
Ibu-ibu mesti selalu ketandusan idea nak sediakan kudapan untuk anak-anak kan? Lagi-lagi anak yang suka mengunyah. Daripada makan jajan yang tak ada khasiat baiklah ibu berkreatif sikit.
Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Umairah Jamaah dia menjelaskan anak-anaknya suka mengunyah. Sementara nak tunggu waktu makan utama perut anak-anak mesti kena isi. Maklum sajalah anak-anak aktif. Jadi perlukan tenaga extra.
Ini antara beberapa menu kudapan. Guna sumber sayur-sayuran. Bebas perasa dan pengawet tiruan. Mudah juga nak disediakan.
Cuma bancuh tepung beras. Salut dan goreng. Siap untuk dimakan.
Ini bahan-bahan yang biasa kak Mai guna sebagai salutannya.
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung (kadang-kadang tak letak pun)
1/2 cawan air
*** Garam untuk anak umur atas 2 tahun sahaja.








** Labu, lobak merah dan terung boleh terus goreng dengan api perlahan.
(Lobak merah lepas goreng jadi texture ala-ala kentang. Cuma ada serat sikit manakala labu lepas goreng jadi lembut)
Sumber: Umairah Jamaah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bubur Nasi Siap Masak Dalam Masa 7 Minit, Sesuai Untuk Mama Yang Sibuk

Bubur nasi sebenarnya boleh siap dimasak hanya dalam hanya 7 minit sahaja. Cara memasak ini sesuai untuk mama yang sibuk. Apabila bayi sudah menjangkau usia 6 bulan jadual rutin mama pun berubah. Penyediaan bubur untuk bayi menjadi keutamaan.
Jadi menu utama sebelum anak boleh makan makanan orang dewasa mestilah dengan menyediakan bubur nasi. Kalau ibu yang bergelar suri rumah bolehlah masak bubur bila hampir waktu makan anak tapi bagi ibu bekerjaya, penyediaan kenalah awal pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh atau taska.
Kalau terlajak sikit bangun pagi, alamatnya tak sempatlah nak masak bubur nasi untuk anak. Nak tak nak terpaksalah bekalkan anak dengan bijirin segera walaupun niat awalnya nak anak rasa air tangan mama.
Idea bernas yang dikongsikan ini sangat membantu mama-mama yang ada anak kecil dalam penyediaan bubur nasi dengan cepat. Hanya memerlukan masa 7 minit bubur anak sudah boleh siap.
Cara penyediaan bubur nasi 7 minit:
Langkah 1
Basuh beras hingga bersih dan tak perlu tos.

Langkah 2
Masukkan beras dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi bayi untuk 5-6 hari).

Langkah 3
Bila nak masak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk. Kalau nak tambah ayam dan sayur, letak masa ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat.

Langkah 4
Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan tinggalkan bubur untuk buat kerja lain kalau tak mahu bubur hangit.

Langkah 5
Minit ke-7, beras sudah kembang dan menjadi bubur. Kalau kuantiti tak banyak, penyediaan bubur akan mengambil masa kurang dari 15 minit.

Langkah 6
Inilah rupa bubur yang sudah siap dan disejukkan, kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba.
Sumber: FB Nor Sakinah Md Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Udang Mercun Sheila Rusly, Memang Pengsan Rasa Dia!

Bila bulan ramadan memang tertunggu-tunggu resipi baru dari Sheila Rusly. Resipi yang sis Sheila kongsi mudah nak buat, nampak menyelerakan. Kecur air liur bila tengok resipi Udang Mercun 2 hari lepas. Ramai dah cuba buat, betul memang boleh pengsan rasa dia sebab sedap sangat! Hari ni min nak kongsikan resipi Udang Mercun Sheila Rusly yang sesuai buat makan waktu berbuka atau moreh.

Bahan-bahan:
- Kulit popia
2. Perapan Udang:
- Udang
- Bawang merah
- Bawang Putih
- Daun Bawang
- Sos Tiram
3. Sos Pencicah:
- Akar Ketumbar
- Cilipadi
- Palm Sugar
- Sos Ikan
- Lime Juice
- Sos Thai
@sheilarusly Cerita semalam. Berbuka rumah anak menantu. Menu Ayam Geprek airtangan @Elisyasandhaofficial Sis buat Firecracker Shrimp (Udang Mercun)Memang pengsan rasa dia😜 Resipi👇🏻 Udang Bawang Merah & Putih Daun Bawang Osyter Sauce Dipping Sauce 👇🏻 Bawang Putih Akar Ketumbar Cilipadi Palm Sugar Fish Sauce Lime Juice Thai Sauce #ramadan2023 #airtangansr #comfortfood #homecooked #cookedwithlove #sentiasabersyukur #alhamdulillah ♬ Ramadhan Datang – Tompi
“Pengsan Rasa dia!”
Cara penyediaan:
Udang:
- Buangkan kulit udang dan kelarkan isi udang untuk biar perapan serap ke dalam isi udang.
- Tumbuk bawang merah dan bawah putih sekali. Masukkan ke dalam bawang putih, bawang merah, daun bawang (dihiris), sos tiram, ke dalam bekas yang berisi udang dan gaulkan rata.
- Ambil kulit popia potongkan menjadi segi tiga.
- Gulung udang dengan kulit popia dari hujung ke tengah, selitkan bahagian atas popia ke dalam dan sambung gulung. Biarkan bahagian ekor udang terkeluar sedikit. Sapukan sedikit bancuhan tepung untuk kekemasan.
- Goreng sehingga warna keemasan.
Sos pencicah:
- Kisarkan semua bahan-bahan pencicah sekali.
- Taburkan sedikit daun ketumbar.
Nanti bila dah cuba masak dan makan, mesti setuju kenapa sis Sheila Rusly letak nama “udang mercun”. Bayangkan, rasa rangup kulit popia inti udang yang isi manis seekor dalam tu. Selamat mencuba!
Kredit: Sheila Rusly
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat Menu Ini Untuk Sahur Anak-Anak, Baru Berselera!

Memikirkan menu sahur simple adalah perkara yang merunsingkan kebanyakan ibu, terutamanya buat anak kecil yang baru belajar berpuasa. Jangan gusar! dikongsikan resepi sahur mudah yang dapat meningkatkan selera mereka.

Tip bantu anak menahan lapar dahaga sepanjang puasa
Sebelum kami kongsikan menu sahur simple tetapi mampu menaikkan selera anak, jom ketahui cara untuk membantu mereka dapat berpuasa. Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh individu dewasa yang sihat. Bagi kanak-kanak yang belum baligh, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Tetapi bagaimana jika si kecil ingin berpuasa? Mampukah mereka untuk berpuasa?
Sudah tentu mereka boleh! Bahkan ia amat digalakkan jika mereka menunjukkan minat untuk berpuasa walaupun belum memasuki usia yang diwajibkan berpuasa.

Sebagai ibu bapa, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk memudahkan anak berpuasa dan bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadah tersebut dengan selamat:
- Sentiasa berikan sokongan kepada anak terutamanya jika ini adalah kali pertama mereka berpuasa
- Galakkan anak berpuasa secara berperingkat supaya tubuh mereka dapat membiasakan diri untuk tidak makan selama berjam-jam
- Sarankan anak berpuasa puasa dengan kurma dan/atau air
- Nasihatkan anak untuk makan hidangan iftar atau berbuka puasa secara perlahan-lahan
- Pastikan diet harian anak tetap mengandungi semua kumpulan makanan seperti bijirin, daging, buah-buahan dan sayuran
- Galakkan anak untuk minum air secukupnya antara waktu berbuka puasa dan makan sahur – 6-8 gelas sehari. Pilihan minuman boleh terdiri daripada jus segar dan susu
Resepi sahur mudah untuk anak
Berdepan kerenah anak yang cerewat makan semenangnya boleh menguji kesabaran, apatah lagi jika dalam bulan Ramadan, anda pastinya akan lebih tertekan. Apa kata anda cuba menu sahur simple dan mudah berikut untuk memastikan si kecil kenyang sepanjang tempoh berpuasa.
Susu kurma dan badam
Susu kurma yang dicampur badam adalah cara terbaik untuk memulakan hari. Minuman lazat ini pastinya dapat menjadi kegemaran anak. Ia bukan sahaja membekalkan tenaga buat si manja, tetapi turut membuatkan mereka kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
Lempeng pisang madu
Lempeng yang lembut dan gebu pastinya boleh menarik perhatian anak untuk bersahur dan ia juga mengenyangkan. Selain itu, lempeng merupakan antara menu yang mudah untuk disediakan pada waktu sahur.
Untuk menjadikan ia lebih menarik, jangan lupa menambah madu dan juga pisang untuk memberikan tenaga tambahan buat mereka!
Nasi goreng telur
Nasi goreng adalah salah satu menu kegemaran kebanyakan individu, termasuk kanak-kanak. Menu yang satu ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu sahur simple kerana ia tidak memerlukan banyak bahan dan boleh disediakan dalam masa singkat.
Untuk versi sihat, elakkan daripada menambah nuget atau sosej kegemaran anak. Sebaliknya, masukkan bahan yang lebih sihat seperti pelbagai jenis sayur seperti kubis, brokoli, lobak merah atau kacang pis supaya keperluan serat anak anda dikekalkan.
Di samping itu, anda juga boleh menambah telur mata atau telur dadar sebagai sumber protein haiwan yang baik untuk anak.
Omelet keju brokoli
Telur adalah sumber protein yang sangat baik untuk kanak-kanak yang semakin meningkat umur, dan telur dadar merupakan antara menu sahur yang boleh ibu sediakan.
Buatkan telur dadar dengan potongan brokoli, kacang pis serta bayam. Pastikan juga anda memasukkan keju supaya keperluan vitamin dan mineral anak anda dipenuhi sepanjang hari.
Nuget tauhu sayur
Nuget antara makanan digemari kanak-kanak disebabkan rasa dan juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang menarik. Jadi apa kata anda sediakan nuget sendiri? Anda boleh menyiapkannya pada waktu malam dan meletakkannya di dalam penyejuk beku atau sejuk. Jadi, apabila tiba waktu sahur, anda hanya perlu menggorengnya.
Untuk menjadikannya lebih sihat, buat versi nuget dengan menambah lobak merah dan tauhu. Kedua-dua bahan ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Semoga resepi sahur mudah yang dikongsikan di atas dapat memberikan anda idea untuk hidangan si kecil sahur nanti. Selamat mencuba!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


