Bagi yang pernah merasai ikan rebus goreng ini pastinya tidak dapat melupakan keenakkan rasanya yang masin dan manis dek gula melaka atau gula kabung yang digunakan. Ditambah pula dengan isi ikannya yang lembut tapi rangup diluarnya. Nasi sepinggan seakan tidak mencukupi.
Ubah selera pada tempoh PKP ini dengan menyajikan sajian ringkas buat suami dan anak-anak. Salah satu resipi yang boleh dicuba pastinya Ikan Rebus Goreng Kelantan vs Thailand ini. Sedap dan cukup mudah disediakan. Resipi yang dikongsikan oleh Vi Ibi Hj Ariffin ini paling mudah malah mendapat 16 ribu perkongsian di facebook. Terbaik!
Ikan rebus cara kelantan v/s thailand. Dia punya bau masa rebus tu memang tak boleh tahan. Goreng pun sedap, makan macam tu je pun sedap. Simpan dalam peti ais, nak makan panaskan je, bolehlah stok untuk 3 atau 4 hr ni.
Bahan-bahan:
15 ekor ikan
2 ketul nise kerek
6 batang serai
1 setengah sudu garam,
6 ulas bawang putih
Asam keping segenggam
15 helai daun limau purut
Ni yang dah digoreng, perlukan kesabaran, sebab dia meletup-letup sikit. Akak buka api slow tutup dengan tudung periuk.