Ibu-ibu mesti selalu ketandusan idea nak sediakan kudapan untuk anak-anak kan? Lagi-lagi anak yang suka mengunyah. Daripada makan jajan yang tak ada khasiat baiklah ibu berkreatif sikit.
Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Umairah Jamaah dia menjelaskan anak-anaknya suka mengunyah. Sementara nak tunggu waktu makan utama perut anak-anak mesti kena isi. Maklum sajalah anak-anak aktif. Jadi perlukan tenaga extra.
Ini antara beberapa menu kudapan. Guna sumber sayur-sayuran. Bebas perasa dan pengawet tiruan. Mudah juga nak disediakan.
Cuma bancuh tepung beras. Salut dan goreng. Siap untuk dimakan.
Ini bahan-bahan yang biasa kak Mai guna sebagai salutannya.
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung (kadang-kadang tak letak pun)
1/2 cawan air
*** Garam untuk anak umur atas 2 tahun sahaja.
** Labu, lobak merah dan terung boleh terus goreng dengan api perlahan.
(Lobak merah lepas goreng jadi texture ala-ala kentang. Cuma ada serat sikit manakala labu lepas goreng jadi lembut)
Sumber: Umairah Jamaah