Bagi yang pernah merasai ikan rebus goreng ini pastinya tidak dapat melupakan keenakkan rasanya yang masin dan manis dek gula melaka atau gula kabung yang digunakan. Ditambah pula dengan isi ikannya yang lembut tapi rangup diluarnya. Nasi sepinggan seakan tidak mencukupi.

Ubah selera pada tempoh PKP ini dengan menyajikan sajian ringkas buat suami dan anak-anak. Salah satu resipi yang boleh dicuba pastinya Ikan Rebus Goreng Kelantan vs Thailand ini. Sedap dan cukup mudah disediakan. Resipi yang dikongsikan oleh Vi Ibi Hj Ariffin ini paling mudah malah mendapat 16 ribu perkongsian di facebook. Terbaik!

Ikan Rebus Goreng Kelantan Vs Thailand, Lembut Tapi Rangup Di Luar, Terangkat!

Ikan rebus cara kelantan v/s thailand. Dia punya bau masa rebus tu memang tak boleh tahan. Goreng pun sedap, makan macam tu je pun sedap. Simpan dalam peti ais, nak makan panaskan je, bolehlah stok untuk 3 atau 4 hr ni.

Bahan-bahan:
15 ekor ikan
2 ketul nise kerek
6 batang serai
1 setengah sudu garam,
6 ulas bawang putih
Asam keping segenggam
15 helai daun limau purut

Ads

Ikan Rebus Goreng Kelantan Vs Thailand, Lembut Tapi Rangup Di Luar, Terangkat!Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.

Ikan Rebus Goreng Kelantan Vs Thailand, Lembut Tapi Rangup Di Luar, Terangkat!Rebus ikan sampai kuah sedikit kering. Tak perlu kering sangat.

Ikan Rebus Goreng Kelantan Vs Thailand, Lembut Tapi Rangup Di Luar, Terangkat!Dah siap buka api kecik je setengah jam. Cuba rasa kuah tu, kalau masin atau manis sangat, tambah air panas. Ikan rebus ni makin lama simpan dalam peti makin sedap. Akak simpan sekali dengan periuk, nak makan, keluarkan dari peti, panaskan atas dapur senang.

Ads

Ikan Rebus Goreng Kelantan Vs Thailand, Lembut Tapi Rangup Di Luar, Terangkat!Dah siap tadi, akak tambah air panas lagi 1 cawan, sebab kita orang suka makan kuah dia.

Ikan Rebus Goreng Kelantan Vs Thailand, Lembut Tapi Rangup Di Luar, Terangkat!

Ads

 

Ni yang dah digoreng, perlukan kesabaran, sebab dia meletup-letup sikit. Akak buka api slow tutup dengan tudung periuk.

Ikan Rebus Goreng Kelantan Vs Thailand, Lembut Tapi Rangup Di Luar, Terangkat!Kalau malas nak goreng, makan macam tu je pun sedap.

Ikan Rebus Goreng Kelantan Vs Thailand, Lembut Tapi Rangup Di Luar, Terangkat!Boleh layan macam macam ni. 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI