Dato Aliff Syukri memang terkenal dengan aksi-aksi yang mencuit hati. Tapi di sebalik minatnya berniaga, Abang Kosmetik juga sangat suka memasak. Banyak video-video masakan yang dikongsi oleh beliau di Instagramnya. Tak lokek betul  Aliff Syukri berkongsi resipi.

“Ikan Masak Bening Supaya Shahida Maintain Cun Dan Body Mantap”, Dato Aliff Syukri Masak Sendiri Menu Berpantang Isteri

Minatnya memasak mungkin dari bondanya yang suka memasak makanan kampung, iaitu Bonda Rozita pengasas Sendayu Tinggi.

“Ikan Masak Bening Supaya Shahida Maintain Cun Dan Body Mantap”, Dato Aliff Syukri Masak Sendiri Menu Berpantang Isteri

Kali ini mungkin berbeza sedikit, kerana Aliff Syukri masak lauk berpantang untuk isterinya yang sedang berpantang selepas melahirkan Yusoff Al-Qardawi.

“Ikan Masak Bening Supaya Shahida Maintain Cun Dan Body Mantap”, Dato Aliff Syukri Masak Sendiri Menu Berpantang Isteri

Beruntung Datin Shahida kerana suami masakkan lauk dalam pantang. Ikuti perkongsian di Instagram Dato Aliff Syukri

Resepi Ikan Masak Bening (Masakan Banjar)

Bahan-Bahan

IKLAN

Lengkuas
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Halia
Asam Keping
Garam
Ikan Tongkol
Lada hitam
Cili Padi

Cara Penyediaan
Tumbuk manja lengkuas, bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan serai dan lengkuas dan tumbuk lagi tapi jangan terlalu kuat.

Masukan kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk berisi air.
Masukan garam secukup rasa kemudian masukan asam keping dan ikan tongkol.

Dah nak siap masukkan lada hitam dan cili padi. Siap untuk dihidang.

IKLAN

“Ikan Masak Bening Supaya Shahida Maintain Cun Dan Body Mantap”, Dato Aliff Syukri Masak Sendiri Menu Berpantang Isteri

Menurut Aliff Syukri, resepi ini elok untuk ibu berpantang dan sesiapa yang nak diet. Masakan ini ringkas dan sedap. Masakan ini khas untuk isteri tercintanya  supaya Shahida sentiasa cantik. 

Namun rata-rata netizen tidak setuju Aliff Syukri menggunakan Ikan tongkol dalam masakannya untuk isteri kerana ikan tongkol boleh menyebabkan gatal-gatal.

Orang berpantang tak boleh makan ikan tongkol Dato walapun bersalin normal

“Ikan Masak Bening Supaya Shahida Maintain Cun Dan Body Mantap”, Dato Aliff Syukri Masak Sendiri Menu Berpantang Isteri

Ikan tongkol tak boleh makan Dato, tapi ikan tenggiri boleh

IKLAN

“Ikan Masak Bening Supaya Shahida Maintain Cun Dan Body Mantap”, Dato Aliff Syukri Masak Sendiri Menu Berpantang Isteri

Cara masakan bagus untuk orang berpantang, cuma ikan tak sesuai

“Ikan Masak Bening Supaya Shahida Maintain Cun Dan Body Mantap”, Dato Aliff Syukri Masak Sendiri Menu Berpantang Isteri

Walaupun cara Dato mungkin salah, tapi usaha dia untuk masak makanan untuk isteri patut dipuji. Cuma Dato perlu berhati-hati dalam memilih bahan untuk masakan berpantang.

Cara Dato layan keluarga memang patut dicontohi

“Ikan Masak Bening Supaya Shahida Maintain Cun Dan Body Mantap”, Dato Aliff Syukri Masak Sendiri Menu Berpantang Isteri

Untuk yang berpantang, resipi tersebut boleh diguna pakai. Cuma anda dinasihatkan untuk mengubahsuai beberapa bahan dalam masakan tersebut. Anda boleh menukar ikan tongkol dengan ikan tenggiri. Gunakan ikan yang sesuai untuk ibu berpantang. Asam keping dan cili padi jika tidak sesuai, tak perlu tambah ke dalam masakan pantang. 

Sumber: Instagram Dato Aliff Syukri

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI