Asyik masak gulai yang bersantan je, kadang tu jemu juga kan. Sesekali nak juga rasa masakan yang lain sikit. Tak perlu nak pening-pening kepala lagi masak apa.
Apa kata cuba resipi Ikan Siakap Masak Kengsom. Resipi ini popular di negara Thailand dan menjadi antara salah satu menu kegemaran ramai. Rasanya yang masam, manis, pedas memang cukup power dan buatkan anda tak menyesal untuk mencuba!
Brokoli sarat dengan pelbagai zat dan nutrient ini amat disarankan untuk pembesaran si manja dari usia enam bulan ke atas. Masak brokoli tanpa bahan lain atau gandingkan dengan sayur atau buah.
Nutrien dalam brokoli
Brokoli adalah sangat tinggi dalam vitamin C dan merupakan sumber serat larut. Ini menjadikan brokoli indah untuk ditambah kepada resipi makanan bayi.
Serat larut adalah serat yang membantu melonggarkan usus kerana ia berubah bentuk ketika ia melewati saluran pencernaan. Rasanya yang sedap berlemak dan tidak pahit menjadikan brokoli sayur kegemaran kebanyakan kanak-kanak
Cara penyediaan terbaik
Cara terbaik untuk memasak brokoli ialah mengukus atau memasaknya dengan minyak zaitun. Sekiranya anda ingin menyediakan brokoli sebagai makanan jejari, pastikan ia dimasak sehingga empuk. Brokoli juga bagus dimasak secara panggang atau sup.
RESIPI OMELET BROKOLI
BAHAN-BAHAN
2 biji telur gred A
½ cawan brokoli, dipotong kecil
1 ulas bawang merah, hiris
2 sudu besar keju mozzarella, diparut
Secubit garam
CARA-CARA
Cara memilih dan menyimpan brokoli
Apabila membeli brokoli segar, beli brokoli yang mana bunganya bewarna hijau seragam. Bunga haruslah hijau gelap. Patikan bunganya tidak bewarna kelabu atau berjalur dengan adanya bunga yang sudah kekuningan.
Sentiasa simpan brokoli segar di dalam laci sayur-sayuran. Brokoli segar boleh disimpan sehingga empat hari.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anak tak suka makan nasi putih, apa kata mama papa pelbagaikan warna nasi. Yang penting resipi yang dikongsi oleh Puan Syida ini tak mengandungi pewarna tiruan, garam, dan juga msg yang memang tidak boleh ditambah sebagai perasa dalam setiap makanan bayi.
Ada mood depa x mau makan nasi putih tawar. Kita layan la buat nasi colour colour and berasa sikit. Janji hampa makan naa.
Cara sy masak nasi mcm nie kuantiti sikit khas utk baby seorang je makan, masak cara kukus. X melekat kat periuk and kejadian nasi lg moist and lembut. No msg. No salt. No sugar. And no artificial colouring.
Nasi lemak pandan ? blend daun pandan dan tapis ambil air nya ? campur air daun pandan dgn santan pekat. Sukatan air + santan sama mcm masak nasi biasa je. ? satukan beras, campuran santan, bawang merah, halia and serai dalam satu mangkuk then kukus sampai masak. Siap
Sambal telur ? goreng telur mata mcm biasa. Ketepikan
? tumis tomato paste yg pekat (blend tomato, bawang merah, bawang putih) sampai pekat. Tambah air kalau rasa sambal x cukup masak. And masak sampai pekat and warna pon merah cantik.
? titiskan sikit date concentrate utk rasa manis balance. Gaul2 and siap. Boleh masukkan telur dan gaul. Sedia dimakan
Nasi tomato & curry ayam
Nasi tomato
? tumis bunga lawang and kayu manis sampai naik bau guna ghee ? tumis bawang and tomato paste
? masuk santan setengah cup (mama guna beras setengah cup jugak) ? masukkan beras yg dah dicuci. Boleh masukkan daun pandan kalau suka..mama xde ? then masak la nasi mcm biasa. Air tambah sikit sbb santan agak kering. Nie mama kukus nasi nya. Sbb sikit je buat.
Ayam curry ? nie resepi ayam curry simple paling malas. Tumis bunga lawang and kayu manis. Tumis bebawang and halia
? masak perencah kari dgn sikit air.
?masukkan ayam. Kari dah agak masak, boleh tambah santan. Dah siap. Nak letak sayur pon boleh. Kentang ke carrot ke.
Nasi daging & kurma daging
Nasi daging ? rebus daging empuk. Mama buat khas utk Aufa je. So rebus daging sebesar tapak tangan je.
?tumis bunga lawang, kayu manis and buah pelaga dgn ghee. Dah naik bau, tumis sekali bawang merah, bawang putih and halia (semua hiris or mayang je).
?Tumis sampai agak garing then masukkan paste rempah kurma (mama guna babas) sesudu. Gaul2 sekata ? masukkan beras yg dah dicuci (masak khas utk opa sekadar setengah cawan bera). Masuk susu segar dalam dua sudu
? baru masukkan air rebusan daging, daging cincang and daun pandan. Air tu ikot sukatan beras korg guna. Mcm masak nasi biasa ja ? nasi agak masak, boleh la campak tomato cincang utk lebih menarik. Dah siap nasi daging
Kurma daging ? tumis bunga lawang and kayu manis sampai naik bau. Tumis sekali bebawang and halia ? masukkan serbuk kurma. Kacau2. Masukkan air rebusan daging. Masukkan kentang. Masukkan daging rebus ? kentang dah empuk baru letak santan. Gaul2 dah siap. Kalau ada peas ke carrot ke ok gak nak letak.
Lemon rice & sup daging
Lemon rice recipe ? panaskan minyak dua sudu. Masukkan sesudu kecil biji sawi. Biar meletup letup. Baru masukkan daun kari and halia. Dah naik bau masukkan kacang tanah. Goreng sikit bg garing ?Masukkan sikit je serbuk kunyit. Gaul2 sekata then masukkan nasi yg dah masak. Gaul sebati and sekata. Campak daun ketumbar, perah jus lemon and sagat kulit lemon tu sikit. Gaul2 dah siap.
Macam masak sup biasa tp cara mama masak sup daging xde tumis. Rebus sampai daging empuk, masukkan rempah ratus sup bunjut, bawang merah, bawang putih, halia, celery. Pastu masukkan sayur keras mcn carrot and kentang. Dah empuk sayur boleh la tabur daun sup, baby spinach and sikit blackpepper. Siap
Lack of idea nak masak apa? So we turn to Macaroni egg muffin.
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 senduk macaroni direbus dan ditoskan
1 ketul isi ayam direbus bersama macaroni
Lobak merah, brokoli, bunga kubis -disagat halus
Sayur pakchoy -dipotong
Cheese Beqa Extra Tasty
Sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada putih
Pukul telur dan masukkan sayur-sayuran, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Ketepikan.
Dalam bekas yang nak dikukus, masukkan macaroni dan isi ayam yang direbus dan dicarikkan.
Dan masukkan telur tadi.
Sebagai penambah rasa lemak, potong cheese mengikut kreativiti dan kesesuaian.
Kukus 10 minit dan cucuk dengan lidi, lidi bersih tanda sudah masak.
Tambah 2 minit lagi kukus tanpa tudung pengukus untuk keringkan bahagian atas muffin.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!