Banyak betul celoteh si comel Arif Jiwa Asyraf. Walaupun percakapnya masih belum jelas (pelat) dan dalam bahasanya sendiri iaitu bahasa bayi, gelagatnya sangat mencuit hati. Arif mempunyai pengikut di instagram seramai 551 ribu orang. Walaupun masih kecil, Arif mempunyai ramai peminat yang sentiasa mengikuti perkembanganya.
Cucu kepada penyanyi tersohor Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid ini sangat comel dan pandai. Aksinya selalu dirakam dan dikongsikan di instagram oleh ibunya, Tya Ariffin. Ikuti perkongsian di Instagram Arif Jiwa Asyraf;
Susah lah ibu Arif ni, tak faham bahasa “Ihiiii ni na ni naaaaanaaa” UncleOnty pasti pahamkan maksud arif apa?
Ads
Arif seolah cuba untuk menyatakan sesuatu. Tapi bahasanya susah difahami. Aksi comel ini telah ditonton seramai 4 ratus ribu kali di instagram. Tak puas tengok Arif berceloteh kan.
Ramai netizen yang terhibur melihat keletahnya yang comel
Ads
Si pipi pau
Ads
“Sini, nak naik atas katil” dia nak ibu dia datang dekat dengan dia supaya boleh angkat dia naik atas katil.
Rezeki setiap orang tak sama. Tidak semua mampu hidup dalam keadaan senang. Ada direzekikan dengan anak ramai. Ada pula tiada anak tetapi diberikan rezeki duit banyak. Tak kurang juga yang hidup sederhana dengan dikurniakan anak dan masih mampu memberi kegembiraan pada ahli keluarga. Walau apa latar belakang sekalipun bersyukurlah!
Perkongsian dari Yunizam Yusop ini, pemuda di Sandakan yang secara sukarela mengusahakan perkhidmatan van jenazah ada cerita di sebaliknya.
Kali ini Yunizam berkongsi cerita sedih mengenai seorang suami yang kehilangan isteri selepas melahirkan bayi ketiganya tetapi tidak cukup duit untuk uruskan jenazah isteri.
Paling sedih, anak-anaknya juga belum memahami yang ibunya telah meninggalkan mereka selamanya dan bila ditanya ‘mama tidur’.
Tidak semua daripada kita mampu hidup dalam kemewahan dan serba lengkap seperti yang selalu dipertontonkan di ruang kaca televisyen. Malah, lebih malang lagi ada juga insan yang hidup dalam kedaifan sehingga untuk mengeluarkan kos bagi menguruskan jenazah keluarga sendiri juga tidak mampu.
Menyedari akan hakikat ini, seorang pemuda di Sandakan giat mengusahakan perkhidmatan van jenazah percuma bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. Ketika menguruskan setiap jenazah, pastinya lelaki bernama Yunizam Yusop ini berdepan dengan banyak cerita sedih daripada insan yang dibantu olehnya termasuklah kisah yang satu ini.
Mana Mama?
Aku cuba bertanya pada anaknya, mana mana? Jawapan keluar dari mulut anak kecil itu, mama sedang tidur pak cik. Allahuakbar!
Di petang yang syahdu kami memecut laju melalui deretan rumah-rumah indah, mewah di Sandakan.
Sebenarnya di sebalik deretan keindahan rumah itu terdapat puluhan buah rumah seperti pondok-pondok usang yang dibina untuk dijadikan tempat berteduh.
Dari jauh nampak lambaian suami
Kelihatan seorang lelaki muda tanpa selipar dan sedikit tidak terurus sedang menunggu kami.
Dia berseorangan melambai dari jauh. Sini..sini..sambil mengangkat tangannya.
Kami bertanya mana yang lain? Jawabnya, aku sendiri saja ni tuan.
Aku terus membuka pintu belakang van. Sebelum menurunkan keranda. Dia menahan tanganku daripada menurunkan keranda.
Berapa ba?
Lalu dia terus bertanya. Anu ba pok! Aku mahu tanya ba ni berapa ba untuk kamu. Untuk kamu apa jawabku.
Berapa ba kamu cas? Nadanya mulai perlahan. Tanpa berlengah aku pun tarik keranda dan ajak dia terus menuju ke rumah arwah.
Janganlah kau fikir tu bayaran ba. Kami tidak ambil tu tuan. Percuma saja van jenazah ni. Mukanya nampak sedikit lega dan katanya terima kasih.
Isteri meninggal selepas bersalin
Arwah ni meninggal sebab apa? Meninggal sebab beranak pok! Sebenarnya ini biniku ba.
Ini anak kami yang ketiga. Jam 6.30 pagi tadi ibunya meninggal.
Kenapa kau tidak bawa ke hospital saja? Tiada ba duit kami, dokumen pun tiada.
Mama tidur
Aku tersentap, dan aku cuba bertanya pada anaknya yang kedua berusia 2 tahun.
Mana mamamu? Seolah-olah tidak mengetahui ibunya telah pergi meninggalkan mereka, si kecil itu menjawab, mama tidur pak cik.
Aku mulai menahan tangisan, dalam hatiku berdoa Ya Allah, perkenankanlah..Tidurkanlah mujahidah ini dengan tenang di dalam kuburnya. Ampunkanlah dan lupakanlah segala dosa-dosanya.
Anak selamat, ibu pergi dulu
Pesanku pada diriku sendiri dan sahabatku sekalian, cubalah pandang wajah pasangan anda masing-masing hargailah perjuangan dan pengorbanan mereka selagi mereka masih ada bersama anda susah dan senang.
Mudah-mudahan syurga buatmu untuk semua wanita yang bergelar Ibu. Aminn
Seorang pempengaruh, Zhidin Aziz menegur sikap segelintir guru yang gemar memuat naik kertas jawapan ujian murid dari generasi Z dan Alfa ke media sosial. Menurutnya, tindakan ini bukan sahaja tidak beretika, malah mampu memberi kesan negatif kepada keyakinan diri pelajar.
“Generasi itu tidak patut dilabelkan sebagai lemah hanya kerana mereka menjawab soalan secara ringkas dalam kuiz atau ujian yang diberikan,” katanya.
Zhidin menyatakan bahawa kesilapan dalam menjawab ujian adalah perkara biasa dalam kalangan murid, dan bukan alasan untuk dipermalukan secara terbuka.
“Generasi terdahulu pun pernah menjawab salah, bezanya dulu tiada media sosial untuk menghebahkannya.”
Tambah beliau, apa yang membezakan dahulu dan sekarang ialah tindakan guru yang secara terbuka menyebarkan kesilapan murid. Sepatutnya, perkara ini dibincangkan secara tertutup di dalam bilik darjah.
Zhidin turut mengulas bahawa sebahagian netizen bukan cuba mendidik, tetapi lebih kepada mengherdik hingga tertanam naratif bahawa Gen Z ini rapuh dan lemah. Padahal, katanya, mereka ini adalah generasi yang membesar dalam dunia mencabar dan penuh godaan.
“Kalau zaman saya dulu, banyak kelas tambahan dan ujian yang mencabar. Tapi generasi sekarang lebih kuat kerana mereka perlu hadapi dunia digital dan sosial yang jauh lebih mencabar.”
Zhidin menekankan bahawa teguran yang diberikan bukanlah kerana marah, sebaliknya kerana bimbang jika generasi muda ini benar-benar menjadi lemah dan hilang keyakinan diri.
Pandangan Zhidin disambut baik oleh ramai pengguna media sosial yang turut memberikan pendapat masing-masing,
“Betul walaupun aku bukan cikgu atau dah tamat zaman sekolah, tapi itu bukan contoh yang baik.”
“Suami saya 29 tahun jadi guru. Dia kata pelajar sekarang cerdik dan aktif, tapi yang buat mereka lemah adalah gajet dan sikap mak ayah yang terlalu kesian dengan anak-anak.”
“Setuju… benda ni dari dulu lagi cuma dulu takde teknologi je. Benda ni tak boleh dikaitkan dengan generasi tetapi sikap individu tu sendiri.”
Tindakan menyebarkan kelemahan pelajar di media sosial bukanlah satu bentuk pendidikan yang sihat. Sebaliknya, ia boleh meruntuhkan semangat dan membentuk persepsi negatif terhadap satu generasi. Zhidin Aziz dan ramai lagi menyeru agar pendidik lebih beretika dalam menegur kesilapan, agar murid tidak hilang rasa hormat dan yakin terhadap diri mereka sendiri.
SUMBER: KOSMO
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya kucing, arnab, harmster, burung antara haiwan peliharaan yang selalu anak-anak suka. Jarang sekali haiwan seperti cicak atau katak yang disukai anak. Ini kerana haiwan tersebut dianggap geli kerana badannya yang lembik.
Namun gelagat anak kecil ini cukup membuatkan ibunya terkejut apabila berani dan menyukai haiwan seperti cicak dan katak. Kisah adik Nur Nabiella, 6 tahun yang dikongsikan oleh ibunya adalah tak disangka sama sekali.
Menurut ibu adik Nur Nabiella, cara Nabiella menjinakkan haiwan tersebut tak disangka sama sekali. Memang sebelum ini tak nampak pun kecenderungannya minat pada haiwan tersebut.
Semuanya bermula apabila ada seekor katak melompat masuk ke dalam bilik. Waktu itu, saya minta Nabiella ambil penyapu dan suruh dia tolakkan katak itu keluar dari bilik. Tapi langsung tak disangka sama sekali, apabila dia keluar bilik sambil gelak dengan abangnya.
Rupanya dia sangat seronok dapat menangkap katak tersebut. Terkejut juga kerana sebelum itu tak pernah pun nampak dia menjinakkan haiwan. Lagi buatkan saya geli, dengan badan katak yang lembik itu dia boleh pegang tanpa rasa takut.
Kalau budak-budak lain nampak je katak memang masing-masing dah lari, tapi anak saya dia suka. Begitu juga kalau jumpa cicak dalam rumah atau di sebalik kain langsir, memang dia akan ajak abangnya berusia 9 tahun untuk tangkap sama-sama.
Apa yang buatkan saya kagum, haiwan yang dia tangkap itu, semua ‘reda’ je tanpa beri apa-apa tindak balas. Seolah-olah rasa macam tak terancam pun.
Takut dengan labah-labah dan kumbang
Cuma satu je kelemahan Nabiella ini adalah dia pantang dengan kumbang atau labah-labah. Tak tahulah kenapa tapi nampak je haiwan ini, dia tak akan cakap banyak, terus pecut lari menyorokkan dirinya.
Dia memang pantang dengan dua haiwan ini yang pada orang lain macam tak ada apa kerana saiznya kecil. Nak kata dia fobia dengan haiwan ini tak pasti cuma inilah kelemahannya.
Lagi-lagi kalau kumbang tanduk, memang dia tak cakap banyaklah. Kadang nak tergelak pun ada lihat gelagatnya. Sebab itu, kalau orang tanya saya macam mana Nabiella boleh suka pada haiwan yang lembik itu, saya tiada jawapan. Ia berlaku secara kebetulan.
Saya sebagai ibu pun geli tengok dia jinak dengan katak dan cicak. Kalau boleh minta cepat-cepat dia lepaskan di luar rumah.
Itulah orang kata, setiap anak sikapnya lain-lain. Memang ada sesetengah binatang dia geli sampailah besar. Kita tak boleh paksa melainkan memang dia suka.