Kehamilan

“Ikhtiar & Tawakal Untuk Saya Dan Baby” Hamil 7 Bulan, Nurul Syuhada Minta Pandangan Pakar Sebelum Ambil Vaksin!

Share

Lama pengacara yang satu ini tidak muncul di kaca televisyen. Personaliti dan pengacara cantik manis, Nurul Syuhada Nurul Ain rupanya kini sedang hamil hampir tujuh bulan.

Menerusi Instagramnya semalam, Nurul Syuhada memaklumkan perkembangan terkininya yang baru sahaja melengkapkan pengambilan dos kedua vaksin.

Katanya, kebimbangan pastinya ada kerana dia kini sedang sarat hamil 27 minggu. Bagi menghilangkan kegusaran hatinya itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mendapatkan nasihat dan panduan dari tiga orang doktor pakar yang membuatkan dia yakin demi memastikan kesihatannya dan bayi selamat.

“Alhamdulillah dah lengkapkan dose kedua hari ini. Kebetulan my beras biras 😅 Que, pun completed hers also today.

“Alhamdulillah, terima kasih PPUM terutamanya pada abang ipar saya Prof Dr Raja Iskandar dari Infectious Disease Department PPUM yang selalu menjawab pertanyaan saya mengenai pros anda cons ambil vaksin untuk ibu hamil.

“To my gynae Dr Idora Pantai Hospital yang selalu bagi sokongan dan panduan serta @drimeldabalchin, rakan satu kolej Prof Dr Raja Iskandar untuk dapatkan konsultasi lanjut.

“Sampai 3 orang doctor saya consult ni. Yes I was worried just like others too but Thank you for these doctors for layan my concern and soalan bijak dan tak berapa bijak saya with facts and figures.

“Saya berikhtiar dan bertawakkal. For me and my baby. InsyaAllah Amin. #27weekspregnant,” kongsinya menerusi Instagram semalam.

 

Umum hamil sempena hari bapa

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran terdahulu, ibu kepada cahaya mata kembar ini juga rupanya sudah memaklumkan kehamilannya lebih pada ketika membuat ucapan kepada suami sempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini.

Semoga kehamilan Nurul Syuhada dipermudahkan dan selamat melahirkan bayi keempatnya tidak lama lagi.

Terdahulu, Nurul Syuhada Nurul Ain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Raja Amir Raja Azwa pada tahun 2014. Dan kini pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Menarik: Nak Ibu Rehat & Happy, Bijaknya Muhammad, Diana Danielle Bangga Anak Pandai Berdikari

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @nurulsyuhadanurulain

Published by
SRM