Semua ibu bapa akan risau apabila bayi batuk dan selesema. Bukan apa bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan baik. Sudah tentu tidur mereka juga akan terganggu. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan tumbesaran mereka.
Kebiasaannya bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, yang menghidap batuk dan selesema tidak akan diberikan sebarang ubat-ubatan oleh doktor. Ianya adalah normal selagi bayi masih aktif dan menyusu dengan baik.
Malah kebanyakan doktor juga akan lebih berhati-hati untuk berikan sebarang ubat-ubatan pada anak bawah dua tahun kecuali jika dah terpaksa dan mengikut dos yang paling selamat untuk si kecil.
Bagi ibu yang nak cuba cara ikhtiarkan buang kahak dan lendir untuk bayi yang sedang batuk berkahak dan selesema, apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Siti Maheran Abdul Rahim.
Selain dapat rawatan doktor, ini juga salah satu cara yang diamalkan untuk bayinya setelah mengalami masalah batuk dan selesema dalam tempoh lama.
Hanya menggunakan dua bahan asas iaitu daun sireh dan minyak telon bayi saja, tindak balas yang ditunjukkan cukup baik. Tak salah kita ikhtiar selagi tak memudaratkan anak. Apa yang penting ia dapat beri keselesaan pada bayi.
Ikhtiar untuk keluarkan kahak dan lendir supaya baby yangg selesema dan hidung tersumbat lebih selesa untuk tidur dan minum susu.. Asalnya Papa tidak percaya bila Mami kata kalau letak daun sireh kat dada baby dia akan muntah kuar lendir-lendir…. Mami try buat 3x rutin yang sama, dalam tempoh kurang 1 jam baby muntah??
3 kali buat dan 3 kali baby muntah dengan banyak. Lepas muntah baru baby mula nak menyusu. Sebenarnya, ikhtiar ni ibu pengasuh baby yang ajar. Mami pun tak tahu kenapa minyak telon campur daun sireh letak atas dada baby dia jadi muntah kuar lendir-lendir tapi mujurlah, dengan ada kaedah tradisional ni baby tak perlu untuk makan apa-apa ubat.
Lobak putih sangat bagus bila anak tengah batuk. Antara ejen pencair kahak, natural anti congestion dari real food untuk anak.
Tapi ramai anak-anak kita tak kenal kan? Kalau buat sup ayam, singgang ikan, tomyam ayam masa anak batuk, boleh tambah lobak putih sekali lepas ni.
Kita masuk sekali dalam sup yang ada banyak rempah ratus untuk kurangkan radang, sangat bagus untuk anak-anak yang tak sihat.
Antara vitamin dan mineral dalam lobak putih;
1. Vitamin C
2. Pottasium
3. Kalsium
4. Iron
5. Folate
Bagus untuk imuniti anak.
Bagus untuk sistem pernafasan anak.
Bagus jugak untuk kulit anak.
Anak 6 bulan dah boleh makan, masuk dalam bubur pun boleh. Jom lepas ni kita jadikan lobak putih stok tak putus kat rumah pulak ya. Potong nipis dan masuk dalam sup. Sedap.
Kita cuba sama-sama ya, kenalkan pelbagai jenis sayur untuk anak-anak dapat khasiat terbaik dari real food.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Selamat melahirkan anak ketiganya pada 21 September lalu, Izreen Azminda kini begitu gembira menjalani rutin berpantang yang kini sudah pun masuk hari ke tujuh.
Inginkan kelainan, kata Izreen kali ini dia mahu menggantikan nasi dengan oat sepanjang berpantang kali ini demi mengekalkan berat badannya kepada berat asal sebelum hamil.
Malah kata Izreen lagi menerusi Instagramnya, dia mahu mencapai berat idealnya seperti sebelum hamil tanpa perlu mengganggu rutin penyusuan kepada bayinya.
“Hari pertama makanan pantang. Jangan tanya mana nasi. Kami ganti dengan oats.
“Memang target untuk kurus pantang kali ni tanpa susu drop,” kongsi Izreen.
Malah Izreen yang kini memilih untuk berpantang bersama Fazrina Postnatalcare juga bukan hanya tidak makan nasi tetapi turut tidak mengambil minuman manis sepanjang berpantang kali ini.
“So kami cut nasik ganti dengan oats dan cut gula jugak.
“Minum ayaq masak saja..tengok macam mana hasilnya nanti,” kongsi Izreen lagi.
Jelas Izreen lagi menerusi entri berlainan, dia mensasarkan penurunan berat badan sebanyak 30kg tanpa mengganggu rutin penyusuan kepada bayinya.
“1st day berpantang bersama @fazrina_postnatalcare. Ku target 30kg turun.
“Tak dapat 30kg, 15kg pun okay dah,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, amalan berpantang dengan oat yang diamalkan Izreen ini turut sama menjadi inspirasi kepada bakal-bakal ibu lain dan tidak sabar menantikan hasilnya. Masing-masing memasang impian yang sama ketika berpantang nanti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izreen.azminda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyusukan anak bukanlah tugas mudah. Ibu akan mengalami letih badan serta gangguan emosi. Perlu sentiasa diberikan sokongan dan perhatian dari suami. Jika isteri mengalami kemurungan kerana tidak cukup rehat, ia memungkinkan kepada terjadinya masalah yang lebih serius.
Sebagai suami yang prihatin dan bertanggung jawab, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meringankan beban isteri. Sudah tentu suami tidak dapat bertukar tempat dengan isteri untuk menyusukan anak, tetapi ada perkara lain yang boleh dibuat sebagai inisiatif bagi membantu si isteri yang keletihan.
Di dalam sesi live bersama Pa&Ma tempoh hari, Kaunselor Laktasi Bertauliah, Pn Nurdiana Mohd Rasid ada berkongsi antara perkara yang boleh suami bantu bagi menjayakan perjalanan penyusuan bayi secara ekslusif.
BELAJAR DAN CARI MAKLUMAT
Tidak perlu tunggu isteri melahirkan, suami boleh mengikut isteri ke kelas penyusuan. Jika tidak sempat meluangkan masa untuk ke kelas, suami boleh mengikuti grup penyusuan di laman sosial. Banyakkan pembacaan dan usah segan untuk bertanya kepada rakan-rakan yang mempunyai pengalaman.
Dengan mengumpul maklumat dan pengetahuan tentang penyusuan, suami akan lebih berpengetahuan dan tidak kekok untuk membantu isteri apabila tiba waktu mereka menyusukan bayi.
BUATKAN MILK BOOSTER
Buat sendiri untuk milk booster untuk isteri dari bahan-bahan semulajadi. Antaranya adalah susu kurma bercampur badam atau minuman herba longan kering dan kurma merah. Tidak susah pun untuk menyediakannya, anda boleh dapatkan resipinya dari internet sahaja.
BELIKAN ALATAN PENYUSUAN
Selain membuat persediaan mental, anda harus mempunyai pengetahuan tentang proses penyusuan. Bukan sahaja ketika bayi menyusu dari badan bahkan proses mengepam susu. Untuk memudahkan isteri membuat bekalan susu untuk si kecil, anda perlu tahu jenis alatan yang diperlukan.
Bantu juga isteri anda untuk mengendalikan mesin pam. Bersihkan jika perlu dan sediakan beg sekiranya isteri perlu keluar bekerja.
Selain mesin pam, dapatkan juga maklumat tentang alatan lain seperti beg penyejuk, pek atau blok ais, botol susu, pek susu, dan banyak lagi.
Aksesori dan alatan untuk membuat stok susu tidak murah, jadi sebaiknya suami harus membuat tinjauan terlebih dahulu tentang jenis dan jenama mesin pam yang mahu anda belikan untuk si isteri. Ketahui fungsinya serta cara penggunaan agar anda tidak terkial-kial apabila isteri meminta pertolongan anda.
JAGA EMOSI DAN PERASAAN ISTERI
Ini yang paling utama. Bagi menunjukkan sokongan anda terhadap mereka, pastikan kehadiran anda ketika isteri sedang menyusukan anak. Jika isteri bangun tengah malam untuk mengepam, sebaiknya anda berjagalah bersama dia. Sementara menunggu, anda boleh bersembang dengannya. Lebih baik lagi jika anda dapat menghulurkan bantuan untuk mengurut bahu dan belakang badan isteri ketika mereka sedang menyusukan atau mengepam susu.
Buat para suami yang menemani isteri untuk anak sulung, anda harus sama-sama menyelami perasaannya. Inilah pengalama pertama payudara isteri membengkak, putingnya melecet ataupun masalah susu tidak mahu keluar. Jika anda tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya berusahalah untuk mencari pakar yang dapat menyelesaikan masalah ini. Sebagai contoh, isteri mengalami bengkak susu. Anda boleh dapatkan pandangan dari doktor atau cari tukang urut berpengalaman untuk membantu isteri.
BERIKAN BAYI SUSU PERAHAN
Tugas utama suami adalah untuk memperkenalkan susu perahan kepada bayi. Kebanyakan bayi akan menolak jika ibunya sendiri yang menyuakan susu perahan dalam botol. Jika ayah yang memberi susu dalam botol, bayi akan lebih terbuka untuk meminumnya. Selain iu, suami juga boleh belajar cara-cara penyimpanan susu perahan atau mencuci peralatan mengepam.
URUSKAN ANAK
Dalam tempoh berpantang, ibu memerlukan rehat yang secukupnya. Emosi mereka juga mudah terganggu kerana masih tidak sembuh sepenuhnya. Sebagai seorang suami yang peka dengan keadaan isteri, anda boleh membantu untuk menguruskan anak seperti memandikan dan memberi mereka makan. Sekiranya anda mempunyai anak-anak lain selain bayi yang baharu lahir, adalah lebih baik anda uruskan mereka tanpa mengganggu si isteri.
Untuk memudahkan kerja anda, bawalah ibu atau mertua untuk membantu. Anda boleh uruskan anak-anak yang lain dan mereka boleh menolong anda untuk menjaga isteri dan bayi. Jika berkemampuan, anda digalakkan untuk mengupah pengamal perbidanan Melayu yang bertauliah untuk menguruskan isteri anda. Ini lebih baik kerana mereka juga boleh mengurut dan menjalankan rawatan pantang yang lain ke atas isteri anda.
RAJINKAN DIRI BUAT KERJA RUMAH
Ibu menyusu biasanya mudah letih dan tidak sempat menguruskan hal lain. Sebagai suami, jangalan pula anda marahkan mereka. Ringankan bebanan mereka dengan sama-sama membantu buat kerja rumah. Apa yang boleh anda bantu, buatlah. Tidak perlu sempurna, tetapi sekurang-kurangnya dengan membantu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerja si isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan yang baik, dia pasti lebih produktif dan positif untuk menguruskan hal rumah tangga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesihatan ni anugerah paling berharga dalam hidup, tapi kadang-kadang kita lupa nak jaga sampai datang rasa tak selesa atau jatuh sakit. Sebenarnya, makanan yang...