Idea Nak ‘Selamatkan’ Seluar Anak Yang Terkoyak Sikit-Sikit. Lagi Lawa Dari Asal!

Share

Bagi anak-anak kecil, tak duduk diam, memanjat, berlari tu kira normallah. Cumanya dalam tempoh anak melasak ni, seluar yang dipakai mesti akan ada terkoyak sikit-sikit di mana-mana bahagian. Biasanya adalah di lutut.

Bila dah terkoyak macam ni, nak pakaikan untuk anak pun rasa serba salah. Bagaimanapun ada satu idea untuk ibu-ibu cuba buat. Ibaratnya seperti nampak yang baru dan lebih cantik dari yang asal kalau kreatif.

Idea yang dikongsikan oleh Puan Salsabiila Sofian ini boleh anda cuba buat. Lepas ni boleh cari semula seluar anak yang terkoyak dan gunakan kaedah tampal.

Saya nak kongsi dengan ibu-ibu hebat sekalian, satu idea untuk menjadikan seluar anak yang terkoyak sikit-sikit sebab lari dan terjatuh boleh jadi lebih cantik dari sebelumnya.

Anak saya memang lasak. Sebab dia perempuan saya biasakan dia dari kecil pakai seluar panjang. Walaupun perempuan, tapi subhanallah. Bab memanjat, berlari, jatuh tu biasa.
Jadi baju koyak, seluar bertobek tu biasa.

Ini adalah cara saya cover bahagian seluar yang terkoyak di mana-mana bahagian. Guna iron patch. Macam iron lencana. Konon-konon nak buat style-style. Umie tak kreatiflah nak.

Umie buat senget-senget nampak macam huru-hara. Buat tegak-tegak nampak keras kejung tak berseni langsung.

Jadilah janji tak nampak koyaknya dan boleh dipakai dengan bergaya. Semoga memberi idea kepada ibu-ibu hebat yang menarik nafas panjang tengok seluar anak-anak selalu je berlubang kecil atau besar akibat terjatuh.

Kredit: Salsabiila Sofian

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy