Musim cuti persekolahan yang panjang ini, inilah masa paling sesuai untuk mak ayah memilih untuk anak-anak lelaki mereka berkhatan.

Namun penjagaannya juga perlu diberikan perhatian lebih-lebih lagi mengenai soal pemakanan. Apa yang boleh dimakan dan apa makanan yang patut dielakkan untuk anak makan.

Pemakanan paling penting perlu dijaga agar luka berkhatan tidak bentan dan cepat elok. Jangan ambil ringan perkara ini kerana ia boleh memberi mudarat seperti jangkitan kuman.

Antara makanan sihat dan digalakkan untuk ibu masak untuk anak berkhatan sudah semestinya makanan yang segar dan tinggi sumber protein dan vitamin C bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Idea Simple Menu Pantang Anak Bersunat, Yang Penting Kena Segar & Berkhasiat!

Berikut beberapa cadangan menu dan resipi yang dikongsikan oleh Ainini Zainal buat mama.

1. Ayam bakar kunyit
– Kisar kasar 2 labu bawang putih, bawang besar, 3 inci halia dan 3 inci kunyit.
– Tumiskan bahan tadi selama 10 minit bersama lada hitam, garam dan sedikit gula merah.
– Gaulkan pes dengan ayam dan bakar. Simpan baki pes di peti sejuk untuk kegunaan esok lusa.
– Dihidangkan bersama nasi putih, sayur dan buah-buahan.

Ads

Idea Simple Menu Pantang Anak Bersunat, Yang Penting Kena Segar & Berkhasiat!

2. Bayam goreng bawang putih
– Cincang 3 ulas bawang putih dan tumis bersama minyak kelapa.
– Masukkan kiub pati ayam dan bayam.
– Kacau dan hidangkan bersama bubur.

3. Telur hancur bawang putih
– Tumis bawang putih dengan api kecil selama 5-7 minit.
– Masukkan telur dan sedikit tomato cincang.
– Tambahkan sedikit garam dan hidangkan bersama bubur nasi.

Idea Simple Menu Pantang Anak Bersunat, Yang Penting Kena Segar & Berkhasiat!

4. Keledek ala hashbrown
– Cincang kasar 1 biji bawang merah dan 1 keping kecil isi ayam.
– Campurkan bersama keledek yang telah dikukus dan dilenyek.
– Tambahkan sedikit garam dan serbuk lada putih. Adun sebati.
– Sudukan adunan ke dalam acuan muffin, buat leper.
– Semburkan sedikit minyak dan bakar selama 20 minit pada suhu 160°C

Ads

4. Nasi goreng kunyit
– Cincang 2 ulas bawang putih dan 1 inci kunyit hidup. Tumis menggunakan api kecil.
– Masukkan lada hitam, garam, kiub pati ayam, bayam, nasi dan telur.
– Kacau 5 minit dan hidangkan.

Idea Simple Menu Pantang Anak Bersunat, Yang Penting Kena Segar & Berkhasiat!

5. Keledek ayam dadu bakar
– Potong keledek madu dan tomato dalam bentuk dadu besar.
– Dadukan dada ayam dan gaul dengan lebihan pes kunyit yang sudah dibuat sebelum ini.
– Bakar dalam air-fryer atau oven sehingga masak (saya bakar 30 minit, suhu 160°c dalam air fryer.)

6. Ikan stim halia
– Tumis bawang putih, halia dan satu batang serai.
– Masukkan garam himalaya, perahan lemon, tomato cincang, sedikit gula kelapa dan air.
– Kelar ikan, tuangkan bahan tumis tadi dan kukus selama 20 minit.
– Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Ads

Jom cuba!

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

Idea Simple Menu Pantang Anak Bersunat, Yang Penting Kena Segar & Berkhasiat!

Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai.

Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Sumber: Ainini Zainal

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI