Idzham Ismail Muat Naik Gambar Anak Sakit Jantung Berlubang Masa Lahir, Bagi Semangat Kepada Rakan Artis

Share

Aktor Idzham Ismail telah berkongsi gambar anaknya, Sofea Inara semasa di hospital selepas dilahirkan. Ia bertujuan untuk memberikan semangat kepada rakan artis.

Idzham bersama dan buah hati mereka, Sofea Inara yang comel.

ANAK CHOT XOXO

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita sedih di mana bayi kecil Hazmeer Hassan ahli kumpulan lawak, XOXO masalah jantung semasa lahir. Anaknya Muhammad Sher Harraz telah dilahirkan dengan 3 kelainan pada jantungnya.

KINI MEMBESAR DENGAN CERIA

Anak Idzham kini membesar dengan sihat seperti kanak-kanak seusianya yang lain dan sangat comel, ceria dan berisi. Jika dilihat, tiada siapa menyangka anak ini pernah mengalami masalah jantung.

Berikut ialah perkongsian Idzham yang telah memuat naik gambar-gambar tersebut di Instagram.

Saya sebenarnya teragak-agak nak share gambar Sofea Inara masa dihospital , tapi terpanggil untuk memberi semangat kepada @chotxoxo

Chot , tabah , usaha , tawakal , doctor akan beri terbaik untuk setiap pesakitnya.

JANGAN STRES DAN LEMAH

Allah S.W.T akan sentiasa beri jalan untuk selesaikan masalah diberi. Jangan stress atau lemah , sentiasa minta untuk dipermudahkan walaupon yang tahu peritnya yang merasakannya
Kenapa kita dipilih ? Aku pon tak tahu , aku pon tanya soalan sama , tapi yang aku tahu , kita diberi AMANAH dari NYA.

Kau kuat bro , lagi kuat dari aku , masih boleh tenang dan bekerja dalam keadaan ni. Aku shooting pon tak tentu arah dulu. Haha

HARAP DAPAT BERIKAN SEMANGAT
Aku harap gambar anak aku ni dari awal sampai sekarang ni boleh bagi kau dan isteri kau semangat. Kenapa aku tulis untuk kau , sebab aku rasa sampaikan semangat dekat kau.

BE STRONG
Be strong bro ! Ingat Allah ada dengan kita bantu kita dan sentiasa akan beri jalan.

Kepada siapa-siapa yang nak beri sumbangan untuk pembedahan anak @chotxoxo yang mengalami komplikasi injap jantung terbalik boleh buka account instagram miliknya.

Aku harap dapat membantu kau walaupon tak seberapa pertolongan aku ni.

Para follower memberikan reaksi positif dan ada yang berkongsi cerita tentang pengalaman mereka. Ramai juga yang memuji kecomelan Sofea Inara.

Sumber: Idzham Ismail

Published by
Azma ML