cikgu buat ujian pentaksiran berdasarkan apa? Dah berkali-kali cikgu explain dengan sistem sekarang. Tak mahu juga dia faham. Masih sampai ke saat ni meleret-leret lagi belum habis lagi mengamuk tu. Aku macam biasalah, Silent Reader. Akhir sekali paling tahap kemuncak dah hamun cikgu, cikgu terus mute kan group. Bagus juga.
Guysss… Apa salahnya kalau anak kita kelas no 3 , no 4 no 5 no 6 atau Waimah no 18 pun. Kenapa kalau anak kita kurang pandai sedangkan kita dah pun usaha.. Memang anak kita kena duduk kelas no 1 ke baru berjaya dalam hidup??
MashaAllah. Aku ingat dah tahun 2021 mak ayah lagi open minded. Tapi masih ada lagi fikiran gini. Nad faham, tahun lepas anak kita semua banyak tertinggal pelajaran. Sistem pembelajaran sekolah pun jadi huru-hara. Cikgu-cikgu buat pengkelasan sebab anak kita ada yang lemah membaca dan mengira.
Jadi cikgu dapat beri tumpuan lebih dan fokus pada anak-anak yang lemah ni dan kawan-kawan yang pandai dapat ajar sama. Tak mustahil satu hari nanti anak-anak yang di belakang ni yang akan score.
Pada Nad jadi seorang pendidik, cikgu mesti nak yang terbaik. Tak kisah la anak kita pandai atau lemah, cikgu memang nak anak-anak semua berjaya.
Anak pandai bonus, yang penting akhlak & adab bagus
Nad selalu pesan dekat twin Sumayyah, cikgu sayang semua. Kalau cikgu marah mesti ada sebab. Sebab kita degil. Cuba kalau kita usaha lebih, jadi budak baik, mesti kita dapat lebih dan semua orang sayag kita.
Nad faham, setiap anak tu berbeza-beza. Macam twin dia orang ni Kinestatik learner.
Jadi kalau ajar dia gitu duduk saja ngadap susah sikit. Kalau ajar dia sambil main basikal, tengah jalan ajar dia baca signboard Insyallah dia boleh buat. Setiap anak tak sama cara mereka faham satu-satu perkara.
Anak tak pandai tak berjaya? Susah nak compete dengan market? Nad dibesarkan dalam keluarga yang meraikan semua. Kau pandai ok. Kau tak pandai pun ok. Yang penting AKHLAK & ADAB.
Mak pesan pada semua dan segala 7 keturunan kami sijil tinggi sekalipun, gantung selimpang Anugerah Dekan Naib Canselor mana pun akhlak tak ada kau jatuh tempat terakhir.
Didik anak bukan untuk pandai, pandai tu satu advantage, didik anak untuk dia jadi orang yang berguna. Berbakti. Walaupun dia kurang sekalipun layanan tetap sama. Nad sendiri pernah berada dalam kelas pertama dan terkahir.
Tapi syukur mak dan arwah ayah tak pernah bezakan kami. Sekolah rendah Nad memang tak pandai. Pernah kena lempang pulak tu dengan cikgu Matematik sebab dah darjah 4 tak pandai mengira lagi. Dahla tak pandai, pemalas pulak buat kerja sekolah. Dapat sekali penampar ajaib terus excellent Math aku sampai sekarang. Terima kasih Cikgu Kamarudin.
Dalam keluarga kami , kami ada kak ipar profesor, abang doktor, ada yang belajar kemahiran sampai SPMV ada yang biasa-biasa saja. Bila duduk berbual, hal anak pandai dan tak pandai bukan topik kami.
Kecemerlangan, sijil bukan perkara yang nak dibanggakan. Anak kita bukan bahan perlumbaan dan peragaan kebanggaan. Begitu juga hal duit kau kaya kah tukar kereta apa bisnes untung berapa juta tahun ni semua bukan topik kami.
Jangan beza-bezakan
Mak dah pesan awal. Jangan beza-bezakan. Kita semua nak redha Tuhan. Jangan guriskan hati orang dengan perlumbaan yang kita cipta sendiri. Banyak lagi topik-topik yang menarik boleh dibualkan.
Raikanlah perbezaan. Buanglah mentaliti jauh-jauh. Anak tak pandai, tak berjaya, kerja teruk dah besar – Anak pandai confirm kerja gred tinggi-tinggi. Semua orang dah tertulis rezeki masing-masing. Dia tak pandai pelajaran tapi skill lain-lain kemahiran lain dia excellent.
Kita dah zaman meraikan perbezaan semua. Yang penting kita sama-sama didik anak jadi orang yang baik. Kita tak tahu anak yang mana akan cuci kencing dan berak kita bila dah tua nanti.
Percayalah. Gred bukan penentu masa depan. Didik anak kita jadi manusia yang baik. Pandai tak pandai tulah tahap kemampuan dia. Yang penting mereka gembira pergi sekolah dan tak ada masalah disiplin. Kalau ada cepat-cepat kita bantu dia.
Kredit: Nadia Fuzi
(Mak kepada anak kelas hujung yang ok-ok saja 😂)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bilik Tidur Sentiasa Kemas, Teratur, Ini Tip Galak Anak Kemas Bilik Sendiri
Memang agak mencabar bagi memastikan bilik anak-anak sentiasa dalam keadaan kemas. Bila si ibu sudah siapkan rutin mengemas, nanti mesti bersepah semula. Sana sini permainan bertaburan. Bilik hanya kemas beberapa jam sahaja selepas dikemas. Pasti ramai antara ibu yang mengeluh.
Takkan nak halang, sedangkan bermain itu merupakan salah satu proses pembelajaran anak-anak. Jadi apa kata, didik anak anda untuk mengemas bilik mereka sendiri. Mesti ramai yang akan kata, dah puas membebel tak berkemas.
Bilik Tidur Sentiasa Kemas, Teratur
Sebenarnya, punca utama adalah didikkan kita. Jadi, untuk galakkan anak anda mengemas bilik mereka, ini perkara yang perlu anda lakukan:
Ini Tip Galak Anak Kemas Bilik Sendiri
1. Ajak anak kemas bersama
Wajibkan hujung minggu untuk aktiviti gotong royong mengemas bilik anak anda. Bila semua buat, baru lah aktiviti tu seronok. Maka secara tidak langsung, walaupun hari-hari lain bilik kelihatan bersepah, anak anda akan kemaskannya sendiri.
2. Sediakan bekas secukupnya
Langkah bijak untuk memudahkan barang anak anda tersimpan rapi adalah dengan menyediakan tong, baku, kotak atau sebagainya untuk memudahkan mereka menyimpan barang-barang yang telah digunakan. Disamping itu, bilik akan kelihatan kemas dan tersusun
3. Hadkan jumlah barang dalam bilik
Kanak-kanak tak perlukan perabot yang banyak perincian yang rumit. Termasuklah barang mainan mereka. Lebihkan ruang terbuka untuk untuk kanak-kanak lebih kreatif menghasilkan aktiviti mereka sendiri. Secara tidak langsung, teknik ini mampu mengurangkan kadar barang yang bersepah
4. Khususkan arahan
Selalu bila kita nak suruh si cilik mengemas barang permainan ini ayat akan digunakan “KEMAS BARANG ADIK”. Apa kata lepas ni kita lebih khususkan seperti ” KEMAS BARANG ADIK. MASUKKAN BALEK DALAM KOTAK. SUSUN ATAS RAK”. Barulah jelas arahan anda tu. Kalau setakat arahan rambang suruh kemas, mungkin bagi mereka apa yang telah mereka lakukan tu dah cukup kemas.
5. Pujian
Ini paling penting. Seperti yang disarankan oleh pakar-pakar, kerap memuji anak anda setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik. Jadi, selesai si adik mengemas, pujilah lah dengan benda-benda yang mereka suka. Cantik ke, bijak ke dan sebagainya. Bukan dengan memberi reward.
Kredit foto: Freepik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Bapa Tanpa Sedar Tidak Berlaku Adil Dengan Anak-anak
Ilmu keibubapaan perlu dipelajari. Kemahiran keibubapaan dan gaya asuhan yang tepat dilihat mampu memberi penyelesaian secara menyeluruh khususnya dalam mendidik anak-anak dengan sempurna.
Ibu bapa juga perlu sabar dalam proses mendidik anak dan mengakui bahawa setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Anak-anak juga perlu dididik dalam suasana penuh kemesraanbagi membolehkan mereka berkelakuan intelektual seiring dengan umur dan sosial mereka.
Ibu Bapa Tanpa Sedar
Bagaimanapun kadang-kadang tanpa sedar kita tidak adil dengan anak-anak. Berikut antara situasi yang sering ibu bapa lakukan sehingga menyebabkan anak-anak rasa tersisih dan berkecil hati.
Tidak Berlaku Adil Dengan Anak-anak
1. Tidak adil dengan pandangan mata kita
Selalu beri perhatian pada anak yang baik sahaja, yang rajin, yang tak lasak. Sedangkan anak-anak lain pun mahu perhatian juga.
2. Tidak adil dengan pelukan kita
Jangan hanya peluk anak yang tertentu sahaja, semua anak mendambakan pelukan ibu ayahnya.
3. Tidak adil dengan ciuman kita
Ciuman ini tanda kasih sayang, tanda cinta. Jika hanya melihat adik beradiknya dicium tapi tidak dia. Tentu rasa sebak.
4. Tidak adil dengan panggilan kita
Kalau nak panggil anak panggil la semua anak dengan panggilan mesra. Jangan seorang intan payung, seorang lagi eh kau aku.
5. Tidak adil dengan mimik muka kita
Pandang anak dengan senyuman memberi anak rasa teruja dan gembira. Pandanglah semua anak-anak dengan senyuman ya.
6. Tidak adil dengan kata-kata kita
Tidak kira anak kecil atau besar tetaplah adil pada kata-kata kita. Lebih lebih lagi pada anak yang dah besar, sudah cerdik sebab mereka lebih faham maksud kata-kata kita berbanding yang kecil.
Peranan ibu bapa ternyata amat penting, namun perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan ilmu asas bagi mengelakkan kegagalan memahami keperluan anak-anak.
Sumber: Mohd Fhais Salim
Kredit foto top image: Freepik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI