Ikan Siakap Dan Sambal Bunga Kantan, Lauk Penambah Selera Anda Perlu Cuba!

Share

Aroma wangi dari bunga kantan ini yang menjadikan sambal ini unik dan sedap. Pembuatannya pun ringkas dan mudah. Resipi ini telah dikongsikan di instagram buku.resepi.saya 

Anda boleh gunakan apa-apa sahaja ikan yang anda minat. Rasa masam, manis pedas semua lengkap.

 

Bahan-bahan:

1 Ekor Ikan Siakap
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi
4 biji cili merah
4 biji cili hijau
2 kuntum bunga kantan
2 batang serai
2 pokok daun ketumbar
3 sudu sos cili thai (jenama maggi)
2 biji limau nipis
1 ketul kecik gula kabung
Sedikit Tepung Gogi
Garam secukup rasa

 

Cara penyediaannya:

  1. Kelar ikan Siakap dan lumurkan dengan garam sahaja. Kemudian taburkan tepung gogi ataupun tempura flour, ratakan nipis sahaja dan gorengkan sampai keperangan.

    2. Kisar kasar cili padi, cili hijau dan cili merah bersama air sedikit sahaja, letak tepi.

    3. Mayang bawang besar dan bawang putih. Hiris halus halia, serai dan 1 kuntum bunga kantan. Letak tepi.

    4. Panaskan sedikit minyak. Tumis cili2 yang dah di blend kasar tadi. Tumis jap sampai kering2 air,  masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau-kacau sehingga bawang layu. Tambah air sikit jika perlu.

    5. Masukkan 2 batang akar ketumbar dan hirisan bunga kantan.

    6. Masukkan sos cili Thai, kacau2 and masukkan gula kabung seketol kecil (sebesar kuku Ibu jari sendiri)

    7. Masukkan 1/3 cawan air. Kacau rata then masukkan garam secukupnya. Perahkan limau nipis, kacau sebati n tutup api

    8. Tuangkan sambal ke atas Ikan. Hiris bunga kantan dan daun ketumbar. Taburkan ke atas Ikan dan sambal tadi.

 

 

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

 

Dah siap! mudahkan resipi makan dengan nasi panas-panas memang lagi bangkit selera! semoga bermanfaat.

 

 

 

 

 

Published by
Humaira