Dato Aliff Syukri memang terkenal dengan aksi-aksi yang mencuit hati. Tapi di sebalik minatnya berniaga, Abang Kosmetik juga sangat suka memasak. Banyak video-video masakan yang dikongsi oleh beliau di Instagramnya. Tak lokek betul Aliff Syukri berkongsi resipi.
Minatnya memasak mungkin dari bondanya yang suka memasak makanan kampung, iaitu Bonda Rozita pengasas Sendayu Tinggi.
Kali ini mungkin berbeza sedikit, kerana Aliff Syukri masak lauk berpantang untuk isterinya yang sedang berpantang selepas melahirkan Yusoff Al-Qardawi.
Beruntung Datin Shahida kerana suami masakkan lauk dalam pantang. Ikuti perkongsian di Instagram Dato Aliff Syukri
Resepi Ikan Masak Bening (Masakan Banjar)
Bahan-Bahan
Lengkuas
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Halia
Asam Keping
Garam
Ikan Tongkol
Lada hitam
Cili Padi
Cara Penyediaan
Tumbuk manja lengkuas, bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan serai dan lengkuas dan tumbuk lagi tapi jangan terlalu kuat.
Masukan kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk berisi air.
Masukan garam secukup rasa kemudian masukan asam keping dan ikan tongkol.
Dah nak siap masukkan lada hitam dan cili padi. Siap untuk dihidang.
Menurut Aliff Syukri, resepi ini elok untuk ibu berpantang dan sesiapa yang nak diet. Masakan ini ringkas dan sedap. Masakan ini khas untuk isteri tercintanya supaya Shahida sentiasa cantik.
Namun rata-rata netizen tidak setuju Aliff Syukri menggunakan Ikan tongkol dalam masakannya untuk isteri kerana ikan tongkol boleh menyebabkan gatal-gatal.
Orang berpantang tak boleh makan ikan tongkol Dato walapun bersalin normal
Ikan tongkol tak boleh makan Dato, tapi ikan tenggiri boleh
Cara masakan bagus untuk orang berpantang, cuma ikan tak sesuai
Walaupun cara Dato mungkin salah, tapi usaha dia untuk masak makanan untuk isteri patut dipuji. Cuma Dato perlu berhati-hati dalam memilih bahan untuk masakan berpantang.
Cara Dato layan keluarga memang patut dicontohi
Untuk yang berpantang, resipi tersebut boleh diguna pakai. Cuma anda dinasihatkan untuk mengubahsuai beberapa bahan dalam masakan tersebut. Anda boleh menukar ikan tongkol dengan ikan tenggiri. Gunakan ikan yang sesuai untuk ibu berpantang. Asam keping dan cili padi jika tidak sesuai, tak perlu tambah ke dalam masakan pantang.
Sumber: Instagram Dato Aliff Syukri