Anak kesayangan pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza, Isaac Raees sentiasa menjadi perhatian wargamaya. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comelnya bersama ibu dan ayahnya.
Bukan itu sahaja, bahkan Isaac yang kini berusia dua tahun setengah itu cukup petah berkata-kata. Banyak perkongsian video yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya yang memperlihatkan kepetahan Isaac.
Terbaru, perbualan Isaac bersama bapanya mengundang tawa orang ramai. Mana tidaknya, Aiman yang mengajak Isaac makan pencuci mulut di balas Isaac dengan jawapan yang tidak disangka-sangka. Serius comel!
Ads
Jawapan comel Isaac itu sudah semestinya menarik perhatian wargamanya. Comel sungguh!
Isaac sebelum ini kerap muncul di Instagram ibunya dengan pelbagai aksi mencuit hati bersama ibunya. Ada sahaja yang dibualkan Isaac yang cukup lancar dan petah berbahasa Melayu.
Ads
Terdahulu Isaac Raees, si comel kesayangan Zahirah dan Aiman ini dilahirkan pada 5 Januari 2021 di Perth, Australia.
Ajar Anak Lelaki Supaya Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Orang Perempuan supaya anak lelaki tak jadi BOSS Rumahtangga suatu hari nanti. Kebanyakkan ibu bapa sekarang hanya ajar anak perempuan untuk protect diri mereka, buat kerja rumah dan sebagainya.
Tapi ibu bapa lupa tentang anak lelaki, mereka juga harus diberi tunjuk ajar tentang apa yang boleh dan apa yang dilarang, tanggungjawab dan banyak lagi. Sifat lelaki sepatutnya melindungi wanita, jadi anda perlu sentiasa menasihati anak supaya menghormati perempuan. Ikuti perkongsian Dr. Taufiq;
1 – Jangan sentuh sembarangan
Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya.
Selama ni kita asyik ajar anak perempuan je supaya jerit dan lari jauh jauh kalau ada orang lain nak sentuh bibir, dada, fajar, punggung dan dubur tapi pernah tak kita ajar anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ni terutamanya tubuh kawan perempuan dan sepupu sepupunya?
2 – Jangan Tabur Janji Sembarangan
Ajar kita supaya jangan berbohong dan tabur janji manis pada orang lain terutamanya perempuan
Kelebihan anak lelaki ni mulutnya sangat manis dan dia pandai memanipulasi emosi perempuan dengan suaranya dan percakapannya
Tu la kenapa kalau hukum anak tu kena berpada pada. Berbohong adalah salah satu mekanisma pertahanan diri. Anak mesti akan berbohong kalau nak lepaskan diri daripada hukuman yang keterlaluan. Dari situlah banyak lahirnya sifat terbiasa berbohong pada diri anak kita
3 – Jangan Tengok Sembarangan
Anak lelaki ni tinggi hormon Testosterone-nya. Tu lah kenapa anak lelaki lebih cepat teransang kalau melihat benda-benda yang terbuka auratnya walau sekecil kecil benda
Ajar anak kita tunduk pandangan dan tutup mata kalau ada iklan tak senonoh muncul masa tengah main game atau masa tengah tengok TV
ANAK PEREMPUAN NI LEMAH TELINGANYA KALAU DIPUJUK RAYU DAN DIGODA TETAPI ANAK LELAKI NI KELEMAHAN TERBESAR MEREKA ADALAH PADA MATANYA!
4 – Jangan Berkasar Pada Perempuan
Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat dan lebih tangkas daripada anak perempuan
Anak lelaki mempunyai otot yang lebih padat disebabkan oleh ‘testosterone-induced muscular hypertrophy’. Tulang, tendon dan ligament anak lelaki pun lebih kuat.
Kita kena bagitahu anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan untuk melindungi, bukannya menindas adik beradik perempuannya
5 – Jangan bebankan kerja rumah pada adik beradik perempuan
Bab kerja rumah sama je lelaki ke perempuan. Tak ada istilah lelaki itu raja, perempuan itu hamba
Kita juga kena ajar lelaki untuk menjadi pemimpin rumahtangga dan sama-sama membantu orang di bawah jagaannya
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memahami dan empati dengan keperitan pasangan
Kita taknak anak kita jadi BOS RUMAHTANGGA, kita nak anak kita jadi PEMIMPIN YANG DICINTAI SELURUH AHLI KELUARGANYA
Benda ni sangat penting tapi saya rasa masih ramai mak ayah di luar sana yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye.
Sumber: Facebook Dr.Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ibu ayah, sudah tentu kita mahu meluahkan perasaan sayang kepada anak-anak. Selain memenuhi permintaan anak, kita biasanya akan mencium dan memeluk mereka sebagai tanda kasih sayang.
Tidak salah untuk mencium anak, tetapi bukan semua spot di badan anak boleh digomol ibu ayah. Berikut adalah perkongsian Dr Taufiq Razif berkenaan hal ini:
TEMPAT HARAM MAK AYAH CIUM ANAK !
Mak Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium dan Gosok Anak-Anak
Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya.
Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?
Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang kita kena hafal.
1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
4. Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
PANTANG LARANG!
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
Semoga dengan perkongsian dari Dr Taufiq ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu ayah tentang spot terbaik untuk kita cium anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekecil apa pun yang berlaku kat anak, isteri mesti orang pertama yang akan perasan. Suami selalu yang terakhir. Ini lumrah dalam hidup mana-mana pasangan yang dah mempunyai anak.
Tapi bagi bapa yang jenis peka apa saja perubahan yang berlaku pada anak mesti dia juga cepat perasan.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai hebatnya naluri seorang ibu.
Semalam tangan aisy tersepit dalam ruangan penapis mesin pengering baju. Kecil je ruangan tu, boleh pula masuk tangan lepas keluar tak lepas. Aduh!
Cuba punya cuba akhirnya boleh juga keluar tangan motel dia tu. Menangis juga la masa tangan tersepit tu tapi bila dah dapat lepas dia ok main macam biasa.
Kita pun tak rasa apa-apa la. Tak nampak pun ada luka.
Dari semalam, saya yang jaga aisy sendiri. Dari pagi sampai malam saya yang mandikan, tidurkan tak nampak langsung ada luka ni.
Kalau nak di kira aktiviti dari semalam sudah 4 kali saya mandikan, 4 kali juga saya pakaikan baju, 2 kali saya tidurkan, jumlah keseluruhan 10 kali saya duk belek tangan dia tapi tak sekali pun perasan 3 kesan luka ni.
Isteri baru sekali pagi ni tidurkan aisy dah nampak,
” Bang kenapa tangan aisy ni luka? ”
Mulanya tak ingat, lama kelamaan baru teringat,
” Oh ni mungkin kesan tangan tersepit dalam mesin pengering baju ”
Macam mana isteri boleh nampak dulu sedang dari semalam kita yang urus anak.
Tak puas hati, saya pun tanya isteri.
” Macam mana boleh nampak luka tu? ”
Isteri pun menjawab,
” Ntah tergerak nak tengok ”
Menakjubkan! Hebatnya naluri seorang ibu.. inilah bukti kehebatan yang ada pada ibu dan tak ada pada seorang ayah.
Tak semena-mena sedang sedap makan hati boleh tergerak pula nak tengok tangan anak.
Tak semena-mena minda boleh beri arahan pada mata untuk tengok tangan bukan kaki.
Tak semena-mena emosi boleh terjentik untuk rasa risau akan keselamatan anak.
Betullah apa yang orang kata.
Perkataan yang keluar dari mulut ibu ini adalah satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku.
Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Oleh itu, bagaimana kita hormat dan dengar cakap pada ibu kita begitu juga kita kena didik anak-anak supaya hormat dan dengar pada ibu mereka.
Mohd Fhais
Jadi anak yang baik maka mudah jadi suami dan ayah yang baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.