Idea Masak Bubur Bayi Untuk 15 Hari Dikongsi Ibu Ini Mesti Dicuba

Share

Kadangkala ibu kehabisan idea masak bubur bayi. Kalau asyik masak menu yang sama sahaja bayi pun akan cepat bosan. Apa lagi bahan yang boleh dicampur dalam bubur untuk si manja.

Kalau asyik guna bahan-bahan yang sama sahaja bayi pun mesti bosan dan mulalah enggan makan.

Idea untuk ibu masak bubur bayi menggunakan bahan-bahan berkhasiat yang mengandungi sumberi protein, karbohidrat dan vitamin yang cukup sangat penting membantu si kecil membesar dengan sihat.

Selepas usia 6 bulan, bayi mesti dibiasakan dengan pelbagai jenis makanan, tekstur dan rasa supaya mereka membesar sebagai anak yang bukan sahaja sihat tetapi tidak cerewet makan.

Perkongsian resipi bubur bayi oleh Cik Wany Baharudin boleh dijadikan panduan kepada semua ibu-ibu yang mungkin buntu dan kehabisan idea memasak bubur anak. Dijamin si comel lebih seronok makan dan tiada lagi adegan memalingkan muka tatkala ibu menyuap bubur.

Cara-cara menyediakan bubur nasi bayi ini sama ada masak semua bahan sekaligus atau menumis bawang, ikan bilis atau ayam menggunakan minyak zaitun sebelum dicampur beras dan sayur-sayuran.

  1. Masak semua bahan tersebut sehingga lembut kemudian kisar hingga halus atau
  2. Tumis bawang, ikan bilis atau ayam.
  3. Kemudian masukkan beras dan masak sehingga menjadi bubur.
  4. Masukkan sayur-sayuran hingga lembut.
  5. Kisar bubur sehingga halus.

Menu bubur ini sesuai untuk bayi berusia 8 bulan ke atas.

Beras, brokoli, lobak merah, labu, isi ayam dan bawang merah
Beras, sayur sawi, ikan salmon dan lobak putih
Beras, lobak merah, labu, bayam merah dan ikan bilis
Beras, lobak merah, brokoli, isi ayam dan hirisan tomato
Beras, brokoli, lobak merah, ikan bilis dan bawang merah
Beras, bayam, keledek
Beras, lobak merah, salmon, tomato ceri, sawi
Beras, bayam merah, keledek, strawberi, kismis kuning
Beras, isi jagung, lobak merah, brokoli dan epal merah
Beras, lobak merah, brokoli, labu,strawberi
Beras, strawberi, brokoli, isi jagung, kurma
Beras tomato, lobak merah, kacang peas, labu
Beras, kentang, brokoli, celery
Beras, lobak merah, kiwi, kentang, labu
Beras, brokoli, labu, lobak merah, bawang merah, isi ayam

 

 

Published by
Hasnita Sawal