Bagi yang bakal berpantang tak lama lagi, pasti tercari-cari menu masakan untuk lauk berpantang kan? Pelbagai resepi yang mudah mama boleh cuba antaranya resepi Ikan Tenggiri rebus kunyit & lada hitam yang dikongsi oleh ibu ini.
Selamat mencuba!
Mama fatim nak share RESEPI SIHAT yang selalu mama fatim buat masa dalam PANTANG BERSALIN .
Cuma, resepi ini bukan sahaja sesuai untuk dalam pantang, ianya sesuai juga untuk MENU SIHAT SEHARIAN sebab tiada langsung penggunaan minyak, dan juga mengandungi bahan-bahan yang sangat bagus untuk kesihatan.
Untuk sihat dalaman dan juga untuk pengurusan berat badan, bolehlah masukkan menu ini dalam diet harian.
IKAN TENGGIRI REBUS BERSAMA KUNYIT DAN LADA HITAM
Bahan-bahan:-
Ikan tenggiri – 3/4 keping
Asam keping – 1 keping
Kunyit hidup- 3-4 inci
Lada hitam -2 sudu kecil
Bawang putih – 1/2 labu
Sedikit garam
Air untuk rebus (lebih kurang 2/3 cawan)
Cara-cara:
Tumbuk kunyit hidup, lada hitam hingga lumat. Bawang putih hanya ditumbuk kasar-kasar sahaja.
Ads
Campurkan ke dalam periuk yang telah diisi air dengan bahan-bahan tumbuk, serta ikan. Rebus dan didihkan sehingga air agak kering, iaitu lebih kurang dalam 20 minit.
Bila dah agak-agak suam, barulah campur dengan garam secukup rasa. Lebih kurang 1 sudu kecil pun sudah memadai, kerana lebih baik kurangkan garam dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.. ( jangan tersilap pulak, maniskan minuman)haha!
Mama fatim ada terbaca, KUNYIT memang MAKANAN YANG HEBAT! Sudahlah ianya sangat bagus untuk rahim selepas melahirkan anak, ianya juga mempunyai pelbagai lagi manfaat yang lain .
Antaranya:-
1) Ia mengandungi bahan yang dapat menghalang racun arsenik yang boleh merosakkan DNA di dalam sel tubuh.
Ads
2) CURCUMIN yang terkandung di dalam kunyit juga dikatakan dapat menghalang perkembangan sel kanser seperti yang dilaporkan di dalam jurnal Journal Alternative Therapies In Health.
Yang bestnya, bila dicampurkan dengan lada hitam yang mengandungi piperine (bahan pedas dalam lada hitam), ia dapat mengecutkan stem sel Kanser payudara.
3) Curcumin di dalam kunyit juga dapat menghalang penbentukan sel tumor di dalam pembuluh darah. Bahkan curcumoid yang terkandung di dalam kunyit juga dapat menghalang radikal bebas dari merosakkan sel otak. Jadi ia sangat sesuai sebagai salah satu makanan TERBAIK untuk OTAK. Best kan?
4) Kunyit pun berperanan sebagai FAT BURNER Kalau nak kurus, apa lagi, buatlah kunyit muda sebagai ulam kan? Takpun blend la kunyit hidup tu buat jamu. Boleh menghalang pembentukan lemak dan membakar lemak tau! Nak kurus tak? 😄
Ads
Aaa.. meh try resepi ni, ada gabungan lada hitam yang bagus kombinasinya dengan kunyit macam yang mama fatim terangkan kat atas tu, ada bawang putih dan asam keping.
Bahan utama pulak ikan, memang mengandungi OMEGA 3, yang SESUAI untuk otak.
By the way, lada hitam dan bawang putih boleh juga buat hilang-hilang angin masa dalam pantang tu. Dan juga sebagai antioksida..
Jadi, sesuailah kan sebagai menu harian dan makan masa berpantang. Dahlah boleh bakar lemak, boleh juga mengecutkan rahim selepas bersalin tu, sesuai untuk pengurusan berat badan dan juga sesuai untuk makanan OTAK anak-anak.
Bila sebut laksam ni, perkara paling susah nak sediakan semestinya laksam itu sendiri. Kalau adunan tak cukup cantik, bila kukus tak menjadi. Atau cara mengukus tak betul pun boleh jadi laksam tak dapat digulung cantik.
Sebenarnya ada kaedah yang betul untuk pastikan laksam tak melekat pada pinggan ketika kita nak gulung. Kalau nak tahu kaedahnya, ikuti perkongsian resipi ini.
LAKSAM (sukatan untuk 4 orang makan)
Bahan-bahan;
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)
2 sudu besar minyak
Cara penyediaan;
Satukan semua bahan di atas kacau sampai tak berketul.
Kukus dengan pinggan ikea, saya letak 2 senduk adunan.
Kukus sampai gelembung (3 minit). Bila angkat dah suam-suam baru gulung.
**guna pinggan plastik dan sapu sikit minyak supaya cantik serta tidak melekat.
Bahan kuah;
1 biji kelapa – ambil santan
*7 ekor ikan sardin rebus
*2 ulas bawang merah
1 inci lengkuas (ketuk)
Gula
Garam
1 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
Cara penyediaan;
Blend bahan yang bertanda *. Masukkan dalam periuk bersama santan.
Masukkan bahan-bahan lain yang di atas, kacau sampai mendidih..jangan tinggal nanti berketul.
Kemudian perasakan dengan gula dan garam.
Bahan hiasan (hiris);
Kacang panjang
Timun
Kobis
Taugeh
Bunga kantan
Sambal cili
Kredit: Nor aida
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari raya mestilah nak kena ada kudapan dekat atas meja makan. Kuih raya ke, rempeyek ke, asam ke. Nama pun raya kan, mestilah nak hiding macam- macam untuk tetamu. Boleh juga hidangkan kacang sira manis pedas untuk tetamu yang datang beraya.
Kacang sira pedas manis ini memang kegemaran ramai, lagi sedap kalau buat rangup- rangup. Sambal ini memang kena buat banyak sebab, walau pun boleh makan dengan nasi tapi ramai yang suka makan macam tu saja, ratah! Tak cukup satu balang, kena buat banyak- banyak.
Jom lihat resipi yang dikongsikan. resepi ini dikongsikan oleh Nama Saya Siti Aisyah di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI KACANG SIRA PEDAS MANIS
Lama tak post kat sini… saya selalu buat kacang sira pedas manis ni time raya… bahan dia simple sangat… tak raya pun boleh je buat… syok juga mengunyah kacang ni sambal tengok tv… hehe…
Bahan- bahan: – 1kh kacang tanah (digoreng) – ½ kg ikan bilis (digoreng) – Serbuk cili (ikit kepedasan yang kita nak) – 4 senduk gula pasir – 2 sudu kfc garam (tak letak pun takpe, dalam resipi asal takde, saya tambah sendiri) – Air
Cara- cara: 1. Masukkan serbuk cili dan sedikit air dalam kuali, jangan cair sangat. Kacau sekejap- sekejap, jangan sampai hangit. 2. Lepastu masukkan gula pasir dan garam, kacau lagi, sentiasa kacau. Api kena jaga, kecil sahaja, takut gula hangit. 3. Bila gula dah betul- betul cair, berbuih dan nampak pekat. Boleh masukkan kacang tanah dan ikan bilis yang siap digoreng, api tu kecil je tau. 4. Kacau rata semua bahan, mula- mula memang susah sikit nak kacau sebab dia melekat- leka, kacau lama sikit sampai dia jadi betul- betul kering. 5. Bila dah kering, bolehlah angkat dan letak dalam talam, sejukkan sekejap, jangan sejukkan bawah kipas angin, takut lemau, bila dah betul- betul sejuk, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara… siap!
Simple sahaja resipi yang dikongsikan. boleh buat untuk juadah raya ataupun kudap- kudap sambal berborak atau sambal menonton siaran kegemaran. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Dapat menikmati secawan teh tarik kaw-kaw pasti satu kepuasan kepada kita. Namun dek kerana PKP, pastinya buat kita begitu rindukan teh tarik padu dari restoran mamak.
Tak perlu ke kedai, ini cara hasilkan teh tarik kaw-kaw, sama macam kedai yang selalu kita minum. Ada rahsia nak pastikan ia sedap. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Rozana Mamat.
Hari ni mak jemah bukan nak share masak makanan tapi masak air teh tarik kaw-kaw. Rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu.
Lupa dah amik resepi kat mana, cuma guna 5 bahan je yang dah sedia ada kat umah korang. Lets check it out!
Bahan-bahan:
Air 500ml
Teh 4/5uncang (lagi banyak lagi kaw)
Susu pekat (ikut tekak masing-masing nak manis mana)
Susu cair setengah tin (nak lagi lemak, letak je lebih)
1 sk esen vanila
Didihkan teh uncang, lepas tu letak susu pekat dan susu cair.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!