Dah bosan makan ikan goreng kunyit biasa, apa kata kali ini ubah selera ala Pantai Timur pula dengan ikan rebus goreng. Pasti tak cukup nasi sepinggan.
Macam mana nak buat? Resipi ringkas perkongsian Pn Aisyah Humaira ini mama wajib cuba. Senang!
Ikan Rebus goreng style Pantai Timur. Rebus dan biarkan semalaman barulah ikan lebih ‘kick’. Serap segala rasa masam masin bahan dalam rebusan.
Ada yang tak boleh makan kering-kering takut tercekik ye tak? Tapi saya ok je. Suka macam ni gaul bersama nasi panas cubit sedikit cili padi. Nikmat.
Bahan-bahan:
7 ekor ikan selayang dicuci bersih
4 keping asam keping
3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai
1 inci nisan (gula melaka)
4 keping hirisan lengkuas
Air secukupnya
Masukkan ikan dan semua bahan ke dalam periuk dan tuang air.
Sukatan air, tenggelam separuh dari ikan. Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.
Biarkan semalam di dalam periuk tersebut dan keesokannya boleh la digoreng. Atau boleh juga terus digoreng.
Dalam minyak yang sama goreng bawang bersama cili padi sebagai penambah selera. Siap dihidang.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!